From Wikipedia, the free encyclopedia
Dayang Nurfaizah ialah penyanyi wanita Malaysia yang telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan atas sumbangannya dalam industri muzik. Beliau meraih kejayaan selepas memenangi pertandingan pencarian bakat Bintang Remaja Sarawak pada 1996 dan Golden Teen Search pada 1997. Beliau menandatangani kontrak rakaman bersama Broadway Entertainment dan melancarkan album studio pertamanya yang mengambil namanya sebagai tajuk album pada 1999.[1][2] Pada masa yang sama, beliau telah dicalonkan bagi kategori Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-7, namun tewas kepada Shawn Baharin. Album beliau yang berikutnya, Seandainya Masih Ada Cinta[3][4][5] melayakkan beliau memenangi Lagu Pop Terbaik dan menerima dua pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-9 dan kategori balada di Anugerah Juara Lagu ke-16 serta Lagu Paling Popular di Anugerah Planet Muzik 2002 menerusi lagu bertajuk sama.
Lagu beliau, "Erti Hidup" (2004), hasil nukilan Afdlin Shauki, telah melayakkan Dayang memenangi kategori Etnik Kreatif di Anugerah Juara Lagu ke-19. Album ketujuh beliau, Sayang & Cahaya (2011) mempertaruhkan single seperti "Sayang" dan "Ku Temu Cahaya". Lagu "Sayang" menyaksikan Dayang berduet bersama penyanyi Indonesia, Marcell. Lagu tersebut dicalonkan di Anugerah Planet Muzik 2011 untuk kategori Duo/Kolaborasi Terbaik. Menerusi Anugerah Juara Lagu ke-29, Dayang memenangi kategori Vokal Terbaik dan Terbuka menerusi lagu "Di Pintu Syurga" ciptaan Tam Spider dan Rudy Imran Shamsudin, manakala di Anugerah Juara Lagu ke-31, beliau memenangi juara keseluruhan menerusi lagu "Lelaki Teragung".[6][7] Dayang muncul dengan lagu "Haram" menampilan duet bersama Hael Husaini, yang melayakkan mereka memenangi Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32.
Menunjukkan kategori bukan kompetitif |
Anugerah | Tahun[lower-alpha 1] | Penerima dan pencalon | Kategori | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
Anugerah Bintang Popular Berita Harian | 2015 | Dayang Nurfaizah | Penyanyi Wanita Popular | Tercalon | [8] |
2016 | Tercalon | [9] | |||
2018 | Tercalon | [10] | |||
Artis Kolaborasi dan Duo Popular[lower-alpha 2] | Tercalon | ||||
2019 | Artis Kolaborasi dan Duo Popular[lower-alpha 3] | Menang | [11] | ||
2023 | Penyanyi Wanita Popular | Tercalon | [12] | ||
Anugerah Era | 2004 | Vokal Wanita Pilihan | Tercalon | [13] | |
2005 | Tercalon | [14] | |||
"Dayang Sayang Kamu" | Lagu Pop Pilihan | Tercalon | |||
"Erti Hidup" | Irama Global Pilihan | Menang | |||
Muzik Video Pilihan | Tercalon | ||||
2006 | Dayang Nurfaizah | Vokal Wanita Pilihan | Tercalon | [15] | |
"Kasih" | Lagu Pop Pilihan | Tercalon | |||
"Kasih Maafkan" | Muzik Video Pilihan | Tercalon | |||
Anugerah Industri Muzik | 2000 | Dayang Nurfaizah | Artis Baharu Terbaik | Tercalon | [16] |
"Pusaka Rimba" (duet bersama Ziana Zain) | Lagu Terbaik | Tercalon | |||
2001 | Seandainya Masih Ada Cinta | Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) | Tercalon | [17] | |
Album Pop Terbaik | Tercalon | ||||
"Seandainya Masih Ada Cinta" | Lagu Terbaik | Menang | |||
2002 | Hembusan Asmara | Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) | Tercalon | [18] | |
Album Pop Terbaik | Tercalon | ||||
2006 | Kasih | Rakaman Album Terbaik | Menang | [19] | |
Album Pop Terbaik | Tercalon | ||||
2008 | 20 07 | Kulit Album Terbaik | Tercalon | [20] | |
Album Pop Terbaik | Tercalon | ||||
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) | Tercalon | ||||
"Ingin Ku Miliki" | Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu | Tercalon | |||
2009 | "Hilang" (Secara Langsung) | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) | Tercalon | [21] | |
Live! | Rakaman Album Terbaik | Tercalon | |||
Album Pop Terbaik | Menang | ||||
Album Terbaik | Tercalon | ||||
2011 | "Sayang" (duet bersama Marcell) | Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu | Tercalon | [22] | |
Sayang & Cahaya | Album Terbaik | Tercalon | |||
2013 | "Sedetik Lebih" (duet bersama Anuar Zain) | Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu | Menang | [23] | |
"Seandainya Masih Ada Cinta" (Live) | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) | Menang | |||
Anuar & Dayang Live at Dewan Filharmonik Petronas | Album Terbaik | Tercalon | |||
2016 | "Lelaki Teragung" | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) | Tercalon | [24] | |
Anugerah Juara Lagu | 2001 | "Seandainya Masih Ada Cinta" | Balada | Menang Juara Kategori |
|
"Bahagia" | Pop Rock | Tercalon | |||
2004 | "Erti Hidup" | Etnik Kreatif | Menang Juara Kategori |
||
2014 | "Di Pintu Syurga" | Terbuka | Menang Tempat Ketiga |
[25] | |
Vokal Terbaik | Menang | ||||
2015 | "Tak Pernah Menyerah" | Terbuka | Tercalon | [26] | |
Vokal Terbaik | Menang | ||||
2016 | "Lelaki Teragung" | Terbuka | Menang Juara Keseluruhan |
[27] | |
Vokal Terbaik | Menang | ||||
2017 | "Separuh Mati Ku Bercinta" | Terbuka | Tercalon | [28] | |
2018 | "Haram" (duet bersama Hael Husaini) | Terbuka | Menang Juara Keseluruhan |
[29] | |
Anugerah MeleTOP Era | 2019 | "Haram" (duet bersama Hael Husaini) | Lagu MeleTOP | Tercalon | [30] |
Dayang Nurfaizah & Hael Husaini | Couple MeleTOP | Menang | |||
Anugerah Planet Muzik | 2002 | "Seandainya Masih Ada Cinta" | Lagu Paling Popular | Menang | [31] |
Seandainya Masih Ada Cinta | Album Terbaik | Tercalon | |||
2011 | "Sayang" (duet bersama Marcell) | Kolaborasi Terbaik | Menang | [32] | |
2012 | "Perlukan Cinta" (duet bersama Tompi) | Tercalon | [33] | ||
2014 | "Di Pintu Syurga" | Artis Terbaik (Wanita) | Tercalon | [34] | |
2015 | "Tak Pernah Menyerah" | Tercalon | [35] | ||
2016 | "Langit Cinta" | Tercalon | [36] | ||
2017 | Dayang Nurfaizah | Menang | [37] | ||
"Lelaki Teragung" | Lagu Terbaik Malaysia | Menang | |||
Lagu Paling Popular APM | Tercalon | ||||
Dayang Nurfaizah | Artis Paling Popular APM | Tercalon | |||
2018 | "Separuh Mati Ku Bercinta" | Artis Terbaik (Wanita) | Tercalon | [38] | |
Lagu Terbaik Malaysia | Tercalon | ||||
ERA Digital Muzik Awards | 2017 | "Pejamkan Mata" (duet bersama Malique) | Lagu Kolaborasi ERA | Tercalon | [39] |
2018 | "Haram" (duet bersama Hael Husaini) | Penyanyi Kolaborasi Terbaik | Tercalon | [40] | |
Dayang Nurfaizah | Penyanyi Pilihan DEEJA | Tercalon | |||
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.