ERA Digital Muzik Awards

From Wikipedia, the free encyclopedia

ERA Digital Muzik Awards (secara rasmi disingkat sebagai EDMA) ialah anugerah hiburan tahunan yang dianjurkan oleh stesen radio ERA.[1] Pertama kali dianjurkan pada 2017, anugerah ini mengiktiraf bakat artis tempatan yang menggunakan media sosial dan platform digital untuk melangkah lebih jauh dan mengembangkan bakat mereka dalam industri hiburan tanah air.[2] EDMA telah diiktiraf sebagai anugerah Malaysia pertama yang menggunakan platform digital sepenuhnya.[3]

Fakta Segera Penerangan, Negara ...
ERA Digital Muzik Awards
Semasa: ERA Digital Muzik Awards 2020
PeneranganMengiktiraf bakat tempatan menerusi penggunaan media sosial dan platform digital.
NegaraMalaysia
Disampaikan olehERA
Kali pertama18 Januari 2017
Tapak web
edma.era.fm
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Gambaran keseluruhan

Tidak seperti kebanyakan majlis anugerah hiburan lain yang disiarkan di televisyen, ERA Digital Muzik Awards tidak disiarkan secara langsung di televisyen, sebaliknya ia disiarkan secara dalam talian di laman Facebook Live ERA.fm sejak penganjuran sulungnya.[4][1]

EDMA memberi peluang kepada warganet untuk menentukan siapakah pemenang bagi setiap kategori kerana anugerah ini tiada penilaian dari sebarang juri profesional. 100% undian dilakukan secara digital melalui laman web rasmi anugerah ini. Idea pengajuran anugerah ini juga tercetus dengan peningkatan jumlah pengguna media sosial di Malaysia.[1]

Senarai penganjuran

Berikut ialah majlis penganugerahan yang telah berlangsung:

Maklumat lanjut Edisi, Tarikh ...
Edisi Tarikh Pengacara Lokasi Ruj.
2016 18 Januari 2017 Nabil Ahmad MaTIC [2]
2017 25 Januari 2018 Galaxy Banquet Hall Sentul [5]
2018 25 Januari 2019 [6]
2019 17 Januari 2020 Battle Arena, Petaling Jaya [7]
2020 27 Januari 2021 Danial, Ray & Isha [8]
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.