From Wikipedia, the free encyclopedia
Negara Israel (Ibrani: מדינת ישראל , Medinat Yisrael) ditubuhkan pada 1948 selepas tempoh hampir dua ribu tahun penyebaran orang Yahudi dan usaha 55 tahun untuk mengasaskan negara Yahudi, yang dipercepat selepas Holokus. 60 tahun selepas penubuhannya, negara ini masih lagi dalam konflik dengan negara jirannya dan Islam. Di dalam Israel pula, demokrasi masih lagi bertahan walaupun penuh dengan sengketa politik dalaman. Kini, kira-kira 40% penduduk Yahudi dunia menetap di Israel.[1]
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Sejarah Israel (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Rekod sejarah pertama untuk perkataan "Israel" datangnya daripada stele Mesir yang mendokumenkan kempen-kempen ketenteraan di Kanaan. Walaupun stele ini yang merujuk kepada suatu kelompok orang (bukan 'negara') bertarikh pada lebih kurang 1211 SM,[3] tradisi-tradisi Yahudi menganggap Tanah Israel sebagai Tanah Suci Yahudi dan Negeri Kanaan selama 3,000 tahun. Tanah Israel memegang tempat yang istimewa dalam kewajipan-kewajipan agama Yahudi dan merangkumi tapak-tapak agama Yahudi yang paling penting — termasuk puing-puing Kuil Pertama dan Kuil Kedua Solomon, Raja Yahudi. Berhubungan dengan kedua-dua versi kuil ini ialah upacara agama yang penting yang merupakan asal bagi banyak aspek agama Yahudi moden.[4] Mulai dari sekitar abad ke-11 SM, negara pertama dalam satu siri kemaharajaan dan negara Yahudi mengasaskan pemerintahan sekejap-sekejap di kawasan ini yang berlangsung selama melebihi satu milenium.
Di bawah pemerintahan Assyria, Babylon, Parsi, Yunani, Rom, Byzantine, dan (untuk tempoh yang singkat) Sassanid, kehadiran orang-orang Yahudi di kawasan ini merosot, akibat pengusiran beramai-ramai. Khususnya, kegagalan pemberontakan Bar Kokhba terhadap Empayar Rom pada tahun 132 Masihi mengakibatkan pengusiran orang-orang Yahudi pada skala yang besar. Adalah pada masa ini bahawa orang-orang Rom memberikan nama Palestin Syria kepada kawasan geografi ini dalam suatu percubaan untuk menghapuskan ikatan-ikatan orang Yahudi kepada tanah ini.[5] Walaupun demikian, kehadiran orang-orang Yahudi di Palestin masih tetap. Sebahagian utama penduduk Yahudi berpindah dari kawasan Judea ke Galilee. Mishnah dan Talmud Jerusalem, salah dua daripada teks-teks agama Yahudi yang paling penting digubah di kawasan ini pada tempoh ini. Orang-orang Muslim menaklukkan tanah ini selepas menewaskan Empayar Byzantine pada tahun 638 Masihi. Niqqud Ibrani direka di Tiberias pada masa ini. Kawasan ini diperintah oleh orang-orang Umayyah dan kemudiannya oleh orang-orang Abbasiyyah, Salibi, Khwarezm dan Mongol, sebelum menjadi sebahagian empayar Mamluk (1260-1516) dan Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517.
Orang-orang Yahudi yang hidup dalam Diaspora telah mencuba berhijrah ke Israel selama berabad-abad. Umpamanya pada tahun 1141, Yehuda Halevi memanggil orang-orang Yahudi berhijrah ke Israel Eretz dan akhirnya meninggal dunia di Baitulmaqdis. Pada tahun 1267, Nahmanides menetap di Jerusalem dan sejak masa itu, suatu kehadiran orang Yahudi yang berterusan di Jerusalem telah dikekalkan. Yosef Karo berimigrasi ke komuniti Yahudi yang besar di Safed pada tahun 1535. Gelombang-gelombang imigrasi juga berlaku, umpamanya pada tahun-tahun 1209-1211, imigrasi atau Aliyah (עלייה) Perancis dan England ke Acre menjadi masyhur seperti pada tahun 1258 dan 1266. Pada tahun 1260, Yechiel dari Paris berhijrah ke Acre bersama anak lelaki dan sekumpulan besar pengikutnya. Gelombang-gelombang imigrasi yang kecil berlaku pada abad ke-18 disebabkan tujuan agama. Yang termasyhur ini ialah Menachem Mendel dari Vitebsk dengan 300 orang pengikutnya, Judah he-Hasid dengan melebih 1,000 orang pengikut, dan Vilna Gaon dengan melebihi 500 orang pengikut (dan keluarga mereka) yang dikenali sebagai Perushim. Gelombang-gelombang pelajar rabai berimigrasi pada tahun 1808 - 1809 dan menetap di Tiberias, Safed, dan kemudiannya di Baitulmaqdis.[6]
Pada tahun 1860, komuniti Yahudi lama di Baitulmaqdis memulakan pembinaan kawasan-kawasan kejiranan di luar dinding Bandaraya Lama (yang pertama ialah Mishkenot Sha'ananim). Pada tahun 1878, petempatan pertanian moden yang pertama diasaskan di Petah Tikva.
Gelombang besar imigrasi moden yang pertama ke Israel bermula pada tahun 1881 apabila orang-orang Yahudi melarikan diri daripada penyeksaan yang semakin bertambah, atau selepas idea-idea Zionisme Sosialis mengenai "penebusan tanah" dicadangkan oleh Moses Hess dan orang-orang lain. Orang-orang Yahudi membeli tanah daripada Turki Uthmaniyah dan pemilik-pemilik tanah perseorangan Arab. Selepas orang-orang Yahudi mengasaskan petempatan-petempatan pertanian, ketegangan tercetus antara orang-orang Yahudi dan orang-orang Arab.
Theodor Herzl (1860 – 1904), seorang Yahudi Austria-Hungary, mengasaskan gerakan Zionisme. Pada tahun 1896, dia menerbitkan Der Judenstaat (Negara Yahudi), di mana dia menyeru untuk pembentukan sebuah negara Yahudi. Pada tahun berikutnya, dia membantu mengadakan Kongres Zionisme Dunia yang pertama.
Penubuhan Zionisme telah mencetuskan Aliyah kedua (1904 – 1914) dengan banjiran sekitar 40,000 Yahudi. Pada 1917, Setiausaha Luar Negara British ketika itu iaitu Arthur J Balfour telah mengisyhtiharkan Deklarasi Balfour yang "memandang baik penubuhan satu kediaman rakyat Yahudi di dalam Palestin." Pada 1920, Palestin telah diterima ke dalam Liga Bangsa-bangsa.
Penghijrahan Yahudi berterusan dengan beberapa gelombang ketiga (1919 – 1923) dan keempat (1924 – 1929) selepas Perang Dunia I. Pada 1929 telah berlaku pembunuhan beramai-ramai Yahudi oleh golongan Arab yang mengorbankan 133 Yahudi, termasuk 67 di Hebron.
Kebangkitan Nazisme di Jerman pada 1933 telah mengakibatkan gelombang Aliyah kelima. Pada waktu ini, kaum Yahudi di rantau ini telah bertambah dari 11% jumlah penduduk pada 1922 ke 30% pada 1940.[perlu rujukan] 28% tanahnya telah dibeli dan dimiliki organisasi Zionist tambah pula dengan tanah peribadi yang dimiliki Yahudi.[perlu rujukan] The southern half of the country is the barren and mostly empty Negev desert. The subsequent Holocaust in Europe led to additional immigration from other parts of Europe. By the end of World War II, the number of Jews in Palestine was approximately 600,000.
In 1939, the British introduced a White Paper of 1939, which limited Jewish immigration over the course of the war to 75,000 and restricted purchase of land by Jews, perhaps in response to the 1936-1939 Arab revolt in Palestine. The White Paper was seen as a betrayal by the Jewish community and Zionists, who perceived it as being in conflict with the Balfour Declaration of 1917. The Arabs were not entirely satisfied either, as they wanted Jewish immigration halted completely. However, the White Paper guided British policy until the end of the term of their Mandate. As a result, many Jews fleeing to Palestine to avoid Nazi persecution and the Holocaust were intercepted and returned to Europe. Two specific examples of this policy involved the ships Struma and Exodus (which was carrying holocaust survivors, in 1947).[7]
These attempts by Jews to circumvent the blockade and flee Europe became known as Aliya Beth.
Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memutuskan untuk membahagi daerah mandat British, Palestin. Keputusan ini ditentang keras oleh negara-negara Timur Tengah dan banyak negara Muslim. Menurut PBB, kaum Yahudi mendapat 55% dari seluruh wilayah tanah meskipun hanya merupakan 30% dari seluruh penduduk di daerah ini. Manakala Baitulmaqdis, bandar suci Yahudi, Muslim dan Kristian, akan dijadikan bandar antarabangsa.
Israel ditubuhkan pada tanggal 14 Mei 1948. Namun keesokan harinya, Israel diserang oleh pakatan tentera Lubnan, Syria, Jordan, Mesir, Iraq dan negara Arab yang lain. Dalam peperangan ini, Israel berjaya mengalahkan tentera bersekutu Arab dan malah merampas lebih kurang 70% dari luas wilayah Palestin. Perang ini menghasilkan banyak kaum pengungsi Palestin yang mengungsi dari daerah Israel. Tetapi di sisi lain tidak kurang pula kaum Yahudi yang diusir dari negara-negara Arab.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.