Sasyimi

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sasyimi

Sasyimi[1] atau sashimi (刺身) adalah makanan Jepun berupa makanan laut seperti ikan, kerang, dan udang kara atau daging segar yang terus dimakan dalam keadaan mentah begitu sahaja bersama penyedap seperti kicap masin, parutan halia segar atau jeruk, dan wasabi.[2][3] Makanan ini dihidangkan dalam bentuk hirisan kecil yang mudah dimakan, sedangkan udang yang berukuran kecil ada yang hanya dikupas kulit dan dibuang kepalanya saja.

Thumb
Sepinggan sasyimi hirisan ikan tuna, sotong dan ikan kakap.
Thumb
Sashimi ikan Hiramasa

Sashimi juga bermaksud menikmati sesuatu dalam keadaan mentah, bermula dari potongan mentah daging kuda (basashi), daging ayam (torisashi), hati ayam atau hati lembu.[4] Di daerah Kansai, sasyimi lebih dikenali dengan sebutan O-tsukuri.

Sejarah

Ada pendapat yang mengatakan kebiasaan memakan potongan daging segar tanpa dimasak adalah sama tuanya dengan sejarah manusia, tapi kebiasaan ini boleh berlanjutan atau hilang bergantung kepada keadaan lingkungan tempat tinggal. Jepun merupakan negara kepulauan dengan hasil laut segar yang dapat dinikmati sepanjang tahun, sehingga kebiasaan menikmati makanan laut segar tanpa dimasak terus berlanjutan hingga kini. Ada juga pendapat yang mengatakan perkataan Sashimi berasal dari perkataan namashishi (生肉, daging mentah) atau namasuki (生切, potongan segar).

Penyediaan

Makanan laut utama untuk sajian sasyimi termasuklah:

  • Salmon (, Sake)
  • Sotong (いか, Ika)
  • Udang (えび, Ebi)
  • Tuna (マグロ, Maguro)
  • Ikan pelaling (さば, Saba)
  • Trachurus japonicus (あじ, Aji)
  • Gurita (たこ, Tako)
  • Tuna berlemak (おおとろ, Ōtoro)
  • Seriola quinqueradiata (はまち, Hamachi)
  • Kekapis (ほたて貝, Hotate-gai)
  • Landak laut (ウニ, Uni)

Sasyimi juga dimakan dengan hidangan pendamping sayur disebut tsuma:

Jenis sasyimi

  • Tsugatazukuri
Potongan-potongan ikan disusun di atas tubuh ikan yang dikekalkan bentuknya mula dari bahagian kepala hingga ekor. Sashimi jenis ini kebanyakannya hanya dinikmati pada waktu-waktu istimewa.
  • Ikezukuri
Tsugatazukuri dengan ikan hidup yang dijadikan sashimi hanya beberapa saat sebelum dihidangkan.
  • Tataki
Potongan ikan yang diletak untuk beberapa saat di atas api sehingga kelihatan masak di bahagian luar, segar di bahagian dalam. Tataki ikan (Katsuo) dimakan bersama sos Ponzu, parutan bawang putih dan hirisan daun bawang.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.