From Wikipedia, the free encyclopedia
Orang Sasak/Sasaq (Tulisan Bali: ᬲᬸᬓᬸᬲᬲᬓ,
Romanisasi: Wång Sâsak; Jawi: سوكو ساساك) adalah sebuah kelompok etnik yang menduduki pulau Lombok di Indonesia dan berjumlah sebanyak 2.6 juta orang (85% penduduk Lombok). Mereka mempunyai hubung kait dengan orang Bali dari segi budaya dan bahasa.
ᬲᬸᬓᬸᬲᬲᬓ (Wång Sâsak) سوكو ساساك | |
---|---|
Kawasan ramai penduduk | |
Nusa Tenggara Barat (Indonesia) | |
Bahasa | |
Bahasa Asli: Bahasa Sasak Bahasa Lainnya: Bahasa Indonesia • Bahasa Bali | |
Agama | |
Kebanyakannya: Islam, Hindu Minoriti: Wetu Telu, Buddha, Agnostik, Tidak Beragama/Atheist dan lain lain.[1] | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Orang Bali dan orang Sumbawa |
Bahasa Sasak merupakan anggota suku kumpulan bahasa Bali-Sasak-Sumbawa, dalam cabang bahasa Melayu-Polinesia Barat dalam keluarga bahasa Austronesia.
Tidak banyak yang diketahui tentang sejarah Sasak kecuali Lombok adalah sebuah pulau yang dijajah secara langsung oleh perdana menteri kerajaan Majapahit, patih Gajah Mada. Orang Sasak memeluk agama Islam dari akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17 di bawah pengaruh Sunan Giri dan umat Islam Makassar. Namun ada di antara mereka yang telah mencampuraduk ajaran agama Islam dengan fahaman Hindu dan Buddha untuk mencipta sebuah agama baru yang dikenali sebagai Wetu Telu. Lombok dijajahi kerajaan Karangasem dari Bali pada awal kurun ke-18 dan dengan itu membawa ramai penduduk Bali ke Lombok. Bilangan mereka yang berketurunan Bali di Lombok sekarang adalah lebih kurang 300,000 orang, iaitu 10-15% jumlah penduduk Lombok. Masyarakat Bali juga telah memberi pengaruh yang kuat pada agama Wetu Telu.
Majoriti orang Sasak adalah penganut agama Islam dan Hindu.[2]
mereka dikenali sebagai penganut Wektu Lima. Wektu Lima atau Waktu Lima merujuk kepada amalan orang Islam yang bersembahyang lima kali sehari. Istilah Wektu Lima ini digunakan untuk membezakan mereka dari orang Sasak yang mengamalkan agama Islam tempatan yang dikenali sebagai Wetu Telu, yang hanya bersembahyang tiga kali sehari.
Terdapat ramai penganut Wetu Telu di sekitar pulau Lombak tetapi bilangan mereka yang paling banyak adalah di kampung Bayan, tempat di mana agama itu dilahirkan. Golongan besar Wetu Telu juga boleh didapati di Mataram, Pujung, Sengkol, Rambitan, Sade, Tetebatu, Bumbung, Sembalun, Senaru, Loyok dan Pasugulan. Terdapat juga sebuah kumpulan kecil orang Sasak yang digelar Bodha (jumlah: 8000 orang) yang menduduki kampung Bentek dan di curam Gunung Rinjani. Agama mereka tidak mempunyai pengaruh Islam dan amalan utama mereka adalah memuja dewa-dewa animisme. Ajaran agama Siwa-Buddha (Hindu dan Buddha) juga dimasukkan di dalam upacara agama mereka.
Agama Bodha mempercayai adanya lima tuhan yang besar, yang paling tinggi dikenali sebagai Batara Guru. Tuhan yang lain adalah Batara Sakti and Batara Jeneng bersama isteri mereka Idadari Sakti dan Idadari Jeneng. Namun kini, penganut agama Bodha sedang diajarkan mengenai agama Buddha yang ortodoks oleh sami-sami yang dihantar oleh persatuan besar Buddha terbesar negara Indonesia.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.