From Wikipedia, the free encyclopedia
Sumbawa adalah salah satu pulau di Indonesia yang terletaknya di tengah-tengah Kepulauan Sunda Kecil, dengan Lombok di barat, Flores di timur, dan Sumba lebih jauh di tenggara. Ia terletak di provinsi Nusa Tenggara Barat. Bandar-bandar utamanya adalah Sumbawa Besar, Dompu dan Raba.
Geography | |
---|---|
Location | Asia Tenggara |
Coordinates | |
Archipelago | Kepulauan Sunda Kecil |
Administration | |
Indonesia | |
Demographics | |
Population | 1,219,590 juta |
Keluasan Sumbawa 15,448 km² (tiga kali lebih besar daripada Lombok) dengan jumlah penduduk sebanyak lebih kurang satu juta setengah. Sumbawa menandakan sempadan antara pulau-pulau di barat yang dipengaruhi oleh agama dan budaya dari India, dengan kawasan timur yang tidak dipengaruhi.
Empat kerajaan kecil di Sumbawa barat merupakan wilayah tanggungan Empayar Majapahit dari Jawa timur. Disebabkan sumber semula jadinya, pulau itu sering diserang oleh kuasa-kuasa luar — Jepun, Belanda, Makassar. Belanda tiba buat pertama kali pada tahun 1605, tetapi tidak memerintah pulau ini dengan berkesan sehingga awal abad ke-20. Maharaja Bali dari Gelgel pernah juga memerintah Sumbawa barat buat satu tempoh yang singkat.
Islam diperkenalkan melalui orang Makassar dari Sulawesi.
Secara sejarah, Sumbawa mempunyai dua kelompok linguistik utama yang bertutur dalam bahasa yang saling tidak dapat difahami. Satu kelompok yang duduk di bahagian barat pulau ini bertutur dalam Bahasa Semawa yang agak serupa dengan bahasa Sasak dari Lombok; kelompok yang lain di timur bertutur dalam Bahasa Bima. Kemaharajaan-kemaharajaan yang terletak di Sumbawa Besar dan Bima merupakan dua tempat tumpuan Sumbawa pada masa silang. Pembahagian pulau ini kepada dua bahagian masih dikekalkan pada hari ini; Sumbawa Besar dan Bima merupakan dua buah bandar terbesar di pulau ini dan adalah pusat-pusat kumpulan kebudayaan berbeza yang berkongsi pulau ini.
Sumbawa adalah pulau gunung berapi di antara Java dan Sumatera yang terletak di dalam Lingkaran Gunung Berapi Pasifik. Gunung Tambora (8°14’41”S, 117°59’35”T) yang terletak di pulau ini meletup pada tahun 1815 dan merupakan peletupan yang paling teruk di sejarah moden, iaitu lebih teruk daripada Krakatoa. Peletupan itu membunuh sebanyak 71,000 orang dan memusnahkan sebuah kemaharajaan kecil yang terdiri daripada keturunan Asia Tenggara yang dikenali oleh ahli-ahli arkeologi sebagai "Kemaharajaan Tambora". Peletupan itu membebaskan 100 kilometer padu abu ke atmosfera atas (tujuh kali lebih banyak daripada peletupan Krakatoa) dan mengakibatkan tahun 1816 menjadi "Tahun Tanpa Musim Panas".
Sumbawa dikenali untuk permainan luncur air dan banyak pemain luncur air dari seluruh dunia datang ke sini untuk bermain di tempat-tempat seperti Terumbu Scar, Super Sucks dan Puncak Lakey. Banyak pemain luncur air yang terkenal seperti Kelly Slater pernah bermain di sini. "Team Pipe", kumpulan profesional Ireland, datang ke Puncak Lakey untuk mempersembahkan kemahiran mereka pada Ogos 2005.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.