From Wikipedia, the free encyclopedia
Saraburi (Bahasa Thai: สระบุรี : Melayu: Sarapuri ) ialah salah satu daripada provinsi Thailand yang terletak di tengah negara ini. Provinsi-provinsi berjiran termasuk (dari utara ikut arah jam) Lopburi, Nakhon Ratchasima, Nakhon Nayok, Pathum Thani dan Ayutthaya.
Ibu kota | Saraburi |
Gabernor | Thawip Thewin (sejak 2002) |
Keluasan | 3,576.5 km2 Tangga ke-56 |
Jumlah Penduduk |
575,053 (2000) Tangga ke-42 |
Kepadatan Penduduk |
161/km2 Tangga ke-17 |
ISO 3166-2 | TH-19 |
Saraburi terletak di sebelah kiri lembah Sungai Chao Phraya yang terdiri daripada dataran-dataran tinggi dan penara-penara, manakala sebahagian besar kawasan di sebelah barat lembah itu terdiri daripada dataran-dataran yang rendah.
Terdapat dua buah taman negara di provinsi ini:
Pusat provinsi:
Di Amphoe Phra Phutthabat terletak kuil Wat Tham Krabok yang merupakan khemah pelarian Hmong yang terakhir. Orang-orang Hmong berpindah ke kuil ini selepas khemah yang lalu di Ban Vinai (Provinsi Loei) ditutup pada tahun 1992 disebabkan kekurangan wang.
Mohor provinsi ini menampilkan kuil Wat Phra Buddha Baat. Pada abad ke-17, seorang pemburu menemui sebuah lopak yang kelihatan seakan-akan jejak kaki yang amat besar. Lopak itu diisytiharkan sebagai jejak kaki Buddha, dan sebuah kuil dibina di tapak ini. "Phra Phutthabat" bermaksud "jejak kaki Buddha".
Pokok provinsi ialah Lagerstroemia floribunda, manakala bunga provinsi ialah Pokok Kapas Kuning (bahasa Inggeris: Yellow Cotton Tree; nama botani: Cochlospermum regium). |
Provinsi Sara Buri dibahagikan kepada 13 buah daerah (Amphoe). Daerah-daerah ini dibahagikan lagi kepada 111 buah komun (tambon) dan 965 buah desa.
|
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.