From Wikipedia, the free encyclopedia
Rumah Kedai ialah sebuah siri drama televisyen komedi Malaysia yang disiarkan di TV3. Siri ini disiarkan setiap hari dalam bulan Ramadan pada jam 5.30 – 6.00 petang (Isnin – Jumaat) dan 4.40 – 5.00 petang (Sabtu & Ahad). Siri ini disiarkan sebanyak 6 musim yang bersiaran dari 1988 hingga 1993. Drama ini berjaya mengangkat jenama pelawak Sudiro Sukiman, Harun Salim Bachik dan Rosnah Mat Aris ke peringkat yang membanggakan dalam bidang seni lawak jenaka tanah air.
Rumah Kedai | |
---|---|
Genre | Komedi, drama, keluarga |
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Rumah Kedai" |
Lagu penutup | "Rumah Kedai" |
Penggubah | Peter Lim |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 6 |
Bilangan episod | 180 |
Penerbitan | |
Penerbit |
|
Penyunting |
|
Lokasi | |
Sinematografi |
|
Tempoh siaran | 23 minit |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 576i (NTSC) |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 18 April 1988 – 24 Mac 1993 |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Pelakon Kanak-kanak
•Khairul Affendi Zami sebagai Nazim ,Anak kepada Dr Shan dan Hanisah (Musim 5)
-Mohd Fadhil Ibrahim sebagai Nazim remaja (Musim 6)
•Nurmarina Zulkapli sebagai Fatin (Musim 4-6),Anak kepada Habsah & Anak Tiri Rashid
Pelakon Undangan
Setiap musim dan episod akan ada menampilkan barisan pelakon-pelakon popular tanah air sebagai pelakon undangan dalam setiap episod. Terdapat juga pelakon undangan yang muncul dalam lebih daripada satu episod.
Berikut senarai pelakon terlibat berdasarkan episod dan peranan:
•S Azli
•Ali Mamak sebagai bekas suami Khadijah (Musim 6, Episod Talak)
•Abu Bakar Omar sebagai Majid (Musim 6, Episod Wali)
•Roslan Madun sebagai Encik Lazim (Musim 2, Episod Hutang)
•Mahmud Jun sebagai Haji Jumaat (Musim 4) & Maulana (Musim 6)
•Nora Ramli sebagai Lela (Musim 6, Episod Wali)
•Lan Zailan
•Razak Ahmad sebagai pelanggan kedai Pak Halim (Musim 6)
•Abdullah Chik (Episod Ingkar,Musim 3)
•Rozie Othman (Episod Ingkar ,Musim 3)
•Zaibo sebagai Robert, Anak Nyonya Ling (Musim 5, Episod Menimba Keruh,Mereda Badai)
•Andre Goh sebagai Tauke Hong (Episod Langkah Baru,Musim 4)
•Normala Omar (Musim 3)
•JD Khalid sebagai Sulaiman ,Kawan Pak Halim (Musim 3, Episod Emosi)
Rumah Kedai mendapat sambutan hangat di kaca televisyen dan diteruskan sehingga musim keenam pada 1993. Ketika era kegemilangannya, drama ini begitu dinantikan terutama ketika menjelang waktu berbuka puasa. Drama ini membawa mesej kemasyarakatan dan dibawa dengan komedi santai.[3]
Menurut majalah Tele-skop, "siri ini lebih bertemakan soal-soal moral, keagamaan, politik dan keluarga".[perlu rujukan] Rumah Kedai telah disenaraikan sebagai salah satu rancangan TV tempatan 1980-an dan 1990-an yang masih diingati oleh Free Malaysia Today.[4]
Berikut adalah lokasi-lokasi penggambaran drama yang dijalankan:
Musim | Tahun | Lokasi | Negeri |
---|---|---|---|
1 | 1988 | Kampung Sungai Pusu, Gombak | Selangor |
2 | 1989 | Persiaran Desa Ampang, Taman Seri Ampang, Ampang | Selangor |
3 | 1990 | Jalan 12/10, Taman Koperasi Polis Fasa 1, Batu Caves | Selangor |
4 | 1991 | Jalan 4/56 , AU3 Keramat | Kuala Lumpur |
5 | 1992 | Jalan Rasmi 7, Taman Rasmi Jaya, Ampang Jaya | Selangor |
6 | 1993 | Jalan 17/56, AU3 Keramat | Kuala Lumpur |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.