Rozaimi Abdul Rahman

Pemain bola sepak Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Rozaimi Abdul Rahman (Nama samaran: Sabahan Neymar, lahir 6 Oktober 1992 di Bongawan, Sabah, Malaysia) ialah seorang pemain bola sepak professional Malaysia yang bermain sebagai pemain senior untuk Sabah FC umur bawah 23 di dalam Liga Malaysia sebagai Pemain tengah dan Penyerang utama.

Fakta Segera Maklumat peribadi, Nama penuh ...
Remove ads

Kerjaya

Kelab

Rozaimi memulakan kerjayanya dengan Sarawak pada tahun 2010.[2][3] Beliau kembali ke Sabah pada tahun 2011 dan beliau menyertai Liga Super buat pertama kalinya penampilan 2-1 kekalahan terhadap Terengganu. Dia menjaringkan gol pertama beliau di Liga Super Jaringan gol di luar kelabnya dalam keputusan seri dengan jaringan 1-1 terhadap Perak.


Rozaimi, bersama-sama dengan skuad Piala Presiden Sabah, juga skuad Sabah B-23, juga bermain di dalam kejohanan Sukan Sukma 2012 di Pahang, yang mana beliau dan pasukan berjaya mencapai pingat emas apabila mereka menewaskan Perak 3-0 pada perlawanan akir selepas tambahan masa. Rozaimi sendiri telah menjaringkan gol pada perlawanan akhir, dan juga membantu mencipa 2 gol lagi.[4]

Beliau juga bersetuju untuk menyertai Selangor FA bagi pinjaman 3 bulan bagi kempen Piala Malaysia 2012 pada bulan Ogos 2012, kerana pada masa itu Sabah gagal melayakkan diri ke kejohanan itu.[5] Pada 4 September 2012, beliau telah menjaringkan gol pertamanya bagi Selangor menentang Pahang.

Rozaimi telah menyertai Harimau Muda A bagi pinjaman untuk musim 2013.

Antarabangsa

Pada bulan Julai 2011, Rozaimi menerima panggilan pertama untuk mewakili negara dari Ong Kim Swee bagi perlawanan persahabatan menentng Chelsea.[6] Beliau menerima panggilan keduanya bagi perlawanan kelayakan Olimpik menentang Syria.[7] Beliau membuat penampilan sebagai pemain gantian.[8] Pada 28 April 2012, beliau membuat penampilan sulung penuh untuk perlawanan antarabangsa dalam perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka.[9] Rozaimi telah dimasukkan ke dalam skuad untuk Kelayakan Piala Asia B-22 AFC 2013. Dia menjaringkan empat gol dalam kemenangan 7-0 ke atas Filipina pada 25 Jun.[10].Beliau juga menjaringkan dua gol menentang Taipei Cina. Pada 30 Jun merupakan perlawanan antara Malaysia dan Vietnam, yang menakjubkan dia menjadi seorang wira hatrick justeru menjadikan beliau bintang baru yang bersinar untuk Harimau Muda. Malaysia memenangi perlawanan itu dengan jaringan 3-0.

Remove ads

Statistik

Penampilan antarabangsa

Maklumat lanjut Penampilan antarabangsa B23, # ...
Maklumat lanjut Penampilan antarabangsa senior, # ...
Remove ads

Anugerah

Kasut emas pesta bola Merdeka 2013-(3 gol)


Individu


Gol antarabangsa

Maklumat lanjut Gol antarabangsa B23, # ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads