Rita Nadira
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Rita Nadira Mohd Ritamurni (lahir 7 Jun 1997) ialah seorang model dan pelakon wanita Malaysia.[1][2] Memulakan kerjaya awal dalam bidang peragaan, beliau terkenal dengan watak antagonis lakonannya[3] dan dikenali menerusi watak lakonannya dalam Jujurlah Nikahi Aku (2020) dan Tak Sempurna Mencintaimu (2021).[4][5][6]
Remove ads
Kerjaya
Mewarisi bidang pemodelan daripada kakaknya, Rita Suraya, Rita Nadira mula bergiat aktif sebagai model, pada masa yang sama menceburi bidang lakonan.[1][7] Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2019 menerusi telefilem Kisah Seram Hostel di Astro Citra, ia turut dibintangi oleh Janna Nick dan Wafariena Roslan. Drama pertama lakonannya ialah drama adaptasi novel Jujurlah Nikahi Aku yang dibintangi oleh Sean Lee dan Uyaina Arshad yang mana beliau memegang watak sebagai Zurin.[8] Beliau kemudian berlakon bersama Redza Rosli dalam drama Juliet yang disiarkan di TV1 yang mana beliau melakonkan dua watak, Julia dan Juliet. Pada tahun 2021, beliau berlakon di samping Fendy Bakry dan Intan Najuwa dengan memegang watak Melissa dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu yang bersiaran di TV3.[9][10] Dalam tahun 2022, Rita berlakon dalam beberapa drama TV, antaranya termasuk Kerana Dia Suka dan Terima Kasih Cinta.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Bapa Rita Nadira adalah seorang penternak dan ibunya, seorang suri rumah.[1] Nenek sebelah bapanya berketurunan Cina, manakala datuk sebelah bapanya berketurunan India Muslim.[1] Ibunya pula berketurunan Jawa. Beliau ialah adik kepada bekas model, Rita Suraya.[1] Rita ialah lulusan dalam bidang Seni Persembahan (Teater) di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[7]
Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon, Ezzrin Loy namun hubungan berakhir pada 2019 kerana kekangan kerja. Bagaimanapun, hubungan Rita dan Ezzrin masih kekal baik.[11][12][13]
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads