From Wikipedia, the free encyclopedia
Mesingan RPD merupakan sejenis mesingan butan Soviet Union yang digunakan oleh kebanyakan tentera negara-negara Komunis. Ia dibuat di Soviet Union dan Republik Rakyat China. RPD bermakna Ручной Пулемет Дегтярева (Ruchnoy Pulemyot Degtyareva) (Degtyarev light machine gun).
RPD | |
---|---|
Jenis |
|
Tempat asal | Kesatuan Soviet |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1945–Present |
Digunakan oleh | See Users |
Perang | Perang Dunia Kedua (terhad) Perang Korea Perang Vietnam Perang Saudara Laos Perang Sino-India Perang Saudara Kemboja Perang Kemboja–Vietnam Perang Sino-Vietnam Perang Sempadan Afrika Selatan Perang Soviet di Afghanistan Perang Iran–Iraq Perang Teluk Perang di Afghanistan Perang Iraq Perang Sempadan Thai–Laos Pertikaian Kemboja–Thai Paerang Saudara Libya Perang Saudara Syria pelbagai konflik lain di Afrika dan Asia |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Vasily Degtyaryov |
Direka | 1943–1944 |
Dihasilkan | 1944–1960s |
Aneka | RPDM, Type 56, Type 56-1, Type 62 |
Spesifikasi | |
Berat | 7.4 kg (16.31 lb) kosong |
Panjang | 1,037 mm (40.8 in) |
Panjang laras | 520 mm (20.5 in) |
Kartrij | 7.62×39mm |
Aksi | Gas-operated |
Kadar tembakan | 650–750 rounds/min |
Halaju muncung | 735 m/s (2,411 ft/s) |
Jarak tembakan efektif | 100–1,000 m sight adjustments |
Sistem suapan | Non-disintegrating 100-round segmented belt stored in a drum container |
Penglihatan | Open-type sights with rear sliding notch and semi-hooded front post, 596.6 mm (23.5 in) sight radius |
Mesingan RPD direka untuk Tentera Soviet dalam tahun 1944 untuk kegunaan sebagai senjata automatik bantuan untuk skuad tentera. Mesingan ini diterima untuk perkhidmatan dengan tentera Soviet dalam tahun 1950-an. Penembak boleh menggunakan mesingan ini secara meniarap menggunakan bipod yang ada di mesingan tersebut. Penembak juga boleh menggunakan mesingan ini secara berdiri dengan mesingan digantung di paras pinggang dengan bantuan satu tali galas. Peluru disuap masuk menggunakan suapan rantai tidak berkecai - non-disintegrating belt feed.
Di Republik Rakyat China, senjata ini ditiru dan dikeluarkan dengan beberapa pengubahsuaian dalaman dan diberikan nama Type 56. mesingan ini kemudiannya dibekalkan dengan banyak untuk kegunaan NVA dan juga NLF (Viet Cong) semasa Perang Vietnam.
Mesingan RPD digantikan dalam perkhidmatan tentera Soviet dalam tahun 1960-an dengan mesingan RPK yang lebih moden, Walaupun anggota tentera tidak gembira dengan pertukaran tersebut, mesingan RPD hanya digunakan oleh pasukan simpanan dan kini sudah tidak digunakan lagi oleh tentera Rusia.
Tentera gerila memberontak seperti Tamil Tigers masih menggunakan mesingan ini dalam pemberontakan mereka menentang kerajaan Sri Lanka.
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.