Punai gading

spesies burung From Wikipedia, the free encyclopedia

Punai gading

Punai gading (Treron vernans griseicapilla)[3] ialah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia.

Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...
Punai gading
Thumb
Jantan
Thumb
Betina
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Columbiformes
Keluarga: Columbidae
Genus: Treron
Spesies:
T. vernans
Nama binomial
Treron vernans
(Linnaeus, 1771)
Thumb
     taburan anggaran
Sinonim
  • Columba verans Linnaeus, 1771[2]
Tutup

Ciri-ciri

Punai gading kebanyakannya mempunyai bulu hijau dan paling biasa di kalangan burung berwarna hijau. Ia jarang turun ke tanah dan sering kelihatan di dahan di mana ia sukar dilihat kerana bulu hijaunya tenggelam dalam kehijauan daun. Ini menjadikan ia sukar dilihat.

Burung jantan berwarna terang, dan menarik dengan warna merah jambu pada lehernya dan dada jingga, burung betina kebanyakannya hijau dan mudah bertukar dengan burung betina spesies lain.

Makanan

Ia memakan buah-buahan kecil seperti goncar, mertajam, keriang, samak, betik, kacang hijau, gandum, sambau dan banyak lagi.[perlu rujukan]

Pembiakan

Punai gading membiak dengan bertelur. Telur punai gading bercangkerang keras.

Habitat

Ia ditemukan di hutan dan hidup di atas pokok.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.