Kereta hatchback subkompak dari Perodua From Wikipedia, the free encyclopedia
Perodua Myvi R3 GearUp DCVT adalah model kenderaan dari jenama Perodua yang dipasarkan dalam negara tempatan, jenis kenderaan kompak buatan pengilang kereta Perodua sejak tahun 2005.Myvi yang berasaskan Daihatsu Sirion/Boon/Passo generasi kedua dan Toyota Passo ini merupakan hasil usahasama Perodua dengan Toyota dan Daihatsu. Myvi merupakan kereta yang terlaris selama lima tahun berturut-turut mulai tahun 2006 hingga 2010 di Malaysia.[1][2]
Perodua Myvi | |
---|---|
Myvi sebelum rupa baru 2008. | |
Maklumat | |
Pengilang | Perodua |
Pengeluaran | 2005–kini |
Kelas | MINI MPV/subpadat |
Gaya badan | MPV lima pintu |
Enjin | 1.0 L EJ-VE I3 (Generasi pertama) 1.3 L K3-VEI4 |
Berkait | Daihatsu Sirion/Boon Toyota Passo Subaru Justy |
Kereta Myvi terdiri daripada lima variasi: 1.0SR (manual 5 kelajuan), 1.3SX (manual 5 kelajuan), 1.3EZ (auto 4 kelajuan), 1.3SXi (manual 5 kelajuan), dan 1.3EZi "Premium" (auto 4 kelajuan). Juga terdapat Myvi "Edisi Khas" yang berciri bodykit yang terdiri daripada bampar yang terubah suai, skirt sisi dan spoiler. Myvi juga tersedia dengan sepasang beg udara dan ABS.
Myvi dikilangkan dalam warna-warna yang menarik hati rakyat Malaysia iaitu Ebony Black, Olive Green, Ivory White dan Glittering Silver . Rupa baru Myvi diperkenalkan pada tahun 2008 , iaitu dikenali dengan muka yang serba baharu yang kelihatan lebih matang , I a diperkenalkan dengan banyak pilihan warna yang baharu yang terdiri daripada Medallion Grey, Pearl White, Classic Gold, Mystic Red , Caribbean Blue dan Glittering Silver.[3] Perodua Myvi SE mempunyai warna yang sama juga iaitu wanra Ivory White, Ebony Black, Glittering Siver, Pearl White dan warna yang istimewa dikenali sebagai Tangerine Orange yang eksklusif dan hanya ada pada varian Myvi SE.[4]
Dalam Kereta Myvi terpasang satu daripada dua enjin empat lejang yang terdingin air daripada Daihatsu Sirion generasi pertama: enjin Ej-VE 1.0 liter dengan tiga silinder terbaris, atau Toyota Passo: enjin K3-VE 1.3 liter dengan empat silinder terbaris; kedua-dua sistem DVVT serta pancitan bahan api elektronik (EFI).
Selain prestasi kasar, terdapat ciri-ciri yang sebelum ini jarang terdapat dalam kereta Perodua yang diturunkan oleh Sirion kepada Myvi, antaranya pemancit 4 lubang, uretana berbusa yang diinjek ke dalam A-pillar, centre pillar dan B-pillar untuk menebat hingar, sistem pelumpuh dan binaan badan pengurang kecederaan pejalan kaki empat. Antara ciri-ciri lain pula ialah kawalan aliran udara rangka bawah, pancarongga pengambilan resin dan penutup kepala yang disepadukan dengan peti pembersih udara (untuk enjin 1.0) dan roda tenaga yang pejal untuk mengurangkan getaran jiwa semasa berjalan (untuk transmisi manual).
Spesifikasi enjin
1.0 L 1KR-FE I3
1.3 L K3-VE I4
Pada 22 Ogos 2008, Perodua Myvi versi baru dilancarkan dengan menampilkan perubahan pada kekisi depan, bampar depan, bonet, bampar belakang, rim aloi, warna dan reka bentuk papan pemuka, pemain MP3/WMA dan fabrik tempat duduk. Model 1.3 Premium pula turut dilengkapi kaca perlindungan UV yang baru, pelaras ketinggian tempat duduk, dan juga sistem audio baru dengan ciri-ciri USB dan Bluetooth.[3]
"Edisi Khas" Perodua Myvi SE baru ini juga dilancarkan pada 10 Oktober 2008 dengan bampar yang baru, lampu belakang yang jernih, lampu puncak gelap, papan pemuka ambar, tempat duduk kulit, dan pemain cakera padat 2-DIN dengan sokongan MP3, WMA, USB dan Bluetooth sebagai ganti unit bersepadu. Ia hanya terdapat dengan enjin 1.3L dengan transmisi manual atau automatik.[4]
Pelancaran Perodua Myvi menandakan kali pertama Perodua bersaing sengit dengan Proton, pembuat kereta kebangsaan Malaysia yang pertama yang memperkenalkan Proton Savvy yang setanding kelasnya ketika itu.
Myvi 1.3 mengetepikan saingan Proton Savvy 1.2, untuk menjadi "Car of the Year 2005/2006" oleh majalah tempatan Autocar ASEAN. Akhbar kewangan tempatan The Edge Daily melaporkan bahawa jualan Myvi jauh melampaui jangkaan awalnya dan menerima sambutan yang amat hangat semenjak diperkenalkan pada bulan April.
Proton Savvy yang mulai dipasarkan beberapa bulan selepas keluarnya Myvi tidak menjejaskan jualan Myvi. Setelah mengambil kira permintaan yang besar untuk Myvi, penjualan kenderaan dan bahagian pasaran Perodua naik mendadak pada tahun 2006.
Richard Hammond, seorang pengacara Top Gear di BBC, memandu uji sebuah kereta Myvi,[5] dan nampaknya berasa kagum. Ulasnya, walaupun mencedok Daihatsu Sirion, namun reka bentuknya diubah sedikit supaya nampak lebih cantik dan berbaloi untuk kereta berharga bawah £7,000 kerana mampu berjalan 50 batu segelen dan mudah dikawal seperti Toyota Yaris.
Bagaimanapun, rakan sejawat Hammond dalam Top Gear, Jeremy Clarkson tidak berkenan dengan brek, pemanduan, tempat duduk dan dalaman sehingga mengulas bahawa "inilah kereta untuk dipandu dengan muka masam".
Kajian oleh J.D. Power & Associates pada tahun 2009 menyaksikan kereta MyVi menduduki tempat teratas kerana mutu awalnya dari segi pemilikan kenderaan baru dalam kategori kereta padat.[6]
Perodua Myvi 2011 | |
---|---|
Myvi Extreme 1.5 | |
Maklumat | |
Pengilang | Perodua |
Pengeluaran | 2011–2017 |
Kelas | Supermini/subpadat |
Gaya badan | hatchback lima pintu |
Enjin | 1.3 L K3-VE I4 |
Berkait | Daihatsu Sirion/Boon Toyota Passo |
Perodua Myvi 2011 dilancarkan pada 16 Jun 2011.[7]
Pada tahun 2022, sebuah replika Myvi Extreme 1.5 pernah dibina menggunakan 1.27 juta bata Lego yang memakan masa kira-kira 2 bulan.[8]
Perodua Myvi 2011 terdapat dalam tiga perapi untuk 1.3 liter iaitu Standard, Premium dan Elegance, dan dua untuk 1.5 liter iaitu Special Edition dan Extreme. Model Extreme berwarna kuning juga lebih dikenali dengan nama Myvi Taliban. Kesemuanya tersedia dengan transmisi automatik empat kelajuan dan manual lima kelajuan. Semua kereta model ini tersedia pasang beg udara duaan. ABS dan EBD terdapat pada varian Premium dan Elegance. Lampu kabut juga terdapat untuk varian Premium dan Elegance. Varian Standard pula ada rim keluli dengan pelitup manakala varian lain mendapat rim aloi. Kemudi Kuasa Elektronik sudah dipasang di semua kereta. Batang transmisi automatik dialihkan kepada dekat papan pemuka seperti Perodua Alza. Dalam varian Elegance sahaja tersedia sistem navigasi DVD berskrin sentuh 6 inci 2-DIN bersepadu dengan peta yang disumbangkan oleh Telekom Malaysia, di samping pemegang pintu krom dan kit badan yang berbeza.
Myvi terdapat dalam enam warna, lima daripadanya metalik iaitu Ebony Black, Glittering Silver, Medallion Grey, Pearl White dan rona baru Mystical Purple; serta satu warna padu iaitu Ivory White.
Myvi 2011 dikuasakan oleh enjin K3-VE 1.3 liter dengan DVVT serta EFI. Walaupun sama enjinnya dengan generasi terdahulu, namun Perodua mengaku kenaikan 4HP dalam Myvi 2011 kerana kemudi kuasa elektronik (EPS) yang membolehkan Perodua untuk menyalurkan kuasa tambahan untuk meningkatkan kuasa kuda. Terdapat rangkaian kuasa automatik 4 kelajuan dan manual 5 kelajuan; kedua-dua transmisi ini memindahkan kuasa enjin kepada roda depan. Pada bampar belakang ada liang udara yang mengurangkan masalah kepakan. Beg udara SRS terpasang dalam semua kereta, maka Myvi merupakan kereta nasional pertama yang dipasang sedemikian. Tali sawat tengah tempat duduk belakang bertukar dari sekadar riba menjadi ELR tiga sudut. ISOFIX juga menjadi piawaian untuk semua Myvi 2011 untuk pemasangan tempat duduk kanak-kanak.
Generasi ketiga Perodua Myvi telah diisytiharkan datang pada akhir 2017 / awal 2018.[9] Pada 8 November 2017, Perodua mengumumkan bahawa tempahan untuk 2018 Perodua Myvi telah dibuka. [10] Generasi ketiga Perodua Myvi telah diumumkan pada 9 November 2017 di Malaysia Autoshow 2017. Ia dilancarkan pada 16 November 2017. Generasi Myvi ini dikenali sebagai rekaan tempatan, tanpa disalin dari generasi ketiga Daihatsu Boon. Ia adalah kereta baru yang baru di mana Toyota hanya memberikan nasihat dan enjin kepada Perodua dalam menjana Myvi yang baru. Enjin yang disediakan telah diperbaiki oleh Perodua untuk Myvi baru untuk meningkatkan kecekapan bahan bakar dan memperoleh standard EEV sebagaimana Axia dan Bezza. Kali pertama di dalam kereta berjenama Malaysia untuk menawarkan 'Advanced Safety Assist' dalam AV Variant.Dan juga , Perodua Myvi generasi ketiga terdapat dalam empat varian , G Variant , H (high) Variant , Premium X variant dan AV ( Advance ) variant.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.