From Wikipedia, the free encyclopedia
Proton Savvy merupakan model Proton jenis Hatchback bersaiz segmen A. Model ini dilancarkan pada 5 Jun 2005 [1] dan merupakan model pertama Proton selepas Proton membeli syarikat Lotus Cars [2]. Proton Savvy merupakan pengganti Proton Tiara. Sama seperti Tiara, Proton Savvy juga merupakan hasil kerjasama di antara Proton dan Renault iaitu enjin Renault Type-D. Proton Savvy mengalami facelift pada 19 Januari 2007 [3] dan ditamatkan pada tahun 2011.
Proton Savvy | |
---|---|
Pembuat | Proton |
Produksi | 2005–2011 |
Kategori | Hatchback |
Bentuk | 5 pintu |
Muatan enjin | 1.2 liter |
Sistem gear | Manual & semi-automatik (AMT) |
Reka bentuk Proton Savvy Pre-Facelift yang dipasarkan pada tahun 2005 hingga tahun 2007. Rekaan gril hadapan Proton Savvy ini mirip gril hadapan Proton Waja manakala rekaan belakang juga sama. Proton Savvy Pre-Facelift ini tidak didatangkan dengan Spoiler belakang di semua spesifikasi.
Reka bentuk Proton Savvy facelift (2007-2011). Rekaan Proton Savvy pre-facelift sebelum ini yang mirip Proton Waja kini ditukar kepada rekaan honeycomb mesh. Bahagian belakang Proton Savvy juga ditukar kepada garis lurus berbanding garis menyimpul di Proton Savvy pre-facelift. Spoiler Proton Savvy didatangkan pada semua jenis spesifikasi. Proton Savvy 1.2 AMT High-line dilengkapi dengan 2 airbag. Dua warna baharu ditambah iaitu Energy Orange dan Genetic Silver.
Proton Savvy ketika pengeluarannya bersaing dengan Perodua Viva, Kia Picanto dan Citroën C1.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.