From Wikipedia, the free encyclopedia
Pastel Lite merupakan sebuah kumpulan muzik elektronik Malaysia yang ditubuhkan pada 2012.[1][2] Ahli kumpulan ini terdiri daripada Faliq Mohd (vokal/gitar/synth/drum) dan Eff Hakim (vokal).[3] Kumpulan ini menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Melayu dan Inggeris dan telah menerbitkan satu EP Etcetera (2015) dan dua album studio–Balada (2017) dan Pop Bilik Tidur (2019). Pada hujung tahun 2019, Eff Hakim telah mengumumkan di laman sosial nya untuk keluar dari kumpulan dan Pastel Lite diteruskan oleh Faliq Mohd.
Pastel Lite | |
---|---|
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre |
|
Tahun aktif | 2012–2021 |
Syarikat rakaman |
|
Ahli | Faliq Mohd |
Bekas ahli |
|
Pastel Lite bermula pada 2012 apabila vokalisnya, Eff Hakim ingin mencari ahli kumpulan di Internet dan memuat naik lagu-lagu nukilannya di SoundCloud. Faliq mula berminat dan terus menghubungi Eff untuk terus bekerjasama. Di bawah label Melodiya Recordings, Pastel Lite menerbitkan EP sulung mereka, Etcetera yang mengandungi lima lagu, dikeluarkan pada tahun 2014. Bakat mereka berjaya dihidu oleh Yuna Room Records milik Yuna, seterusnya melamar Pastel Lite sebagai artis rakamannya. Album studio pertama kumpulan itu, Balada, dikeluarkan pada Julai 2017 dengan dua lagunya, "Damsel" dan "Masa Kita" dikeluarkan sebagai single. Mereka kemudian melancarkan album kedua, Pop Bilik Tidur pada Oktober 2019; "Hello Sayang" ialah satu-satunya single yang dikeluarkan untuk album ini. Pada Mei 2020, Pastel Lite muncul dengan single terbaharu mereka, "Demi Kita". Pada Ogos atau September 2021, Eff Hakim mengumumkan keluar dari kumpulan menerusi laman Instagram Eff yang memberitahu beliau tidak mahu bekerja dengan kumpulan itu lagi dan Faliq Mohd tetap meneruskan Pastel Lite untuk album akan datang dan live show.[4]
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2020 | TAPAUawards | Muzik Video Terbaik | "Hello Sayang" | Menang | [7] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.