genre muzik From Wikipedia, the free encyclopedia
Muzik elektronik merupakan muzik yang menggunakan teknologi dan alat muzik elektronik dalam penghasilannya. Penghasilan bunyi elektronik boleh dihasilkan dengan menggunakan theremin, pensintesis dan komputer.[1]
Sebelum 1960-an, muzik elektronik lebih dikaitkan dengan muzik seni Barat. Tetapi selepas itu, dengan adanya teknologi muzik yang berpatutan bermaksud bahawa aliran muzik ini semakin dikenali.[2] Hari ini, muzik elektronik terdiri daripada pelbagai jenis dan julat, sama ada daripada muzik seni eksperimen kepada bentuk popular seperti muzik tarian elektronik.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.