spesies tumbuhan From Wikipedia, the free encyclopedia
Paku acu atau pakis [h]aji dengan nama saintifik Cycas rumphii ialah tumbuhan benih terbuka berumah dua, iaitu spesies sikad dalam genus Cycas yang Indonesia, New Guinea dan Pulau Christmas. Sunguhpun tampilnya bak palma ia bukanlah palma.
Paku acu | |
---|---|
Pokok jantan dengan strobilus, atau kerucut, di Taman Botani Berlin | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Gimnosperma |
Divisi: | Cycadophyta |
Kelas: | Cycadopsida |
Order: | Cycadales |
Keluarga: | Cycadaceae |
Genus: | Cycas |
Spesies: | C. rumphii |
Nama binomial | |
Cycas rumphii Miq. | |
Taburan | |
Sinonim | |
|
Sikad ini pokok kecil yang tumbuh sekitar 10 m (33 ka) ketinggian, dengan garis pusat batang melebihi 40 cm (16 in). Kulit kayunya kelabu dan merekah secara tersendiri menjadi penggalan segi empat tepat, atau bentuk berlian. Daunnya tumbuh daripada silara – pelepah bak palma, berkilat, hijau cerah 1.5–2.5 m (4.9–8.2 ka) panjang, dengan 150–200 anak daun di setiap pelepah. Tangkai berdurinya 35–60 cm (14–24 in) panjang. Strobilus pokok jantannya, atau kerucut, lonjong buntar, 30–60 cm (12–24 in) panjang, berwarna jingga dan berbau kohong. Megasporofil betina pula sekitar 30 cm panjang, berisi, perang dan agak berambut, dengan kawasan subur sekitar 35 mm (1.4 in) lebar. Benihnya 45 mm panjang dan 30 mm lebar, masak daripada perang jingga ke kemerahan.[2][3]
Tradisi lisan masyarakat kaki Pegunungan Muria menyebutkan bahawa berlakunya serangan tikus hebat yang mengancam padi tanaman mereka tetapi akhirnya diusir selepas disusun kayu pakis haji dikupas atas nasihat Sunan Muria;[4] ada yang mempercayai bahawa tikus takut pada kayu pakis haji karena menyerupai kulit ular sanca kembang.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.