Arecaceae
From Wikipedia, the free encyclopedia
Arecaceae atau Palmae (atau secara tidak sah disebut Palmaceae[1]) ialah satu keluarga pokok berbunga daripada order Arecales yang sering disebut palma, pinang-pinangan atau aren-arenan.[2][sumber lebih baik diperlukan] Kini terdapat lebih kurang 202 genus yang dikenali dalam keluarga ini termasuk lebih kurang 2,600 spesies. Pokok palma juga hidup di hampir setiap habitat dalam jangkauannya, dari hutan hujan hingga ke gurun, tetapi kebanyakan spesies ini hanya didapati dalam kawasan-kawasan beriklim tropika dan subtropika.
Arecaceae Pinang-pinangan | |
---|---|
![]() | |
Pokok kelapa, Cocos nucifera. | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | Kommelinid |
Order: | |
Keluarga: | Arecaceae Bercht. & J.Presl, nom. cons. |
Subkeluarga | |
| |
Sinonim | |
|
Pokok-pokok dalam keluarga ini mudah dikenal pasti kebanyakan orang. Kebanyakan pokok palma dibezakan dengan daun-daun besar, malar hijau, dan majmuk yang diatur di atas batang yang tidak bercabang. Bagaimanapun, banyak pokok palma merupakan kekecualian kenyataan ini, dan pokok palma sebenarnya menunjukkan kepelbagaian yang meluas dari segi ciri bentuk fizikal.
Botani
Daun yang tumbuh pada pokok-pokok palma dipanggil pelepah dan terdiri daripada banyak bilah anak daun yang panjang disusun pada tulang yang tebal, setiap bilah anak daun ini melipat cekung atau cembung.[3]:49 Pangkal daun pelepah ini yang bersambung pada batang pokok dipanggil upih.
Bunga-bunga spesies pokok palma kecil dan muncul pada tangkai keras disusun dalam jambak, jambak-jambak bertangkai ini dipanggil mayang. Mayang-mayang pokok spesies dalam keluarga ini dibalut dalam daun seludang sehingga masa matang.[4]
- Mayang pokok pinang yang dibalut seludang.
- Beberapa tangkai mayang kelapa.
- Mayang-mayang pinang yang sedang berbuah
- Seludang kelapa tua.
Buah pokok-pokok palma seperti kelapa, kelapa sawit dan sebagainya terdiri daripada tempurung iaitu endokarpa keras yang mengandungi isirong; isirong ini ditutupi sabut iaitu mesokarpa buahnya yang terdiri daripada gentian kasar dan tebal.[5]
Kegunaan
Pokok palma merupakan salah satu daripada pokok yang paling dikenali dan yang paling ditanam secara meluas. Pokok ini memainkan peranan yang penting untuk manusia dalam kebanyakan sejarah, bermula dengan Mesopotamia kuno. Banyak keluaran dan makanan biasa berasal daripada pokok palma, dan pokok palma juga digunakan secara meluas dalam seni taman disebabkan bentuknya yang eksotik dan oleh itu, telah menyebabkannya menjadi salah satu daripada tumbuhan yang penting dari segi ekonomi. Dalam banyak budaya dan sejarah, pokok palma merupakan lambang untuk gagasan seperti kemenangan, keamanan, dan kesuburan. Pada hari ini, pokok palma masih merupakan lambang sejagat yang popular untuk kawasan tropika dan percutian.[6]
Genus penting dari segi ekonomi
- Areca – pinang
- Bactris – pupunha
- Borassus – tal
- Calamus – rotan
- Cocos – kelapa
- Copernicia – lilin karnauba
- Elaeis – kelapa sawit
- Euterpe – hati kubis, açaí
- Jubaea – wain Chile, coquito
- Metroxylon – rumbia
- Phoenix – kurma
- Raphia – pokok rafia
- Roystonea – royal palm
- Sabal – palmeto
- Salacca – salak
- Trachycarpus – pokok kincir angin, kumaon
- Washingtonia
Lihat juga
- Pokok traveller – pokok seakan-akan palma yang merupakan salah satu ahli susunan Zingiberales
- palma sagu – sikad yang seakan-akan pokok palma (gimnosperma)
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.