Nuha Bahrin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Nuha Sakina Saiful Bahrin (lahir 4 September 2000) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau terkenal sebagai salah seorang daripada 24 peserta amatur Vokal Mania.[2] Beliau melancarkan single sulungnya, "XSEMPURNA" pada 2021.[3][4].
Kerjaya
Nuha Bahrin memulakan kerjayanya dalam bidang muzik apabila beliau menyanyikan lagu "Hurt" nyanyian asal Christina Aguilera dan memuatnaiknya di laman media sosialnya. Ia turut menarik perhatian Christina apabila beliau sendiri memuatnaik klip video Nuha di Instagram miliknya.[3]
Pada Oktober 2020, beliau merupakan salah seorang daripdada 24 peserta amatur, juga dikenali sebagai 'rookie' dalam rancangan realiti nyanyian, Vokal Mania terbitan TV3 yang antara lain turut disertai oleh Aisha Retno, Wafariena Roslan, Tuah Adzmi, Daniesh Suffian dan Afieq Shazwan.[2]
Persembahan beliau menerusi lagu "Kekasih Awal dan Akhir" nyanyian asal Jamal Abdillah menerima kritikan daripada warganet.[5] Beliau turut mempersembahkan lagu "Di Matamu" nyanyian asal Sufian Suhaimi dalam pusingan duet bersama Tomok.[5] Nuha berjaya meraih undian tertinggi sekaligus membawa pulang anugerah 'Rookie Star Award' dalam saingan episod kedua rancangan ini.[2][5]
Selepas tamat Vokal Mania, Nuha melancarkan single sulungnya, "XSEMPURNA" (disebut "Tak Sempurna") hasil nukilan Ezra Kong pada 5 Mac 2021 dan dikeluarkan menerusi saluran YouTube Beegood Music.[3][6][4] Ia berkisarkan kisah sebenar yang dilalui oleh Nuha sewaktu berdepan dengan kecaman.[7][8]
Pada Julai 2022, Nuha berduet bersama Naufal Azrin menerusi lagu "Casablanca" yang telah menjadi tular di aplikasi TikTok. Lagu ini ialah hasil ciptaan Abdulkarim Al Ali, Daqmie dan Wan Saleh.[9][10]
Inspirasi
Nuha menjadikan penyanyi Malaysia yang berpangkalan di A.S., Yuna sebagai idolanya dalam bidang muzik.[6]
Kehidupan peribadi
Nuha dilahirkan di Rawang, Selangor dan merupakan anak ketiga daripada 4 beradik. Beliau merupakan pemegang ijazah jurusan pemasaran di Universiti Multimedia (MMU).[1]
Diskografi
Tajuk | Tahun | Komposer | Penulis lirik |
---|---|---|---|
"XSEMPURNA" | 2021 | A. Ramlee & Ezra Kong | A. Ramlee & Ezra Kong |
"Casablanca" (bersama Naufal Azrin) | 2022 | Daqmie & Wan Saleh | Daqmie & Abdulkarim Al Ali (Syria) |
"Jika" (bersama Naufal Azrin) | |||
"Takkan Mengalah" (bersama Naufal Azrin) | 2023 | ||
"Iktiraf" (bersama Naufal Azrin) | |||
Filemografi
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2020 | Vokal Mania | Dirinya sendiri/Peserta | TV3 |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya Tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | BBNU Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.