Neon ialah sebuah telefilem Malaysia 2003 arahan Feroz Kader terbitan Neon Entertainment. Ia dibintangi oleh Faizal Yusup dan Eric Fuzi sebagai pelakon utama dan penampilan istimewa daripada 66 artis-artis popular tanah air.[1] Telefilem ini menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai Jumlah Artis Paling Terbanyak di dalam Filem (66 Artis Popular).[1] Telefilem ini telah dikeluarkan dalam bentuk VCD pada 18 Disember 2003.[1]

Fakta Segera Neon, Genre ...
Neon
GenreDrama
PengarahFeroz Kader
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Penerbit
  • Mohamed Rafiq Abdul Kader Sahib
  • Abdul Kalam Pakkir Mohamad
  • Mohamed Iskandar Abdul Kader
  • Salem @ Jemiran Mohd Kutty
  • Feroz Kader
Tempoh siaran125 minit
Syarikat penerbitan
  • Neon Entertainment
  • O.A. Mohamed Yaacob
  • Syarikat Pakkir Mohamad
Syarikat pengedaran
Real Desire
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Siaran asal17 Disember 2003
Tutup

Sinopsis

Neon berkisar tentang Hafiz yang ditimpa nasib malang tidak henti-henti, namun keadaan berubah dengan kemunculan cahaya harapan yang menyuluh harapan, sekali gus memberi kekuatan untuknya meneruskan hidup. Hafiz berhadapan dengan segala jenis kedukaan dan malang pada satu satu malam, Hafiz menemui pelbagai jenis manusia dengan ragam dan karektor yang berbeza. Yang menarik tentulah pertemuannya dengan Laila. Seorang mangsa kasanova kolej yang ditinggalkan di tepi jalan. Mereka mengenali diri masing-masing lalu memberi sedikit sinar buat Hafiz.

Pelakon

Pelakon utama

Penampilan khas

Pelakon tambahan

  • Nazeem sebagai Kawan Ringgo IV
  • Bobo sebagai Kawan Ringgo V
  • Rock sebagai sebagai Kawan Ringgo VI
  • Syafiz sebagai Kawan Ringgo VII
  • Syafikah Syarim sebagai Anak Ina

Sumber:[nb 5]

Penerbitan

Idea asal penerbitan telefilem ini datang daripada pengarahnya, Feroz Kader yang juga berkhidmat sebagai penulis skrip.[1] Penerbitan bermula apabila Neon Entertainment (M) Sdn. Bhd. membelanjakan RM350 ribu untuk menerbitkan telefilem ini.[1] Majlis pelancaran telefilem Neon diadakan di Seri Kembangan, Selangor dan dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan ketika itu, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir.[1] Watak utama telefilem ini dijayakan oleh bakat baru dalam dunia lakonan, Faizal Yusof.[1] penggambaran dijalankan di sekitar Kuala Lumpur termasuk Brickfields, Pasar Seni, KTM dan Kampung Abdullah Hukum.

Keluaran

Neon diterbitkan oleh Mohamed Rafiq Abdul Kader Sahib, Abdul Kalam Pakkir Mohamad, Mohamed Iskandar Abdul Kader, Salem @ Jemiran Mohd Kutty dan Feroz Kader menerusi Neon Entertainment (M) Sdn. Bhd. dan diterbitkan bersama oleh O.A. Mohamed Yaacob dan Syarikat Pakkir Mohamad.

Telefilem ini diedarkan dalam bentuk VCD oleh Real Desire Sdn. Bhd.[1]

Catatan

  1. Dikreditkan sebagai Serina Chef Wan.
  2. Dikreditkan sebagai Nisdawati (sehingga 2006).
  3. Dikreditkan sebagai Abby Hakim.
  4. Dikreditkan sebagai Apek Senario.
  5. Senarai pelakon diperoleh daripada kredit telefilem ini.

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.