Pelakon dan penyanyi wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Melissa Saila (lahir Melisa Mohd. Alias; 3 April 1972) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau merupakan anak kepada pelakon veteran Mariani dan anak saudara kepada Saloma. Beliau telah bergiat aktif dalam dunia lakonan sejak kecil sama ada dalam rancangan televisyen, filem atau pementasan teater[1].
Melissa Saila mewarisi bakat seni dari ibunya iaitu seniwati Mariani atau Mariam Ismail dan bapa saudaranya, seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Beliau pernah muncul dalam telefilem Neon arahan Mohd Feroz Abd Kader bersama ramai pelakon termasuk Rita Rudaini, Azhar Sulaiman, Faizal Yusof, Soffi Jikan, Lisdawati, Vanida Imran, Bront Palarae dan Rashidi Ishak[2].
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1982 | Anak Sulung Tujuh Keturunan | Ratna (kecil) | Filem pertama |
Penentuan | Ani | ||
1983 | Ranjau Sepanjang Jalan | ||
1987 | Kepala Angin | Lis | Penampilan khas |
Bayangan Cinta | Filem ini merupakan usahasama Malaysia-Indonesia | ||
1988 | Perempuan | Anita | |
1989 | Tak Kisahlah Beb | Rozi | |
Misteri Harta Karun | Sinta | Filem Indonesia | |
1990 | Balada Tiga Jagoan | ||
Main-main Hantu | |||
1991 | Sepi Itu Indah | Zaitun | |
Kanta Serigala | Shakira | Penampilan khas | |
1992 | Penghujung Malam | Norita | |
1994 | Fantasi | Azreen | |
1997 | Layar Lara | Azi | |
1998 | Jibon | Cikgu Aishah | |
2000 | Mimpi Moon | Pengurus Artis | |
2004 | Di Ambang Misteri | Doktor | |
Puteri Gunung Ledang | Raja Ahmad Gabenor | ||
2018 | Orang Itu | Wanita di Stesen Minyak | |
2022 | Spilt Gravy on Rice | Roslinda | Pelakon undangan |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1992 | Jadi Tak Jadi | TV3 | ||
2003 | Neon | Pelanggan Gerai Kopi Satu III | VCD | Penampilan khas |
2009 | Rompakan Kabinet | — | Astro Ria | Sebagai pengarah |
Tersungkur di Pintu Syurga[3] | Masita Muhammad | Astro Prima | ||
2011 | 100 Hari | Hanum | TV1 | |
2012 | 50:50 | — | Sebagai pengarah | |
Kampung Semerah Padi | Musalmah | |||
2014 | Saloma[4] | — | Astro First Eksklusif | |
2016 | Dari Kerana Mata | HyppTV | Penampilan khas | |
2018 | Kampung Kuala Lambat[5] | — | Astro Citra | Sebagai pengarah |
Setan Dalam Poket | Rose | |||
2019 | Aku Posmen | — | ||
2020 | Koboi & Vampire | BOO | ||
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1991 | Anugerah Juara Lagu ke-6 | Pengacara | TV3 | bersama Azwan Ali & Intan Rozila |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1984 | Malam Sri Angkasa | Pelakon Paling Berbakat | Melissa Saila | Menang |
1994 | Festival Filem Malaysia ke-7 | Pelakon Wanita Terbaik | Penghujung Malam | Menang |
2001 | Anugerah Skrin 2001 | Pelakon TV Terbaik | Orang Gaji Sementara | Menang |
2003 | Anugerah Seni BOH Cameronian | Persembahan Terbaik | — | Menang |
Pada bulan Jun 2012, Melissa mula memakai tudung sebagai penampilan terbarunya[6]. Menurut beliau, hasrat untuk memakai tudung pada asalnya ingin dilakukan ketika bulan Ramadan, namun hatinya terdetik untuk memakainya lebih awal[6].
Beliau mendirikan rumahtangga bersama Megat Fauzi Shukarnain dan dikurniakan tiga orang cahaya mata[5]. Lantaran minat yang mendalam, beliau telah membuka syarikat penerbitan sendiri yang diberi nama Marimaliss Productions. Melissa juga mempunyai satu lagi syarikat produksi, Kus Semangat Aktor yang ditubuhkan pada 2007[7].
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.