From Wikipedia, the free encyclopedia
Moise Bioty Kean (/mɔɪz kiːn/;[1] lahir 28 Februari 2000) merupakan pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Serie A, Juventus dan pasukan kebangsaan Itali.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Moise Bioty Kean | ||
Tarikh lahir | 28 Februari 2000 | ||
Tempat lahir | Vercelli, Itali | ||
Ketinggian | 1.82 m (6 ka 0 in) | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Juventus | ||
Nombor | 18 | ||
Kerjaya remaja | |||
2007 | Asti | ||
2007–2010 | Torino | ||
2010–2016 | Juventus | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2016–2019 | Juventus | 16 | (7) |
2017–2018 | → Verona (pinjam) | 19 | (4) |
2019–2023 | Everton | 32 | (2) |
2020–2021 | → Paris Saint-Germain (pinjam) | 26 | (13) |
2021–2023 | → Juventus (pinjam) | 55 | (10) |
2023– | Juventus | 5 | (1) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2015 | Itali B15 | 6 | (2) |
2015 | Itali B16 | 4 | (3) |
2015–2017 | Itali B17 | 17 | (8) |
2017–2018 | Itali B19 | 6 | (4) |
2018 | Itali B20 | 1 | (2) |
2018– | Itali B21 | 9 | (5) |
2018– | Itali | 12 | (4) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 4 Jun 2023 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 Oktober 2021 |
Beliau memulakan kariernya di Juventus pada 2016 dengan merangkul pencapaian "double" pada musim sulungnya. Beliau menghabiskan masa sebagai pemain pinjaman di Verona pada musim berikutnya sebelum kembali ke Juventus untuk meraih satu lagi gelaran Serie A pada 2019. Pada musim panas tahun yang sama, Kean melakukan perpindahan ke Everton.
Di peringkat antarabangsa, Kean melakukan penampilan sulungnya bersama skuad senior Itali pada 2018. Beliau merupakan penjaring gol termuda Itali dalam satu perlawanan kompetitif.
Kean telah menarik minat Renato Biasi yang menawarkannya menyertai akademi Torino dari akademi Asti.[2] Namun pada tahun 2010, beliau sebaliknya menyertai musuh seteru Torino, Juventus daripada melanjutkan kontraknya bersama Granata (sehingga usia 14 tahun, kontrak berlarutan selama setahun dan perlu sentiasa diperbaharui).[3][4] Pada musim terakhirnya bersama pasukan belia Juventus iaitu pada musim 2015–16, beliau telah menjaringkan 24 gol dalam 25 perlawanan.[5]
Kean melakukan penampilan sulungnya untuk Juventus pada 19 November 2016 ketika berusia 16 tahun, 8 bulan dan 23 hari. Beliau beraksi pada mint ke-84 permainan menggantikan Mario Mandžukić ketika aksi Serie A menewaskan Pescara 3-0. Dengan itu, beliau menjadi pemain termuda Juventus yang melakukan penampilan sulung serta pemain pertama yang lahir pada 2000-an untuk beraksi dalam salah satu daripada empat liga utama Eropah.[6][7] Pada 22 November, beliau menjadi pemain pertama yang lahir pada 2000-an untuk beraksi dalam perlawanan Liga Juara-Juara UEFA dengan menjadi pemain gantian pada minit ke-84 perlawanan semasa menewaskan Sevilla 3-1.[8] Pada 27 Mei 2017, ketika perlawanan terakhir liga bagi kempen 2016-17, Kean telah menjaringkan gol pertamanya untuk Juventus untuk memastikan pasukannya meraih kemenangan 2-1 ke atas Bologna sekali gus menjadikannya sebagai pemain pertama yang lahir pada 2000-an untuk menjaringkan gol dalam lima saingan liga utama Eropah.[9]
Pada 31 Ogos 2017, selepas melanjutkan kontraknya sehingga 30 Jun 2020, Kean telah dipinjamkan ke Hellas Verona selama setahun.[10][11] Pada 10 September, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Verona sebagai pemain gantian dalam aksi Serie A menentang Fiorentina. Beliau telah menggantikan Alex Ferrari pada minit ke-46 perlawanan yang berakhir dengan kekalahan 5-0.[12] Pada 1 Oktober, Kean menjaringkan gol sulungnya untuk Verona pada minit ke-87 perlawanan ketika menentang Torino yang tamat dengan keputusan seri 2-2.[13]
Pada 28 Januari 2018, Kean menjaringkan dua gol dalam pentas Serie A ketika menumpaskan Fiorentina 4-1. Beliau merupakan pemain kedua yang lahir pada 2000-an selepas Pietro Pellegri yang berjaya merangkul pencapaian sedemikian.[14][15][16] Secara keseluruhannya, beliau telah melakukan 20 kemunculan dan menjaringkan empat gol bersama Verona.[17]
Pada 12 Januari 2019, Kean telah menjaringkan gol pada aksi Coppa Italia ketika menewaskan Bologna 2-0.[18] Pada 8 Mac 2019, Kean telah menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama perlawanan ketika menentang Udinese yang kemudiannya berakhir dengan kemenangan Juventus 4-1.[19] Pada 2 April 2019, Kean menjaringkan gol kedua Juve semasa menundukkan Cagliari 2-0. Kean telah dijadikan sasaran perkauman oleh penyokong-penyokong Cagliari yang melakukan sorakan berbaur perkauman.[20] Rakan sepasukan Juventus, Leonardo Bonucci telah dikritik dengan hebat selepas menyatakan bahawa Kean perlu dipersalahkan kerana menyambut jaringannya yang mengundang kekecohan[21] oleh Raheem Sterling,[22] Mario Balotelli, Stormzy[23] dan Paul Pogba.[24] Dalam perlawanan Juventus yang berikutnya pada 6 April, Kean beraksi sebagai pemain gantian ketika menentang Milan sebelum beliau menyumbat jaringan kemenangan pasukannya sekali gus meletakkan Juventus berada di kedudukan selesa yang hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk disahkan sebagai juara liga.[25] Pada perlawanan liga seterusnya pada 13 April, Kean menjaringkan gol untuk Juventus ketika menentang SPAL yang berakhir dengan kekalahan 2-1 di gelanggang lawan lalu[26] menandakan jaringan keenam Kean secara berturut-turut dalam perlawanan yang diwakilinya di peringkat kelab dan antarabangsa.[27]
Kean telah menyertai Everton pada 4 Ogos 2019 dengan menandatangani kontrak selama lima tahun melalui perpindahan yang bernilai 27.5 juta euro bersama bonus sebanyak 2.5 juta euro.[28][29] Pada 10 Ogos, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Everton ketika menentang Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang berakhir dengan keputusan terikat seri tanpa jaringan dapat dihasilkan. Beliau beraksi sebagai pemain gantian menggantikan Dominic Calvert-Lewin.[30]
Pada November 2019, Kean telah digugurkan daripada skuad Everton kerana masalah disiplin.[31]
Kean telah menjaringkan gol pertamanya untuk Everton pada 21 Januari 2020 semasa menentang Newcastle United dalam aksi liga yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 di laman sendiri.[32]
Kean telah dilahirkan di Itali dan membolehkannya untuk mewakili Itali. Beliau juga boleh mewakili pasukan Ivory Coast kerana kedua ibu bapanya berasal dari negara itu.[33]
Sejak tahun 2015, Kean telah mewakili pasukan bawah-15 Itali.[34] Bersama pasukan bawah-17, beliau telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah Bawah-17 pada tahun 2016 dan 2017 yang menyaksikan beliau berjaya menjaringkan satu gol dalam tiap-tiap kejohanan.
Bersama pasukan bawah-19, beliau telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah Bawah-19 2018. Beliau telah menjaringkan gol dalam aksi peringkat kumpulan menentang Norway[35] dan aksi separuh akhir menentang Perancis sekali gus membantu Itali untuk mara ke perlawanan akhir.[36] Beliau tidak beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Itali ketika aksi final menentang Portugal tetapi beliau beraksi sebagai pemain gantian sebelum menghasilkan dua jaringan untuk Itali lalu mengheret perlawanan ke masa tambahan. Namun, perlawanan berakhir dengan kemenangan Portugal 4-3.[37][38]
Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 pada 11 Oktober 2018 dalam aksi persahabatan menentang Belgium.[39] Beliau menjaringkan gol pertamanya bersama pasukan bawah-21 pada aksi persahabatan seterusnya menentang Tunisia pada 15 Oktober 2018.[40] Beliau juga telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah Bawah-21 2019 yang menyaksikan Itali tersingkir awal di peringkat kumpulan.
Pada November 2018, Kean telah dipanggil untuk menyertai skuad senior Itali oleh pengurus Roberto Mancini.[41] Pada 20 November, berusia 18 tahun, 265 hari, beliau telah melakukan penampilan pertamanya untuk Itali dalam aksi persahabatan menentang Amerika Syarikat yang berakhir dengan kemenangan Itali 1–0.[42] Pada 23 Mac 2019, Kean beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Itali buat pertama kali serta menjaringkan gol pertamanya ketika menewaskan Finland pada perlawanan pembukaan kelayakan UEFA Euro 2020.[43] Dengan itu, beliau menjadi pemain penyerang Itali termuda yang beraksi sebagai kesebelasan utama sejak Edoardo Mariani melakukan demikian ketika menentang Perancis pada 1912.[44][45][46] Kean kini merupakan penyerang keempat atau kelima termuda yang beraksi sebagai kesebelasan utama Itali di belakang Mariani, Leopoldo Conti, Eugenio Mosso dan kemungkinannya Rodolfo Gavinelli yang tidak pasti sama ada dia lahir pada 1891 atau 1895. Kean juga menjadi pemain Itali termuda yang menjaringkan gol sejak Bruno Nicolè yang telah menjaringkan dua gol ketika menentang Perancis pada 9 November 1958;. Secara keseluruhannya, Kean merupakan penjaring gol kedua termuda Itali di belakang Nicolè pada usia 19 tahun dan 23 hari serta merupakan pemain termuda yang menjaringkan gol untuk Itali dalam perlawanan kompetitif serta aksi kelayakan Eropah.[45][47] Pada 26 Mac, beliau seterusnya mencetak jaringan keduanya bersama Itali dalam aksi kelayakan Euro 2020 menewaskan Liechtenstein 6-0.[48]
Kean telah dilahirkan di Vercelli yang mana kedua ibu bapanya, Biorou dan Isabelle berasal dari Ivory Coast.[49][50] Apabila ibu bapanya bercerai sewaktu beliau berusia empat tahun, beliau bersama dua abangnya berpindah mengikut ibunya ke Asti untuk menghabiskan zaman kanak-kanak dan remaja di sana.[51] Abangnya, Giovanni juga merupakan pemain bola sepak.[52] Beliau membesar sebagai penyokong Inter Milan dan meminati Obafemi Martins, bintang penyerang Inter pada zaman itu.
Kelab | Musim | Liga | Piala[lower-alpha 1] | Piala Liga | Eropah | Lain | Jumlah | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Juventus | 2016–17 | 3 | 1 | 0 | 0 | — | 1[lower-alpha 2] | 0 | 0 | 0 | 4 | 1 | |
Hellas Verona | 2017–18 | 19 | 4 | 1 | 0 | — | 20 | 4 | |||||
Juventus | 2018–19 | 13 | 6 | 1 | 1 | 3[lower-alpha 2] | 0 | 0 | 0 | 17 | 7 | ||
Jumlah di Juventus | 16 | 7 | 1 | 1 | — | 4 | 0 | 0 | 0 | 21 | 8 | ||
Everton | 2019–20 | 24 | 1 | 1 | 0 | 3 | 0 | — | 28 | 1 | |||
Jumlah kerjaya | 59 | 13 | 3 | 1 | 3 | 0 | 4 | 0 | 0 | 0 | 69 | 13 |
Pasukan kebangsaan Itali | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2018 | 1 | 0 |
2019 | 2 | 2 |
Jumlah | 3 | 2 |
# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
23 Mac 2019 | Udine, Itali | Finland | Kelayakan UEFA Euro 2020 | |||
26 Mac 2019 | Parma, Itali | Liechtenstein |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.