From Wikipedia, the free encyclopedia
Pengiran Mohammad (lahir 1948), nama pena Zairis M.S.,[1] ialah seorang ahli politik dan penulis Brunei yang sebelum ini pernah menjadi Menteri Hal Ehwal Ugama dari 2010 hingga 2015,[2] dan Timbalan Menteri Pendidikan dari 2005 hingga 2010.[3]
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Mohammad Abdul Rahman P.S.N.B., D.S.S.U.B | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei ke-2 | |||||||||||||||
Dalam jawatan 29 Mei 2010 – 22 Oktober 2015 | |||||||||||||||
Raja | Sultan Hassanal Bolkiah | ||||||||||||||
Timbalan | Bahrom Bahar | ||||||||||||||
Didahului oleh | Zain Serudin | ||||||||||||||
Digantikan oleh | Badaruddin Othman | ||||||||||||||
| |||||||||||||||
Maklumat peribadi | |||||||||||||||
Lahir | Pengiran Mohammad 1948 (umur 75–76) Menengah, Temburong, Brunei | ||||||||||||||
Tempat belajar | |||||||||||||||
Bidang pengkhususan | Ahli politik dan penulis | ||||||||||||||
Pengiran Mohammad dilahirkan pada 1948,[4] di Kampong Menengah dalam Daerah Temburong. Beliau belajar di Sekolah Melayu Sultan Hasan dari 1956 hingga 1959; Kolej Sultan Omar Ali Saifuddien pada 1959; Madrasah Alsagoff Al-Arabiah Singapura pada 1959; Madrasah Aljunied Al-Islamiah Singapura dari 1960 hingga 1965; Kolej Islam Malaysia dari 1965 hingga 1968; Kolej Islam Malaya dari 1969 hingga 1970. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda Usuluddin dengan pengkhususan Aqidah dan Falsafah dari Universiti al-Azhar, Mesir dari 1975 hingga 1979; sarjana dalam pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia dari 1983 hingga 1986; dan Doktor Falsafah dari Universiti Malaya dari 1987 hingga 1992.[5]
Kerjaya Pengiran Mohammad bermula sebagai seorang guru agama di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit pada 1971. Beliau juga berkhidmat di beberapa jawatan seperi pegawai agama pada 1979; pemangku Penguasa Dakwah dan Tabligh dari 1981 hingga 1983; Pengawai Agama Kanan pada 1985; timbalan pengarah Institut Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama pada 1991; Pengarah Institut Pengajian Islam pada 1996; Dekan Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar Ali Saifuddien dari 1999 hingga 2002; Pegawai Tugas-Tugas Khas (Majlis Pendidikan Negara) Kementerian Pendidikan pada 2003; Timbalan Menteri Pendidikan dari 24 Mei 2005 hingga 29 Mei 2010; dan Pemangku Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali pada 2007.[5]
Pada 29 Mei 2010, Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei, mengumumkan peralihan kabinet baharu dan pelantikan baharu bagi penggal lima tahun kedua. Pengiran Mohammad telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ugama.[6][7].
Pengiran Mohammad berkahwin dengan Datin Hajah Alimah binti Mohd Taib.[8] Mereka dikurniakan 3 anak; 2 lelaki dan 1 perempuan (Dayangku Saadatul Hannan).[9] Selain itu, hobinya termasuklah membaca, menulis dan bermain ping pong.[3]
Beliau telah menghasilkan beberapa karya penulisan ilmiah dan puisi bersama-sama penulis dan pemuisi lain. Beliau turut mewakili Brunei di Festival Puisi Antarabangsa Ke-10 di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 2004.[3]
Pengiran Mohammad menerima anugerah dan darjah kebesaran berikut:[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.