rencana senarai Wikimedia From Wikipedia, the free encyclopedia
Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negara Brunei terdiri daripada Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan. Kedua-duanya dikurniakan oleh Sultan Brunei atas dasar pencapaian, terutama sekali sumbangan terhadap negara. Pengurniaan beberapa Bintang Kebesaran juga termasuk pengurniaan gelaran, yang mana gelaran berkenaan akan menjadi sebahagian daripada nama peribadi penerima dalam persuratan rasmi atau apabila disebut dalam media rasmi di negara ini. Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Adat Istiadat Negara, sebuah jabatan kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang juga bertanggungjawab terhadap adat istiadat dan protokol diraja Brunei.
Medal-medal Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan dipaparkan di Muzium Alat Kebesaran Diraja yang terletak di ibu negara.
Pengurniaan sebenar melibatkan penerima dikurniakan medal dalam suatu istiadat (upacara) oleh Sultan atau kadang-kadang Pengiran Muda Mahkota (Putera Mahkota) atas perkenan Sultan. Istiadat ini secara tradisinya diadakan di Lapau iaitu sebuah dewan untuk istiadat diraja dalam budaya Brunei. Pada masa ini, Bintang-Bintang Kebesaran sehingga Darjah Ketiga dianugerahkan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam istiadat yang diadakan setiap tahun pada hari keputeraan KDYMM iaitu setiap 15 Julai, walau bagaimanapun diadakan bukan di Lapau tetapi di Balai Singgahsana Indera Buena, sebuah dewan istiadat dalam Istana Nurul Iman. Manakala Bintang-Bintang Kebesaran bagi Darjah yang lain serta Pingat-Pingat Kehormatan dikurniakan oleh KDYMM atau DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dalam istiadat lain pada hari-hari yang lain, walau bagaimanapun biasanya diadakan sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan tersebut juga. Istiadat tersebut telah secara tradisinya diadakan di bangunan Lapau di pusat bandar Bandar Seri Begawan tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini ianya telah diadakan di balai Lapau yang lebih besar di dalam istana untuk menampung peningkatan bilangan penerima.[1]
Berikut adalah senarai Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan Brunei.[2]
Nama | Darjah | Reben | Gelaran | Singkatan |
---|---|---|---|---|
Darjah Kerabat Mahkota Brunei | - | - | DKMB | |
Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati | - | Dato Laila Utama | DK | |
Darjah Kerabat Seri Utama Yang Amat Dihormati | - | Dato Seri Utama | DK | |
Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar | Darjah Pertama | Dato Paduka Seri Setia | PSSUB | |
Darjah Kedua | Dato Seri Setia | DSSUB | ||
Darjah Ketiga | - | SSUB | ||
Darjah Keempat | - | SUB | ||
Darjah Kelima | - | PUB | ||
Darjah Paduka Laila Jasa Keberanian Gemilang Yang Amat Cemerlang | Darjah Pertama | Dato Paduka Seri | DPKG | |
Darjah Kedua | Dato Laila | DLKG | ||
Darjah Ketiga | - | DKG | ||
Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang | Darjah Pertama | Dato Paduka Seri | DPKT | |
Darjah Kedua | Dato Laila | DKLT | ||
Darjah Ketiga | - | DKT | ||
Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa | Darjah Pertama | Dato Seri Pahlawan | PSPNB | |
Darjah Kedua | Dato Hamzah Pahlawan | DHPNB | ||
Darjah Ketiga | - | PNB | ||
Darjah Keempat | - | PJB | ||
Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia | Darjah Pertama | Dato Seri Setia | PSNB | |
Darjah Kedua | Dato Setia | DSNB | ||
Darjah Ketiga | - | SNB | ||
Darjah Keempat | - | PSB | ||
Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa | Darjah Pertama | Dato Paduka Seri Laila Jasa | PSLJ | |
Darjah Kedua | Dato Seri Laila Jasa | DSLJ | ||
Darjah Ketiga | - | SLJ | ||
Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia | Darjah Pertama | Dato Seri Paduka | SPMB | |
Darjah Kedua | Dato Paduka | DPMB | ||
Darjah Ketiga | - | SMB | ||
Darjah Perwira Agong Negara Brunei Yang Amat Setia | Darjah Pertama | - | PANB | |
Darjah Kedua | - | PaNB |
Berikut merupakan senarai Pingat-Pingat Kehormatan semasa:
Nama | Darjah | Reben | Singkatan |
---|---|---|---|
Pingat Pertabalan Omar Ali Saifuddin | - | - | |
Pingat Omar Ali Saifuddin | Darjah Pertama | POAS | |
Darjah Kedua | |||
Pingat Sultan Hassanal Bolkiah | Darjah Pertama | PHBS | |
Darjah Kedua | |||
Pingat Bakti Laila Ikhlas | - | PBLI | |
Pingat Jasa Kebaktian | - | PJK | |
Pingat Tabah Kerja Laila Lutanan | - | PTKL | |
Pingat Indah Kerja Baik | - | PIKB | |
Pingat Pengisytiharan Kemerdekaan | - | - | |
Pingat Kerja Lama | - | PKL | |
Pingat Perjuangan | Darjah Pertama | - | |
Darjah Kedua | |||
Pahlawan Periwara | - | PP | |
Asgar Pahlawan | - | AP | |
Panglima Lasgar | - | PL |
Terdapat juga beberapa pingat yang diberikan sempena acara kebangsaan tertentu:
Nama | Jenis | Reben |
---|---|---|
Pingat Puspa | Emas | |
Perak | ||
Pingat Jubli Menaiki Takhta
- Pingat Jubli Emas - Pingat Jubli Perak |
Emas | |
Perak | ||
Gangsa | ||
Pingat Jubli Hari Kebangsaan
- Pingat Jubli Perak |
- |
Berikut adalah pingat-pingat khusus untuk angkatan bersenjata Brunei.
Nama | Reben | Singkatan |
---|---|---|
Pingat Kerja Lama Polis | PKLP | |
Pingat Polis Diraja 1965 | - | |
Pingat Polis 50 Tahun | - | |
Pingat Perkhidmatan Polis | - | |
Pingat Jubli Intan Polis 75 Tahun | - | |
Pingat Laila Tugas | - |
Nama | Reben |
---|---|
Pingat Mulia Gelaran Resmi | |
Pingat Laila Tugas (GSM) | |
Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik (Tentera) | |
Pingat Jubli Perak 25 Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei | |
Pingat Jubli Emas 50 Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei |
Nama | Reben |
---|---|
Pingat Pasukan Simpanan Gurkha | |
Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik | |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.