Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah ditubuhkan pada 31 Mei, 1961. Pada awalnya ia dikenali dengan nama Askar Melayu Brunei sebelum dianugerahkan gelaran "Diraja" pada 31 Mei, 1965. Ia kemudian dikenali sebagai Askar Melayu Diraja Brunei. Setelah mendapat kemerdekaan pada 1 Januari, 1984, Askar Melayu Diraja Brunei telah dinamakan semula sebagai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei[1].
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei | |
---|---|
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei | |
Diasaskan | 31 Mei 1961 |
Bentuk kini | 1 Januari 1984 |
Cabang khidmat | Tentera Darat Diraja Brunei Tentera Laut Diraja Brunei Tentera Udara Diraja Brunei |
Ibu pejabat | Bolkiah Garison, Bandar Seri Begawan |
Kepimpinan | |
Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei | Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam |
Menteri Pertahanan | Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohammad Yussof (Menteri Pertahanan Kedua) |
Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei | Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan |
Usia masuk tentera | 18 tahun ke atas |
Sedia berkhidmat dalam tentera |
108,356 lelaki, usia 16-49, 110,153 wanita, usia 16-49 |
Sesuai untuk berkhidmat |
92,543 lelaki, usia 16-49, 95,301 wanita, usia 16-49 |
Capaian usia masuk tentera tahunan |
3,460 lelaki, 3,399 wanita |
Perbelanjaan | |
Peratusan KDNK | 4.5% (2006) |
Industri | |
Pembekal luar | Australia Brazil Kanada Republik Rakyat China Perancis Jerman Indonesia Itali Jepun Korea Utara Korea Selatan Belanda Rusia Singapura Afrika Selatan Sweden Switzerland Taiwan United Kingdom Amerika Syarikat |
Disebabkan sejarahnya, hanya warganegara Brunei yang berbangsa Melayu (Bumiputera) boleh memasuki angkatan tentera[2]. Etnik-etnik Melayu terdiri daripada suku kaum asli Belait, Bisaya, Brunei, Dusun, Kedayan, Murut, dan Tutong sebagaimana ditakrifkan di dalam perlembagaan Brunei[3]. Perkhidmatan ketenteraan tidak diwajipkan kepada mana-mana penduduk tertentu dan tidak terdapat dasar ketenteraan di Brunei.
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei menggunakan pelbagai jenis peralatan ketenteraan buatan luar negara, yang mana sebahagian besar dibeli dari United Kingdom, Perancis/Eropah dan Amerika Syarikat. Angkatan Bersenjata Diraja Brunei merupakan pasukan bersenjata yang terbesar, yang mana terdiri daripada sepasukan kecil pasukan tentera laut dan tentera udara. Meskipun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei kekurangan pengalaman bertempur, ia sering kali diatur gerak di wilayah sekitar bagi misi-misi kemanusiaan dan pengaman. Brunei juga memiliki hubungan ekstensif ketenteraan dengan Singapura.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.