Istana Nurul Iman

istana Sultan Brunei From Wikipedia, the free encyclopedia

Istana Nurul Imanmap

Istana Nurul Iman ialah tempat persemayaman rasmi bagi Sultan Brunei, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan kerusi kerajaan negara Brunei Darussalam. Istana ini terletak berdekatan dengan tebing Sungai Brunei. Istana ini juga merupakan tempat persemayama diraja paling besar di dunia.[1]

Fakta Segera Istana Nurul Iman ايستان نور الإيمان, Maklumat umum ...
Istana Nurul Iman
ايستان نور الإيمان
Thumb
Halaman istana
Thumb
Maklumat umum
JenisIstana
Lokasi Brunei
NegaraBrunei
Koordinat4°52′19.31″N 114°55′14.72″E
Pembinaan bermula1984
Disiapkan pada1984
PembiayaanAS$1.4 bilion
Pelanggan/klienSultan Haji Hassanal Bolkiah
PemilikSultan Haji Hassanal Bolkiah
Butiran teknikal
Keluasan tingkat200,000 m²
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekLeandro V. Locsin
Firma arkitekAyala International
Maklumat lain
http://www.istananuruliman.org/
Rujukan
pmo.gov.bn
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Ciri-ciri kediaman

Istana ini mempunyai 1,788 bilik, 257 bilik bersiram serta sebuah dewan jamuan yang boleh menampung seramai 5,000 orang dan masjidnya sendiri yang boleh memuatkan seramai 1,500 jemaah pada satu-satu masa.[2] Di istana ini juga terdapat 110 buah garaj kereta bersaingan yang memuatkan lebih 3000 buah kereta, kandang kuda berhawa dingin yang menempatkan 200 ekor anak kuda polo milik Sultan serta 5 buah kolam renang. Secara keseluruhan, Istana Nurul Iman mempunyai ruang lantai sebesar 2,152,782 kaki persegi (200,000 ).[3] Disebabkan saiz istana ini yang sangat besar, maka terdapat 564 lampu candelier, 51,000 mentol lampu, 44 tangga dan 18 lif di situ.[4]

Istana terbesar di dunia

Perbandingan istana-istana di dunia

Maklumat lanjut No., Negara ...
No. Istana Negara Keluasan lantai
(kaki persegi) (meter persegi)
01 Istana Nurul Iman[2]  Brunei 2,152,782 200,000
02 Kota Larangan[5]  Republik Rakyat China 1,614,600 150,001
03 Istana Diraja Madrid[6]  Sepanyol 1,453,122 134,999
04 Istana Buckingham[7] United Kingdom 828,818 77,000
05 Istana Versailles[8]  Perancis 721,206 67,002
06 Istana Stockholm  Sweden 658,858 61,210
07 Istana Louvre[9]  Perancis 652,298 60,600
08 Istana Windsor[10] United Kingdom 484,374 45,000
09 Istana Musim Sejuk Rusia 250,000 23,226
10 Rashtrapati Bhavan  India 200,000 18,581
11 Palais des Papes  Perancis 161,500 15,004
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.