Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan (lahir pada 2 Mei 1956 di Rembau, Negeri Sembilan) juga dikenali sebagai Tok Mat ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Luar Negeri Malaysia, Ahli Parlimen Rembau dan ADUN Rantau. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama tiga penggal (2004-2018). Di peringkat parti beliau ialah Timbalan Presiden UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Rembau[1].
Mohamad Hassan | |
---|---|
محمد بن حسن | |
Menteri Luar Negeri Malaysia | |
Menyandang jawatan 12 Disember 2023 | |
Raja | Sultan Ibrahim Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Timbalan | Mohamad Alamin |
Didahului oleh | Zambry Abdul Kadir |
Menteri Pertahanan Malaysia | |
Dalam jawatan 3 Disember 2022 – 12 Disember 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Timbalan | Adly Zahari |
Didahului oleh | Hishammuddin Hussein |
Digantikan oleh | Mohamed Khaled Nordin |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Rembau, Negeri Sembilan | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Tuan Khairy Jamaluddin |
Menyandang jawatan 2 Julai 2018 | |
Didahului oleh | Anthony Loke |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi N27 Rantau | |
Menyandang jawatan 21 Mac 2004 | |
Didahului oleh | Abd Ghani Hassan |
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional | |
Menyandang jawatan 30 Jun 2018 | |
Didahului oleh | Ahmad Zahid Hamidi |
Menyandang jawatan 30 Jun 2018 | |
Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
Didahului oleh | Muhyiddin Yassin
Menjalankan tugas |
Dalam jawatan 25 Mac 2004 – 9 Mei 2018 | |
Raja | |
Didahului oleh | Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad |
Digantikan oleh | Aminuddin Harun |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Rembau, Negeri Sembilan | 2 Mei 1956
Parti politik | UMNO |
Pasangan | Datin Seri Utama Raja Salbiah Tengku Nujumudin |
Pekerjaan | Ahli korporat, Ahli politik |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2023 |
Latar belakang
Beliau dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan, pada 2 Mei 1956.
Pendidikan
Mohamad menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau, dan menyambungkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau. Selepas menyelesaikan pendidikan menengah, beliau terus ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Seremban, dan kemudian melanjutkan pendidikan tinggi di Universiti Malaya pada tahun 1976.
Kerjaya awal
Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pelatih Bank Negara Malaysia, termasuk Penolong Pengurus di Malayan Banking Berhad, dan Pengurus di Arab Malaysian Merchant Bank Berhad. Mohamad kemudiannya berpindah kerjaya ke Bank Bumiputra Malaysia Berhad, dan pernah bertugas sebagai Pengurus Besar Bank Bumiputra London (1988-1992). Selepas berkecimpung dalam dunia perbankan, beliau berpindah ke sektor korporat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Cold Storage Malaysia Berhad (1992-1994). Jawatan terakhirnya di sektor korporat ialah sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad (1994-2004).
Selain daripada itu, Mohamad juga pernah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad, dan juga sebagai Pengerusi Kumpulan FIMA Berhad, serta Ahli Lembaga Pengarah Sepang International Circuit (SIC).
Politik
Menteri Besar
Setelah memenangi pilihanraya kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau, Dato' Seri Utama Haji Mohamad mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada 25 Mac 2004. Beliau juga Ketua UMNO Bahagian Rembau, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO Malaysia.
UMNO
Mohamad telah berjaya memenangi kerusi sebagai Timbalan Presiden UMNO pada Pemilihan kepimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu 2018 dengan menewaskan Annuar Musa. Ia sekaligus menggantikan Hishammuddin Hussein yang menjalankan tugas tersebut selepas Ahmad Zahid Hamidi, dan penyandang asal, Muhyiddin Yassin yang dipecat dari UMNO pada 24 Jun 2016 lalu.[2]
Pada 18 Disember 2018, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Dato' Seri Utama Mohamad Hasan dilantik untuk menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO berikutan beliau ingin memberi tumpuan terhadap kes mahkamah yang masih dalam tempoh perbicaraan[3]
Beliau telah menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO dan telah berjaya membawa kemenangan kerusi Parlimen Cameron Highlands kepada Dato' Ramli Mohd Nor dalam Pilihan raya kecil Cameron Highlands 2019.[4]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Penyandang | Undi | Peratus | Penentang | Undi | Peratus | Jumlah pengundi | Majoriti | Peratus unjuran | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Mohamad Hasan (UMNO) | 8,031 | 79.30% | Badrulhisham Shaharin (KeADILan) | 1,832 | 18.09% | 10,127 | 6,199 | 72.77% | ||
2008 | Mohamad Hasan (UMNO) | 7,739 | 66.17% | Aisah Lamsah (PKR) | 3,956 | 33.83% | 12,216 | 3,783 | 80.77% | ||
2013 | Mohamad Hasan (UMNO) | 10,126 | 64.75% | Aisah Lamsah (PKR) | 5,513 | 35.25% | 15,878 | 4,613 | 87.09% | ||
2018 | Mohamad Hasan (UMNO) 1 | Kosong | Kosong | Menang tanpa bertanding | Kosong | Kosong | Kosong | Kosong | Kosong | ||
2019 | Mohamad Hasan (UMNO) | 10,379 | 63.18% | Streram Sinnansamy (PKR) | 5,887 | 35.84% | 16,428 | 4,510 | 79.30% | ||
Malar Rajaram (BEBAS) | 83 | 0.50% | |||||||||
Mohd Nor Yassin (BEBAS) | 79 | 0.48% |
Nota: 1 Pada 16 September 2018, Mahkamah Pilihan Raya telah menjatuhkan keputusan bahawa kemenangan Mohamad Hasan (menang tanpa bertanding) pada PRU 14 tidak diiktiraf dan mengarahkan agar Pilihan raya kecil perlu diadakan semula.
Tahun | Kawasan Persekutuan | Undi | Peratus | Penentang | Undi | Peratus | Buang undi | Majoriti | Peratus unjuran | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | P131 Rembau, Negeri Sembilan | Mohamad Hasan (UMNO) | 53,075 | 48.50% | Julfitri Joha (PKR) | 33,178 | 30.32% | 109,436 | 19,897 | 81.94% | ||
Mohd Nazree Mohd Yunus (BERSATU) | 21,875 | 19.99% | ||||||||||
Ramly Awalludin (PEJUANG) | 529 | 0.48% | ||||||||||
Tinagaram Subramaniam (PSM) | 779 | 0.71% |
Anugerah
Anugerah di Malaysia
- Malaysia :
- Panglima Setia Diraja (PSD) – Datuk (1999)[12]
- Negeri Sembilan :
- Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S.) – Dato' (2003)[12]
- Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (S.P.N.S.) – Dato' Seri Utama (2004)[12]
- Selangor :
- Darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) – Dato' (1999)[13]
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.