Semasa milenium ke-7 SM, pertanian tersebar dari Anatolia ke Balkan. Pada dasarnya, jumlah penduduk dunia adalah stabil pada sekitar 5 juta orang yang hidup terselerak dalam puak-puak pemburu-pemungut yang kecil di seluruh dunia. Di komuniti-komuniti pertanian Timur Tengah, lembu telah dibela jinak dan penggunaan tembikar tersebar ke Eropah dan Asia Selatan. Barang-barang perhiasan logam (emas dan tembaga) yang pertama dibuat pada zaman ini.
- Kira-kira 6500 SM – Selat Inggeris dibentuk.
- 6440 SM ± 25 tahun – Peletupan VEI 7 untuk gunung berapi Kurile di Semenanjung Kamchatka, Rusia merupakan salah satu letupan yang terbesar dalam Epok Holosen.
- Kira-kira 6100 SM – Peluncuran Storegga mengakibatkan megatsunami di Laut Norway.
- Kira-kira 6000 SM – Aras-aras laut yang semakin naik membentuk Selat Torres yang memisahkan Australia daripada New Guinea.
- Kira-kira 6000 SM – Antara 12,000 SM dan 5,000 SM, kebanjiran kawasan pedalaman yang teruk berlaku di banyak kawasan, dan mengakibatkan kenaikan aras laut yang agak tiba-tiba di banyak tempat di seluruh dunia.
- k.k. 7000 SM – Lepenski Vir, tapak Zaman Mesolitik, muncul di Serbia kini.
- k.k. 7000 SM – Tembikar terawal di Timur Dekat Kuno.
- k.k. 7000 SM – Elam menjadi kawasan perladangan.
- k.k. 6500 SM – Naalebinding, sejenis kaitan, digunakan di Gurun Judea (Israel kini).
- k.k. 6000 SM – Anatolia (Turki moden): Lukisan/peta dinding dari Çatalhöyük, sebuah kota awal yang dimakmurkan oleh perdagangan obsidian.
- Pertanian muncul di sekitar kawasan Balkan (lihat Budaya Eropah Lama).
- Pemeliharaan lebah dicatat buat pertama kali. Lukisan batu pada dinding-dinding gua di Afrika dan Sepanyol timur menunjukkan orang-orang memungut madu daripada pokok-pokok dan rekahan-rekahan batu sementara lebah-lebah terbang mengelilingi mereka – lukisan-lukisan gua dekat Valencia di Sepanyol.
- Sahara Timur: Pastoralisme dan penanaman biji-bijian.
- Emas dan tembaga asli mula digunakan.
- Pembelajinakan lembu di Timur Tengah.
- Amerika Utara: Pengeluaran tembikar kuno, pembinaan timbunan kubur, dan teknologi taman.
- Amerika Utara: Orang-orang asli Amerika mula menggunakan batu untuk mengisar makanan, serta untuk memburu Bison Amerika dan binantang-binatang yang lebih kecil.
- Amerika Utara: Pokok-pokok daun luruh muncul di Pulau Long.
- Amerika Utara: Lautan Atlantik Utara disejukkan sebanyak 3-6 °C kerana banjir-banjir yang besar.
- Amerika Utara: Peralatan-peralatan yang lebih baik digunakan menjelang 6000 SM.
- Mexico, Amerika Utara - Permulaan pertanian.
- Gua Guitarrero, Peru, Amerika Selatan: Serat-serat tumbuhan dipintal, disimpulkan, dan digelungkan untuk membuat bakul dan tikar.
- Kota di Asia - 6000 SM: Desa Ban Po di China.
- Kota - 6000 SM: Jericho.
- Mediterranean Timur - Bentuk-bentuk tembikar dijadikan perhiasan.
- Australia: Haiwan dalam lukisan-lukisan batu zaman muaraan di Australia termasuk ikan air masin serta buaya.