Giacomo Meyerbeer (lahir September 5, 1791 Mei 2, 1864) adalah seorang penggubah opera ternama berasal dari Jerman yang juga merupakan salah seorang pelopor Opera Agung.

Thumb
Giacomo Meyerbeer.

Biografi

Meyerbeer dilahirkan di dalam keluarga Yahudi di Tasdorf, sebuah pekan yang berhampiran dengan bandar Berlin. Nama kelahiran beliau didaftarkan sebagai Jacob Liebmann Beer. Bapa beliau Jacob Judah Herz Beer (1769-1825) adalah seorang penasihat kewangan yang kaya raya manakala ibu beliau, Amalia Liebmann Meyer Wulff (1767-1854) juga datang dari keluarga elit yang kaya. Adik beradik Meyerbeer termasuklah seorang ahli astronomi, Wilhelm Beer dan penyajak Michael Beer.

Meyerbeer membuat kemunculan pertama beliau ketika berusia 9 tahun dengan bermain muzik untuk konsert Mozart di Berlin. Di dalam usia belia, Beer belajar muzik di bawah seliaan penggubah dan konduktor muzik, Antonio Salieri. Beliau juga belajar muzik dari pakar muzik Jerman yang juga sahabat baik Goethe, Carl Friedrich Zelter. Menyedari hakikat bahawa pemahaman di dalam opera Itali adalah penting untuk kerjaya muzik, beliau kemudiannya meneruskan pengajian muzik di Itali untuk beberapa tahun. Di situlah beliau mula menggunakan nama pertama "Giacomo". Nama 'Meyer' mula diguna beliau selepas kematian moyangnya. Pada ketika itu juga beliau mula membiasakan diri kerja-kerja kontemporari Gioacchino Rossini yang amat menarik minatnya.

Nama Meyerbeer mula menjadi terkenal selepas persembahan opera beliau yang berjudul Il crociato in Egitto (persembahan pertama di Venice pada tahun 1824, kemudiannya di London dan Paris pada tahun 1825; yang juga merupakan opera terakhir dipersembahkan oleh penyanyi kastrato). Kemahsyuran beliau mendadak dengan opera yang berjudul Robert le Diable (libreto ditulis oleh Eugène Scribe dan Casimir Delavigne), dihasilkan di Paris pada tahun 1831 dan dianggap oleh sesetengah orang sebagai opera Agung yang pertama), walaupun pujian sebenar patut diberikan kepada penggubah Daniel Auber untuk opera La muette de Portici.

Lakuran muzik dramatik, komplot melodramatik dan pementasan mewah adalah corak formula yang kerap Meyerbeer ulangi dalam opera-opera beliau, contohnya Les Huguenots (1836), Le prophète (1849), dan L'Africaine, (dipersembahkan selepas kematian beliau pada tahun 1865). Semua opera ini dipersembahkan di peringkat antarabangsa pada sepanjang abad ke-19, termasuklah Le pardon de Ploërmel (1859). Namun, oleh kerana opera-opera ini terlalu mahal untuk dipentaskan, termasuk memerlukan ramai penyanyi-penyanyi utama, dan juga kerana serangan konsisten daripada pengikut-pengikut Richard Wagner, minat orang ramai kepada opera-opera ini lama kelamaan beransur pudar.

Senarai opera

Maklumat lanjut Tajuk, Persembahan pertama ...
TajukPersembahan pertamaLokasiNota
Jephtas Gelübte23 Disember 1812Munich
Wirt und Gast6 Januari 1813Stuttgart
Das Brandenburger Tor1814Berlin
Romilda e Costanza19 Julai 1817Padua
Semiramide riconosciutaMac 1819Teatro Regio, Turin
Emma di Resburgo26 Jun 1819Venice, San Benedetto
Margherita d’Anjou14 November 1820Milan
L'AlmanzoreKemungkinan digubah pada sekitar tahun 1820-21 untuk
bandaraya Rom tetapi tidak dipersembahkan di sana. Ia
juga dipercayai sebagai projek terbengkalai atau
mungkin juga sebagai versi asal L'esule Di Granata
L'esule di Granata12 Mac 1821Milan
Il crociato in Egitto7 Mac 1824La Fenice, VeniceKerap disemak oleh Meyerbeer
Robert le diable21 November 1831Opéra Paris
Les Huguenots29 Februari 1836Opéra ParisSesekala dipersembahkan di bawah tajuk lain contohnya
"The Guelfs and the Ghibellines" atau "The Anglicans and
the Puritans" pada abad ke-19
Ein Feldlager in Schlesien7 Disember 1844Hofoper, BerlinDisemak sebagai Vielka, Vienna, 1847-02-18
Le prophète16 April 1849Opéra Paris
L'étoile du nord16 Februari 1854Opéra-Comique, ParisSebahagian beasal dari versi asal Feldlager in Schlesien, disemak
dalam bahasa Itali di Royal Opera House, London pada 19 Julai 1855
Dinorah ou Le pardon de Ploërmel4 April 1859Opéra-Comique, ParisDisemak dalam bahasa Itali sebagai Dinorah di Royal Opera House,
London pada 26 Julai, 1859
L'Africaine28 April 1865Opéra ParisSelepas kematian beliau
Tutup

Media

Pautan luar

Bibliografi

  • Becker, Heinz & Gudrun (1989). Giacomo Meyerbeer, a Life in Letters. London.
  • Zimmermann, Reiner (1998). Giacomo Meyerbeer, eine Biographie nach Dokumenten. Berlin.
  • Meyerbeer, Giacomo (1999–2004). The Diaries of Giacomo Meyerbeer. Madison and London.CS1 maint: date format (link)
  • Meyerbeer, Giacomo (1960 -). Briefwechsel und Tagebücher. Berlin and New York. Check date values in: |year= (bantuan)
  • Kaufman, Tom (Autumn 2003). "Wagner vs. Meyerbeer". Opera Quarterly. 19 (No. 4). |number= has extra text (bantuan)

Diskografi



Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.