siri animasi Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Mechamato (Jawi: ميکاماتو) ialah siri animasi Malaysia yang dihasilkan oleh Animonsta Studios, memfokuskan kepada seorang budak lelaki bernama Amato dan rakan robotnya MechaBot, yang melawan robot jahat. Mechamato ialah sebahagian daripada francais BoBoiBoy dan siri ini juga berlaku sebelum siri asal dan BoBoiBoy Galaxy.
Mechamato | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | Mechamato: Siri Animasi |
Genre | |
Pencipta | Nizam Razak |
Dibangunkan oleh | Safwan Karim |
Ditulis oleh | Anas Abdul Aziz |
Pengarah | Dzubir Mohammed Zakaria Raja Nukman Raja Mohd Noordin |
Pelakon suara | Armand Ezra Adzlan Nazir Ielham Iskandar Marissa Balqis Syabil Syamin |
Lagu pembukaan | "Armored Hero Mechamato", ditulis dan digubah oleh Nur Sharmine Md Bakri Dipersembahkan oleh Nil Cardoso |
Penggubah | Nur Sharmine Md Bakri Mohd Rizdzuwan Md Jusoh |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu Bahasa Inggeris |
Bilangan musim | 3 |
Bilangan episod | 39 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit | Nizam Razak |
Penyunting | Dzubir Mohammed Zakaria Raja Nukman Raja Mohd Noordin |
Tempoh siaran | 21min/episod |
Syarikat penerbitan | Animonsta Studios |
Syarikat pengedaran | Warner Bros. Discovery International (Asia-Pasifik, tidak termasuk Jepun) Toei Animation (Asia-Pasifik dan Jepun) Primeworks Studios (Media Prima) (Malaysia) Astro (MEASAT Broadcast Network Systems) (Malaysia) Astro Shaw (MEASAT Broadcast Network Systems) (Malaysia) Jetpack Distribution (luar Asia) Educational Broadcasting System (Korea Selatan) Bandai Namco Music Live (Jepun) Mediacorp Studios (Mediacorp) (Singapura) |
Penyiaran | |
Saluran asal | Cartoon Network Asia Disney XD India Disney Channel India Netflix Astro Ceria Astro Prima TV3 TV9 Mediacorp Saluran 5 Mediacorp Suria Amazon Prime |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | 5.1 |
Siaran asal | 4 Disember 2021 – 26 Oktober 2024 |
Status | Sebelum musim 3 |
Mengikuti | Mechamato Movie (Prekuel) |
Diikuti oleh | Mechamato Movie 2 |
Rancangan berkaitan | BoBoiBoy BoBoiBoy Galaxy |
Siri animasi, Mechamato: The Animated Series ditayangkan di Cartoon Network Asia dari 4 Disember 2021 hingga 26 Februari 2022 untuk musim pertama. Musim pertama juga dikeluarkan di Netflix untuk rantau Asia-Pasifik pada Oktober 2022. Musim kedua mula ditayangkan pada 5 Disember 2022. Musim ketiga akan ditayangkan pada 16 September 2024.
Versi filem, Mechamato Movie, yang merupakan prekuel siri animasi,[1] mula ditayangkan di Malaysia dan Brunei pada 8 Disember 2022. Sekuel akan ditayangkan pada 2026.
Siri animasi Mechamato berlatarkan Kota Hilir, sebuah bandar fiksyen yang diinspirasikan dari Bandar Hilir di Bandaraya Melaka dalam dunia sebenar, yang juga merupakan kampung halaman penciptanya.[2] Ia menampilkan keunikan budaya Malaysia seperti silat, budaya peranakan dan makanan tempatan, tetapi disulami elemen futuristik seperti robot dan kapal angkasa.[3] Binaan bersejarah seperti bangunan Stadthuys, kapal Mendam Berahi, A Famosa, serta tempat rekreasi seperti Persiaran Jonker dan jeti pelayaran sungai Melaka pernah muncul dalam siri animasi ini.[4]
Seorang remaja muda yang berani dan baik hati, Amato menjumpai kapal angkasa penjara yang mengandungi robot-robot jahat yang terhempas di Bumi. Salah satu robot itu ialah MechaBot yang mempunyai kebolehan untuk bergabung dan menjadikan objek seharian sebagai alat berteknologi tinggi.
Amato berjaya mengatasi MechaBot dan kini menjadi tuan MechaBot. Sejak itu, MechaBot dan Amato sentiasa bekerjasama untuk mengesan dan menangkap robot-robot jahat.[5]
Mechamato dicipta oleh Animonsta Studios yang terkenal dengan siri BoBoiBoy. Siri ini sendiri adalah prekuel tidak langsung untuk BoBoiBoy apabila watak utama, Amato didedahkan sebagai bapa kepada BoBoiBoy,[9] yang berada di bawah Power Sphera Universe.[10] Idea untuk siri ini muncul pada tahun 2018 apabila Animonsta Studios melontarkan idea mereka kepada Cartoon Network. Studio itu mahukan cerita rakan robot yang mewakili imaginasi kebudak-budakan yang boleh dikaitkan dengan setiap kanak-kanak, seperti membuat kostum robot daripada kotak kadbod.[2] Pencipta Nizam Razak mahu Mechamato memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk membayangkan kemungkinan, menggunakan teknologi secara bertanggungjawab.[11] Beliau mendedahkan bahawa idea ini datang semasa berpindah rumah, di mana anak-anaknya bermain dengan kotak dan membayangkan berada di dalam kereta kebal. Ini mengingatkan dia yang berada di dalam kotak semasa kecil, berpura-pura memandu di dalam kereta. Perkara itu mencetuskan idea untuk mencipta 'Power Sphera' yang boleh digabungkan dengan kotak dan bertukar menjadi kereta atau kereta kebal berteknologi tinggi, yang kemudiannya menyedari bahawa idea itu tidak terhad kepada kotak sahaja.[12] Manakala untuk nama Amato, ia diinspirasikan daripada dua perkara: Amat iaitu nama biasa orang Melayu, dan penggunaan 'O' di hujung nama air minuman yang hanya diletakkan gula tanpa susu oleh orang Malaysia, seperti Kopi O.[13] Dia dan pasukan kreatifnya pada mulanya membayangkan Amato dan MechaBot sebagai duo wira yang menunggang motosikal futuristik dan melawan penjahat super yang lebih besar daripada mereka. Konsep-konsep tersebut telah dilakarkan lima tahun sebelum siri ini dikeluarkan dan ia kelihatan lebih mudah daripada yang ternyata. Berdasarkan konsep awal, rakan animator dan rakan mereka di Jepun, Hong Kong, Singapura dan Perancis memberi maklum balas yang positif.[14]
Amato yang sudah dewasa memakai sut MechaBot, yang menyimpan foto lamanya bersama bayi BoBoiBoy dan satu lagi gambar dia menghantar BoBoiBoy ke stesen kereta api, telah dipaparkan dalam adegan pasca kredit BoBoiBoy Movie 2, dengan studio memberikan petunjuk untuk siri ini. Versi lanjutan episod pertama siri BoBoiBoy juga telah dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Monsta pada 14 Mac 2021, menambah adegan baharu Amato menghantar anaknya BoBoiBoy ke stesen kereta api di permulaan episod.[15]
Nama siri ini telah didedahkan seawal 2019 apabila Animonsta Studios mengumumkan siri ini pada video untuk rancangan 2020 mereka.[16] Penampilan pertama siri ini didedahkan pada 8 April 2020 apabila teaser pertama dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Monsta.[17]
Filem siri itu, yang bernama Mechamato Movie, pada asalnya dirancang untuk ditayangkan pada tahun 2020, tetapi ditunda ke tahun 2021.[18] Treler rasmi dikeluarkan pada 1 Januari 2021 untuk tayangan tahun 2021.[19] Bagaimanapun, disebabkan ketidakpastian situasi dan vaksinasi wabak COVID-19, filem itu telah ditangguhkan beberapa kali, dari November atau Disember 2020 kepada Mac 2021 kepada Mei atau Jun 2021 dan akhirnya sehingga akhir 2021.[20] Bagaimanapun, rancangan untuk mengeluarkan filem itu lebih awal daripada siri animasi itu dibatalkan kerana pandemik COVID-19 dan siri animasi tersebut telah pun dibangunkan mengikut jadual yang ditetapkan untuk dikeluarkan pada Disember 2021.[21] Pada 15 September 2022, ia telah diumumkan bahawa filem itu akan ditayangkan pada 8 Disember 2022 di pawagam Malaysia.[22] Treler terakhir dan poster rasmi telah didedahkan pada 8 November 2022, sebulan sebelum tayangan.[23][24]
Selepas filem tamat, kita ada "Sekuel". Penulis dan pengarah Nizam Razak diterumah memberitahu bahawa sambutan terhadap watak Maskmana sangat tinggi sehinggakan ramai meminta untuk Maskmana diadakan filem sendiri. Nizam sendiri mengakui bahawa MONSTA sebenarnya tidak bersedia dengan permintaan tersebut kerana mereka baru sahaja membuat baju Maskmana untuk dijual ke pasaran.[25] Pada asalnya dirancang untuk ditayangkan pada tahun 2026.
Siri animasi, bernama "Mechamato: The Animated Series" diumumkan akan disiarkan di Cartoon Network Channel Asia di bawah WarnerMedia untuk rantau Asia-Pasifik.[10] Ia telah ditayangkan pada 4 Disember 2021, dengan episod sneak peek khas pada 6 November 2021.[28] Walaupun siri ini dikeluarkan sebelum Mechamato Movie, ia adalah sekuel kepada filem tersebut.[21][29] Tema pembukaan bertajuk "Armored Hero Mechamato!", digubah oleh Nur Sharmine Md Bakri dan dibawakan oleh Shah daripada kumpulan indie Modescape untuk versi Melayu dan Nil Cardoso untuk versi Inggeris, yang dirakamkan di AS.[30] Bagi versi Jepun pula, tema pembukaan dinyanyikan oleh Tatsuhiko Yoshida.[31] Siri ini akan tersedia di 21 negara dengan alih suara dalam bahasa Inggeris, Melayu, Indonesia, Kantonis, Vietnam, Mandarin, Tagalog dan Thai untuk negara masing-masing pada 4 Disember 2021.[32] Untuk bahasa Korea, ia akan tersedia mulai 11 Disember 2021 di Korea Selatan[32], manakala untuk bahasa Jepun, ia mula ditayangkan mulai 27 Mac 2022 di Jepun. Pelakon suara untuk versi Jepun telah diumumkan oleh Cartoon Network Japan pada 31 Januari 2021, yang menampilkan Ayumu Murase dan Yoshitsugu Matsuoka.[8]
Untuk luar Asia, Jetpack Distribution telah memperoleh hak seluruh dunia, yang mana ia termasuk musim pertama.[33]
Pada 23 Jun 2022, ia diumumkan bahawa Mechamato: The Animated Series sedang distrim di HBO GO.[34] Untuk pasaran Malaysia, siri ini turut disiarkan di Astro Prima, bermula 16 Julai 2022 di mana ia akan disiarkan setiap Sabtu dan Ahad jam 7 malam.[35] Mechamato juga mendapat tayangan di Portugal, yang disiarkan dalam SIC K mulai 3 September.[36][37]
Pada 15 September 2022, di samping pendedahan tarikh tayangan filem, ia diumumkan bahawa siri ini akan dikeluarkan pada pelbagai platform sebelum tayangan filem. Untuk platform penstriman, ia akan dikeluarkan di Netflix untuk rantau Asia-Pasifik pada 1 Oktober, YouTube pada 7 Oktober dan Vidio pada 21 Oktober. Untuk tayangan TV, ia akan ditayangkan di TV9 pada 3 Oktober, MNCTV pada 30 Oktober dan TV3 pada 4 Disember.[22] Untuk keluaran Netflix, ia tersedia dalam 6 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Thai, Mandarin, Korea dan Jepun.[38]
Pada 11 November 2022, ia telah disahkan bahawa akan ada musim kedua, di mana penciptanya menyebut bahawa mereka telah menyerahkan kesemua 13 episod ke Cartoon Network.[39] Musim kedua ditayangkan pada 5 Disember 2022 di Cartoon Network di Malaysia, Indonesia, Filipina dan India,[40] serta pada 10 Disember 2022 di Jepun,[41] manakala bagi Korea Selatan, Australia, New Zealand, Vietnam, Thailand, Taiwan dan Hong Kong serta India, MONSTA masih menunggu jadual.[42]
Pada 29 September & 1 Oktober 2023, Mechamato Musim 2 kini tersedia di YouTube & Netflix.[43] Selepas itu, tersedia di Amazon Prime Video.
Pada 2 Ogos 2024, ia telah disahkan bahawa akan ada musim ketiga, di mana penciptanya menyebut bahawa mereka telah menyerahkan kesemua 13 episod ke YouTube & Netflix.[44] akan ditayangkan dari 16 September 2024.
Mechamato Robot Battle, pengalaman permainan yang mengasyikkan pada Roblox, telah diumumkan pada Oktober 2022. Ia adalah ruang permainan dalam talian di mana peminat dan pemain boleh meneroka dunia terbuka luas Kota Hilir, seperti yang dilihat dalam Mechamato: The Animated Series.[45]
Siri ini menerima maklum balas positif secara umum, khususnya untuk animasi, aksi dan komedinya. Siri ini turut mendapat perhatian peminat di Jepun selepas disiarkan di Cartoon Network Japan dan Netflix Japan, di mana reaksi positif boleh dilihat di laman Twitter.[46]
Mechamato telah dicalonkan untuk kategori Anime Fan Award pada Festival Anugerah Anime Tokyo 2023, di mana kedudukan tertinggi yang pernah dicapai oleh siri ini dalam kategori itu ialah tempat ketiga pada pusingan pertama.[47] Pada pusingan kedua, Mechamato berjaya memenangi tempat pertama dengan mengalahkan nama-nama besar seperti SPYxFAMILY, One Piece Film: Red, Extreme Hearts dan banyak lagi.[48][49] Mechamato juga memuncak di No. 2 untuk Top 10 Rancangan TV di Netflix Malaysia,[50] dan berjaya menembusi Top 10 Kids Show di Netflix untuk Indonesia, Singapura dan Korea Selatan.[51][52]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.