From Wikipedia, the free encyclopedia
Marjerin[nota 1] atau margarin[nota 2] ialah mentega buatan yang diperbuat dari minyak sayur, atau minyak haiwan. Marjerin juga mengandungi susu saringan, garam dan pengemulsi. Marjerin mengandungi lebih banyak lemak berbanding mentega, sehinggakan marjerin lebih banyak digunakan sebagai pengganti mentega. Ada juga marjerin "rendah kalori", yang mengandungi lemak lebih sedikit.
Marjerin مرجرين | |
---|---|
Nama alternatif | Oleo, oleomargarine |
Jenis | Lepa makanan |
Tempat asal | Perancis |
Dicipta oleh | Hippolyte Mège-Mouriès |
Bahan utama | Minyak sayuran |
Bahan yang biasa digunakan | Minyak sayur |
sunting · sunting di Wikidata |
Nama "marjerin" (pinjaman kata bahasa Inggeris: margerine ) dan "margarin" (pinjaman kata Belanda: margarine ) ini asalnya merupakan kependekan daripada nama oleomargerine iaitu gabungan perkataan Latin oleum iaitu "lemak" dan perkataan Yunani margarite iaitu "mutiara" yang merujuk kepada penampilannya yang seakan licin.[1] Bahan makanan ini dicipta oleh Hippolyte Mège-Mouriès (1817 – 1880), seorang ahli kimia Perancis selepas menyahut cabaran Maharaja Napoleon III agar dapat mencipta gantian mentega daripada lemak lembu agar ia dapat digunakan anggota tentera serta golongan kelas pekerja di negara tersebut.[1][2] Mège-Mouriès mempatenkan konsep ini pada tahun 1869 serta meluaskan operasi pembuatan marjerinnya dari Perancis namun ia tidak membuahkan untung yang banyak. Pada tahun 1871 pula, beliau menjualkan paten tersebut kepada sebuah syarikat Belanda bernama Jurgens yang kini merupakan sebahagian daripada syarikat Unilever.[1][3]
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 2,627 kJ (628 kcal) |
Karbohidrat | 1.5 g |
Lemak | 70.2 g |
Protein | 0.3 g |
Air | 26.2 g |
Vitamin A setara | 1071 μg (134%) |
Tiamina (vit. B1) | 0.052 mg (5%) |
Riboflavin (vit. B2) | 0.025 mg (2%) |
Asid pantotenik (B5) | 0.001 mg (0%) |
Vitamin B6 | 0.003 mg (0%) |
Folat (vit. B9) | 1 μg (0%) |
Vitamin C | 0 mg (0%) |
Vitamin E | 5.6 mg (37%) |
Kalsium | 7 mg (1%) |
Besi | 0.12 mg (1%) |
Magnesium | 2 mg (1%) |
Mangan | 0.014 mg (1%) |
Fosforus | 10 mg (1%) |
Kalium | 46 mg (1%) |
Natrium | 700 mg (47%) |
Zink | 0.06 mg (1%) |
Link to USDA Database entry Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. |
Minyak semulajadi mentah dihidrogenkan dengan melalukan hidrogen melalui minyak yang dikehendaki dengan pemangkin nikel dalam keadaan yang terkawal.[4] Penambahan hidrogen ini kepada ikatan berganda (ikatan C=C berganda alkenik) dalam minyak mentah menyebabkan ikatan tersebut menjadi tepu lalu bertukar menjadi ikatan tunggal (C-C) menaikkan takat lebur minyak tersebut lalu "mengeraskannya". Hal ini disebabkan oleh peningkatan daya van der Waals antara molekul-molekul tepu berbanding dengan molekul tak tepu.
Marjerin yang dihasilkan dengan cara ini dikatakan mengandungi lemak yang dihidrogenkan.[5] Meskipun logam-logam lain seperti paladium[6] juga digunakan sebagai pemangkin serta proses baru turut dibangunkan untuk menghasilkna marjerin dengan lebih cekap, kaedah ini masih digunakan kini untuk sebahagian jenis marjerin. Jika proses penghidrogenan tidak dilakukan dengan sepenuhnya (partial hardening), suhu tinggi yang digunakan dalam proses penghidrogenan ini akan menterbalikkan sebahagian ikatan berganda karbon kepada bentuk "trans" yang barangkalinya akan kekal dalam produk akhir[5] serta boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular.[7] Oleh sebab itu, lemak yang separa keras semakin kurang digunakan dalam industri pembuatan marjerin. Minyak-minyak tropik tertentu seperti minyak kelapa sawit dan minyak kelapa, bersifat separa pejal dalam bentuk semula jadinya lalu tidak memerlukan proses penghidrogenan ini.[8][9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.