Syarikat penerbangan antarabangsa Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Batik Air Malaysia (sebelumnya dikenali sebagai Malindo Air [13]) ialah syarikat penerbangan perkhidmatan penuh hibrid Malaysia, sebagai syarikat penerbangan bersekutu kepada Kumpulan Lion Air yang berasal dari Indonesia, dan Batik Air Malaysia memiliki ibu pejabat di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.[14][15][16][17][18].
| |||||||
Ditubuhkan | 11 September 2012[1] 28 April 2022 (dijenamakan semula sebagai Batik Air Malaysia [2]) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Bermula operasi | 22 Mac 2013 (Tarikh Yang Sebenarnya) 28 April 2022 (menjalankan perniagaan sebagai Batik Air Malaysia [3]) | ||||||
Hab | |||||||
Hab kedua | |||||||
Program kesetiaan | Malindo Miles | ||||||
Perikatan | Lion Group | ||||||
Pesawat | 32 (jumlah keseluruhan armada untuk masa kini sejak April 2023) 28 [6] | ||||||
Destinasi | 36 (jumlah keseluruhan destinasi, sebagai Malindo Air, hingga 27 April 2022) [7] 79 (jumlah keseluruhan destinasi, sebagai Batik Air Malaysia, sejak 28 April 2022, termasuk 5 destinasi musiman) [8][9] 71 (tidak termasuk destinasi yang ditamatkan) | ||||||
Syarikat induk |
| ||||||
Ibu pejabat | Petaling Jaya, Selangor, Malaysia | ||||||
Orang penting | Datuk Chandran Rama Muthy (CEO baharu) Captain Mushafiz bin Mustafa Bakri (bekas CEO)[11] Edward Sirait (Presiden Pengarah Kumpulan Lion) | ||||||
Pekerja | Kira-kira 1,000[12] | ||||||
Laman web | www |
Malindo Air Sdn Bhd, (melakukan perniagaan sebagai Malindo Air) ialah sebuah syarikat penerbangan yang berpengkalan di Petaling Jaya. Ia ialah kerjasama antara National Aerospace & Defense Industries (NADI) (51%), Malaysia dengan Lion Air, Indonesia (49%).[19] Nama "Malindo" berasal daripada nama negara masing masing: Malaysia dan Indonesia.
Nama Malindo melambangkan pakatan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia.
Malindo Air bercadang untuk memulakan operasi pada 1 Mei 2013 dari terminal baru KLIA2. Walau bagaimanapun, Malindo Air mengawalkan tarikh pelancaran ke pertengahan Mac 2013 dengan destinasi domestik.[20][21] Syarikat penerbangan ini hanya menawarkan tempat duduk kelas ekonomi dan kelas perniagaan.
NADI ialah syarikat baik pulih pesawat (AIROD) yang beroperasi di Subang. PT Lion Group mengendalikan Lion Air untuk operasi Jet dan Wings Air bagi operasi ATR72 turboprop yang berpusat di Jakarta, Indonesia .
Usahasama ini dilakukan kerana Indonesia mempunyai pasaran yang luas dalam industri penerbangan domestik berbanding Malaysia. Ianya bukan sahaja mencatatkan satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara tetapi juga mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia. Penerbangan ini menawarkan dua kelas tempat duduk iatu 12 kelas perniagaan dan 168 tambang murah. Pesawat ini juga dilengkapi dengan sistem hiburan pesawat terkini pada setiap tempat duduk penumpang.
Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu di Malaysia akan digunakan sebagai hub penerbangan ke negara-negara ASEAN dan Asia. Bali di Indonesia juga akan dijadikan sebagai hub penerbangan Malindo Air ke Australia. Penumpang dari KLIA2 boleh menggunakan Bali sebagai sambungan penerbangan ke Australia.
Presiden NADI, Tan Sri Ahmad Johan dan Pengarah Presiden P.T. Lion Grup, Rusdi Kirana mengumumkan selepas majlis pertukaran dokumen perjanjian (MoU) dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Palace of the Golden Horses, Sri Kembangan, Selangor pada Selasa 11 September 2012.
Perkhidmatan dijangka beroperasi pada Mei 2013 selepas KLIA 2 siap. Operasi perkhidmatannya seperti syarikat penerbangan premium tetapi harga tiketnya seperti penerbangan kos rendah. Namun ianya dipercepatkan ke Mac 2013, dan memulakan penerbangannya di KLIA kerana pada masa itu KLIA 2 masih lagi belum siap sepenuhnya.
Kemasukan AirAsia dari Malaysia di kawasan asal Lion Air telah mendorong syarikat penerbangan Indonesia memasuki pasaran Malaysia dengan syarikat penerbangan subsidiari. Anak syarikat AirAsia Indonesia AirAsia, bekerjasama dengan syarikat induknya, berusaha untuk membeli syarikat penerbangan Indonesia Batavia Air untuk mendapatkan pijakan di Indonesia, tetapi kesepakatan itu tidak berhasil kerana komplikasi peraturan dan Batavia Air berakhir muflis. Kesepakatan yang dicuba itu mengakibatkan perang antara Lion Air, syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Indonesia, dan AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia.
Chandran Rama Muthy, penolong eksekutif peribadi ketua pengarah Lion Air, telah dilantik sebagai CEO Malindo Air. Penerbangan sulung syarikat penerbangan itu mula beroperasi pada 22 Mac 2013.
Untuk laluan jetnya, Malindo Air menyediakan Televisyen peribadi (sistem hiburan dalam penerbangan) di setiap tempat duduk, makanan ringan dan makanan percuma, tempat duduk "402" dan "605" untuk kelas ekonomi dan kelas perniagaan masing-masing, dan elaun bagasi percuma 40 kg untuk penumpang Perniagaan dan sama ada 20kg atau 30kg untuk penumpang kelas Ekonomi bergantung pada kategori tiket mereka. Penumpang ekonomi dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Shah Amanat dan Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal di Bangladesh menerima elaun bagasi 35 kg. Walau bagaimanapun, tiket kelas Ekonomi syarikat penerbangan yang paling murah tidak mendapat elaun bagasi percuma. [23]
Pada bulan Jun 2015, Malindo menjadi syarikat penerbangan Malaysia pertama yang menawarkan perkhidmatan dalam penerbangan Wi-Fi. [24]
Gabungan kemudahan, perkhidmatan dan tambang kos rendah meletakkan Malindo Air dalam kategori syarikat penerbangan hibrid.
IFE berdasarkan Panasonic eXLite dengan skrin sentuh 9 inci di kelas Ekonomi dan skrin sentuh 11.1 inci di Kelas Perniagaan, mampu memberi isyarat (menggesek, menatal). Makanan penuh disajikan di kelas Perniagaan.
Syarikat penerbangan ini juga telah berkembang pada perkhidmatan turboprop selari, yang memfokuskan terutamanya pada laluan sekunder dalam radius 2 jam dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Destinasi perintis merangkumi Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Bharu, penerbangan telah dimulakan pada awal Jun 2013.
Pada awal tahun 2017, syarikat Penerbangan ini dijangka akan menamakan semula Malindo Air menjadi "Batik Air Malaysia" yang akan memberi tumpuan kepada laluan antarabangsa sementara syarikat penerbangan bersekutu, Batik Air melayani laluan domestik di Indonesia. Syarikat penerbangan ini mula menampilkan logo dan warna Batik Air Malaysia di pesawatnya secara beransur-ansur.
Pada tahun 2016 Malindo memulakan perjanjian antara syarikat dengan Turkish Airlines,[25] dan Qatar Airways.[26]
Pada bulan April 2017, Malindo Air menerima sijil Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) sebagai anggota IATA. Syarikat penerbangan ini juga berjaya mengekalkan pendaftaran IOSA, yang sah dari 3 Jun 2018 hingga 3 Jun 2020.
Dalam siaran akhbar rasmi yang dikeluarkan oleh Malindo bertarikh 26 Ogos 2019, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri, Pengarah Keselamatan, Keselamatan & Kualiti Thai Lion Air telah diumumkan sebagai CEO baru, menggantikan CEO sekarang yang berkuatkuasa pada 23 September 2019, sementara Chandra Rama Muthy untuk dilantik sebagai Pengarah Strategi Kumpulan, Lion Group. [27]
Pada 23 Oktober 2020, dilaporkan bahawa Malindo Air telah memutuskan untuk mengurangkan lebih separuh daripada tenaga kerjanya sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengurangkan kesan Covid-19 pada perniagaan mereka. Dengan itu, syarikat penerbangan perkhidmatan penuh hibrid itu dikatakan telah memberhentikan kira-kira 2,200 pekerja atau lebih separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya[28] [29].
Pada 28 April 2022, Malindo Air telah dijenamakan semula sebagai Batik Air Malaysia [30][31][32] selaras dengan matlamat Kumpulan Lion untuk mewujudkan identiti bersama bagi syarikat penerbangan perkhidmatan penuh dalam kumpulan itu.[33]. Berikutan ini, Boeing 737 MAX 8 telah diperkenalkan semula ke dalam armada[34].
Pada 13 Jun 2022, Batik Air Malaysia, telah mengumumkan bahawa syarikat penerbangan itu, akan menambah laluan baharu, iaitu ke Bandar Ho Chi Minh, Phuket, dan Surabaya, yang dimana ketiga-tiga destinasi tersebut, akan dimulakan pada tarikh 1 Ogos (Phuket), 10 Ogos (Surabaya), dan 15 September (Bandar Ho Chi Minh) (namun laluan Ho Chi Minh, ditunda hingga 26 Mei 2023), dengan menggunakan armada Boeing 737-800NG (untuk laluan ke Phuket dan Surabaya) dan Boeing 737-8 (untuk laluan ke Bandar Ho Chi Minh).[35]
Pada Januari 2023, Syarikat Penerbangan Batik Air Malaysia, ada mengumumkan bahawa ia ada membuka semula Laluan Tanpa Henti antara Kuala Lumpur dan Guangzhou, yang dimana ia dimulakan secara rasmi pada 17 Januari 2023, dengan menggunakan armada Boeing 737.[36]
Pada Mac 2023, pada laman Aeroroutes.com, ada diumumkan bahawa, Batik Air Malaysia, membuka laluan baharu dengan melancarkan laluan Kuala Lumpur - Colombo - Malé yang dimulakan pada 12 Mei 2023, dan Kuala Lumpur - Seoul yang dimulakan pada 23 Jun 2023, kedua-dua laluan tersebut akan menggunakan armada siri Boeing 737 Max. [37]
pada laman aeroroutes, laluan Kuala Lumpur-Taipei-Sapporo digantikan dengan laluan Kuala Lumpur-Taipei-Nagoya, yang bermula pada 30 Mac 2023 [38], dan pada laluan Kuala Lumpur - Hong Kong, ia akan dimulakan semula pada Oktober 2023.[39]
pada Akhir Mac di Laman CAPA, ia ada dikatakan bahawa Laluan KL - Hanoi, akan dimulakan semula secara rasmi pada 26 Mei 2023 (bersamaan dengan Ho Chi Minh City) [40]
dan pada April 2023, pada laman Aeroroutes, ada diumukan bahawa, Syarikat Penerbangan Batik Air Malaysia, akan menyambungkan semula penerbangan tanpa henti antara KL dan JB (Kuala Lumpur dan Johor Bahru), yang akan dimulakan pada 19 April 2023 [41][42], dan laluan baharu antara Kuala Lumpur dengan Naha (Okinawa), melalui Taipei yang akan dimulakan pada 16 Ogos 2023 [43][44].
pada Pertengahan April 2023, Syarikat Penerbangan Batik Air Malaysia, merancang untuk menambah 2 laluan baharu antara Kuala Lumpur dengan China, dengan laluan tanpa henti ke Chengdu-Tianfu dan Zhengzhou, yang akan dimulakan pada 7 Julai 2023, ini akan menjadi laluan tanpa henti yang ke 2 dan 3, antara Kuala Lumpur dan China, selepas Guangzhou dan sebelum Hong Kong. [45][46]
pada 24 April 2023, di laman Aeroroutes.com, ada diumukan bahawa Syarikat Penerbangan Batik Air Malaysia, akan menambahkan laluan ke 5 iaitu Adelaide, di Australia, selepas Perth, Melbourne, Brisbane, dan Sydney, sebagai laluan tanpa henti yang ke 3, selepas Perth dan Melbourne, yang akan dimulakan pada 13 Julai 2023.[47]
pada Bulan Mei 2023, Syarikat Penerbangan Batik Air Malaysia, merancang, untuk membuka laluan domestik, dari Kuala Lumpur-Subang (SZB), ke Alor Setar (AOR) dan Kuantan (KUA), yang dimana kedua laluan baharu itu, akan dimulakan pada 25 Mei dan 26 Mei, masing-masing [48].
pada penghujung Mei 2023, di laman aeroroutes, ada mengumumkan bahawa Syarikat Penerbangan Batik Air Malaysia, telah mengkaji semula, laluan tanpa henti antara Kuala Lumpur dengan Hong Kong, yang dimana ia akan dimulakan semula pada 1 Ogos 2023, berbanding rancangan awal, iaitu 1 Oktober 2023, laluan KL-HK, akan menggunakan armada siri Boeing 737-8 Max, dengan kekerapan penerbangan iaitu setiap hari [49].
pada penghujung Mei 2023, di laman aeroroutes, ada mengumumkan bahawa Syarikat Penerbangan Batik Air Malaysia, merancang untuk membuka laluan baharu ke New Zealand, dengan pelancaran laluan Kuala Lumpur - Auckland, yang melalui bandar Perth, laluan dengan 1 perhentian tersebut akan dimulakan pada 24 Ogos 2023, dengan kekerapan sebanyak 6 kali penerbangan dalam seminggu, menggunakan armada siri Boeing 737-8 MAX [50].
pada laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa Batik Air Malaysia, ada mengkaji semula penerbangan ke Asia Selatan, dengan laluan Kuala Lumpur - Male (melalui Colombo), akan dihentikan bermula 7 Jun 2023, dengan mengkekalkan laluan tanpa henti Kuala Lumpur - Colombo, dengan kekerapan penerbangan 1 kali sehari, dan untuk laluan tanpa henti Kuala Lumpur - Male ia akan dimulakan pada 23 Jun 2023, dengan kekerapan penerbangan ditambah dari 4 kali seminggu, menjadi 6 kali seminggu [51].
pada bulan Jun 2023, di dalam aeroroutes, ada diumumkan bahawa, laluan tanpa henti antara Kuala Lumpur dan Tokyo/Narita, akan dikurangkan pada kekerapan penerbangan dari 7 kali seminggu, menjadi 4 kali seminggu, yang bermula dari 21 Jun hingga 12 Julai 2023 [52].
juga di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Syarikat Penerbangan Batik Air Malaysia, ada merancang untuk menyesuaikan operasi penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Jepun, termasuklah menambah 1 laluan Kuala Lumpur-Tokyo/Narita dengan 1 hentian di Taipei/Taoyuan, sebagai pelengkap pada operasi penerbangan laluan tanpa henti pada laluan tersebut, kesemua laluan yang dirancangkan akan bermula operasi pada 29 Oktober 2023 [53][54], dengan sebagai berikut:
pada penghujung bulan Jun 2023, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa Batik Air Malaysia, ada merancang untuk membuka destinasi tanpa henti baharu ke Arab Saudi, dengan laluan Kuala Lumpur-Jeddah, yang akan dimulakan pada 19 Ogos 2023, dengan armada siri Airbus A330 [55].
juga di aeroroutes, ada diumumkan bahawa rancangan untuk membuka laluan tanpa henti antara Kuala Lumpur dan Melbourne, yang akan dimulakan pada 1 Disember 2023, telah dibatalkan dan Syarikat Penerbangan Batik Air Malaysia, kekal melayani laluan Kuala Lumpur/KLIA - Melbourne dengan 1 hentian di Denpasar, dengan kekerapan penerbangan 1 hari sekali [56].
pada bulan Julai 2023, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Batik Air Malaysia, ada merancang untuk menambah destinasi antarabangsa baharu ke Türkiye dan Uzbekistan [57], dengan menambah laluan tanpa henti antara Kuala Lumpur/KLIA dengan Istanbul/Sabiha Gokcen dan Tashkent, masing-masing dimulakan pada 2 September 2023 (ke Istanbul/Sabiha Gokcen) dan 1 September 2023 (ke Tashkent) [57].
juga dibulan yang sama, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Batik Air Malaysia tidak jadi melancarkan destinasi baharu yang dalam rancangan ke Istanbul/Sabiha Gokcen [58].
pada penghujung bulan Julai 2023, di laman aeroroutes ada diumumkan bahawa, syarikat penerbangan Batik Air Malaysia, ada merancang untuk membuka destinasi antarabangsa baharu ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), dengan melancarkan laluan tanpa henti antara Kuala Lumpur/KLIA dan Dubai/DXB, yang akan dimulakan pada 29 Oktober 2023 [59].
pada bulan Ogos 2023, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, tarikh bermulanya laluan antarabangsa tanpa henti Kuala Lumpur-Tashkent, akan dimulakan pada 1 November 2023, daripada 1 September 2023 [60].
juga di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, laluan tanpa henti antara Kuala Lumpur dan Dubai, akan diundurkan menjadi 10 November 2023, daripada tarikh asal iaitu 29 Oktober 2023, dengan kekerapan penerbangan 1 kali sehari [61].
pada bulan September 2023 Batik Air Malaysia, ada merancang untuk menambah destinasi antarabangsa baharu ke Pakistan, dengan melancarkan laluan tanpa henti antara Kuala Lumpur dan Karachi, yang akan dimulakan pada 31 Oktober 2023 [62], pihak syarikat penerbangan berkata
Ini berikutan "kejayaan besar penerbangan hariannya ke Lahore"
, dengan rancangan asal iaitu penerbangan dengan kekerapan 3 kali seminggu, juga Syarikat Penerbangan akan menggunakan Boeing 737-800 "baru" di laluan itu, dengan 12 tempat duduk dalam kelas perniagaan dan 150 dalam kelas ekonomi [63].
di laman aeroroutes pada bulan September 2023, ada diumumkan bahawa, Syarikat Penerbangan Batik Air Malaysia, ada merancang untuk menambah destinasi antarabangsa baharu ke Filipina, dengan melancarkan laluan tanpa henti antara Kuala Lumpur dan Manila, yang akan dimulakan pada 1 Disember 2023 [64].
pada bulan Oktober 2023, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Syarikat Penerbangan Batik Air Malaysia, telah merancang untuk memulakan semula hasrat dalam usaha membuka 1 laluan baharu antarabangsa, yang sebelumnya pernah dibatalkan, iaitu laluan antarabangsa antara Kuala Lumpur dan Istanbul/ Sabiha Gokcen, dengan tarikh yang ditetapkan menjadi 9 Februari 2024 [65].
juga di bulan dan di laman yang sama, ada diumumkan bahawa, Batik Air Malaysia, ada merancang untuk menambah destinasi antarabangsa baharu ke Republik Rakyat China, dengan laluan tanpa henti antara Kuala Lumpur dan Dayong/ Zhangjiajie, yang sudah dimulakan sejak 15 Oktober 2023, dengan kekerapan penerbangan 3 kali seminggu [66].
pada bulan November 2023, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Batik Air Malaysia, ada merancang untuk menambah destinasi antarabangsa baharu ke Republik Rakyat China, dengan laluan tanpa henti antara Kuala Lumpur dan Shanghai-Pudong [67], yang akan dimulakan pada 9 Disember 2023, dengan kekerapan penerbangan 3 kali seminggu [67].
juga dibulan dan dilaman yang sama, ada diumumkan iaitu, Batik Air Malaysia, telah merancang untuk menambah laluan baharu antarabangsa ke Jepun, antara Kuala Lumpur dan Nagoya, yang kini melalui Kaohsiung, Republik China (ini akan menjadi laluan 1 hentian yang ke 2, selepas Taipei/Taoyuan), yang akan dimulakan pada 7 Februari 2024 [68].
pada bulan Disember 2023, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Batik Air Malaysia, ada merancang untuk menambah laluan antarabangsa ke Indonesia yang kedua, iaitu laluan tanpa henti antara Kuala Lumpur/KLIA dan Batam, menggunakan armada Boeing 737 MAX8, yang akan dimulakan pada 16 Februari 2024 (laluan Kuala Lumpur/Subang - Batam tetap menggunakan ATR72) [69], lalu untuk destinasi antarabangsa ke China, pada laluan Kuala Lumpur/KLIA - Dayong/Zhangjiajie ia diundur menjadi 9 Februari 2024, menggunakan armada Boeing 737 MAX8, dari tarikh asal iaitu 15 Oktober 2023 [69], dan menambah destinasi baharu dengan laluan tanpa henti antara Kuala Lumpur/KLIA - Kunming/Changshui, yang akan dimulakan pada 8 Februari 2024, menggunakan armada Boeing 737 MAX8 [69].
juga di bulan dan di laman yang sama, ada diumumkan bahawa, Syarikat Penerbangan Batik Air Malaysia, telahpun merancang untuk menambah semula destinasi domestik dalam Malaysia, dengan memulakan semula 2 laluan iaitu, Kuala Lumpur/KLIA - Sibu (dimulakan semula pada 7 Februari 2024) [70] dan Kuala Lumpur/KLIA - Tawau (dimulakan semula 8 Februari 2024) [70].
pada bulan Januari 2024, di laman aeroroutes, ada diumumkan iaitu, Batik Air Malaysia, telah memutuskan untuk menamatkan operasi pada laluan tanpa henti antara Kuala Lumpur/KLIA dan Colombo, dengan penerbangan terkahir iaitu pada 3 Mac 2024 [71].
pada bulan Februari, Batik Air Malaysia, secara rasmi menghubungkan destinasi antarabangsa musiman, antara Langkawi dan Chengdu/Tianfu, yang dimulakan pada 6 Februari 2024 [72][73].
pada penghujung Februari 2024 Batik Air Malaysia, telahpun menandatangani memorandum persefahaman (MOU), dengan syarikat China Jiangsu Topview [74], untuk menambah destinasi tanpa henti antara Malaysia dan Republik Rakyat China, dari hasil memorandum tersebut, adanya 4 laluan baharu [75] iaitu:
kesemua laluan tersebut bersifat musiman, lalu untuk laluan tanpa henti antara China dan Tawau, akan bermula pada April (Tawau - Shanghai/Pudong) [76], Jun (Tawau - Shenzhen) [76] dan Julai (Tawau - Chengdu/Tianfu) [76].
pada bulan Mac 2024, Batik Air Malaysia juga melakukan tetapan pada laluan antarabangsa ke India, Nepal dan Maldives [77], dengan sebagai berikut:
selain itu dari Kuala Lumpur dan Tokyo/Narita adanya melancarkan laluan musiman ke Koror, Palau dengan masa yang terhad iaitu pada bulan Mac 2024 sahaja [78].
pada bulan April 2024, ada diumumkan bahawa Batik Air Malaysia telahpun merancang untuk menambah destinasi baharu ke Republik Rakyat China, dengan menambah destinasi tanpa henti baharu antara Kuala Lumpur dan Guilin, yang akan dimulakan pada 2 Jun 2024 [79].
pada bulan Mei 2024, Batik Air Malaysia telahpun menetapkan untuk menamatkan perkhidmatan antara Kuala Lumpur dan Istanbul/Sabiha Gokcen, yang sudapun ditamatkan pada 30 April 2024 [80].
juga di bulan yang sama, Batik Air Malaysia telahpun merancang untuk menambah destinasi musiman antarabangsa keempat dari Tawau ke Guangzhou (selepas Chengdu, Shanghai dan Shenzhen), yang sudahpun dimulakan sejak 30 April 2024, hingga 4 Jun 2024 [81].
pada bulan Jun 2024, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa Batik Air Malaysia telahpun merancang untuk memulakan destinasi antarabangsa baharu ke Indonesia, dengan memulakan laluan tanpa henti antara Kuala Lumpur/KLIA dan Mataram/Lombok, yang akan menggantikan Super Air Jet pada laluan sama, bermula 2 Ogos 2024, dengan kekerapan penerbangan 4 kali seminggu [82].
juga di bulan dan di laman yang sama, Batik Air Malaysia telahpun merancang untuk mengurangi kekerapan penerbangan dari 7 menjadi 4 kali seminggu bermula 7 Julai 2024, pada laluan Kuala Lumpur-Perth-Auckland, dan pada bahagian Perth-Auckland akan ditamatkan pada 19 Julai 2024, dan dimasa yang sama mengkekalkan bahagian Kuala Lumpur-Perth [83].
Pada bulan Julai 2024, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa Batik Air Malaysia, telahpun merancang untuk menambah destinasi antarabangsa baharu ke Republik Rakyat China, dengan menambah laluan tanpa henti ke Chengdu/Tianfu dari Kota Kinabalu, bermula 18 Julai 2024 (dengan kekerapan penerbangan 3 kali seminggu) [84] lalu Tawau, bermula 19 Julai 2024 (dengan kekerapan penerbangan 3 kali seminggu) [84] dan menambah kekerapan penerbangan pada laluan Kuala Lumpur - Chengdu/Tianfu, dari 4 kali seminggu menjadi 7 kali seminggu, bermula 17 September 2024 [84].
Juga di bulan dan di laman yang sama, ada diumumkan bahawa Batik Air Malaysia telahpun merancang untuk menunda pelancaran pada laluan antarabangsa antara Tawau dan Nanjing, yang pada rancangan asal iaitu akan dimulakan pada 8 Julai 2024, menjadi 2 Ogos 2024, namun mengkekalkan kekerapan sebanyak 3 kali seminggu [85].
Selian itu, Batik Air Malaysia, telahpun merancang untuk menyambung semula destinasi antarabangsa ke Indonesia, dengan memulakan semula laluan tanpa henti antara Kuala Lumpur dan Surabaya, yang akan dimulakan semula pada 1 Ogos 2024 [86], di masa yang sama menambah destinasi antarabangsa baharu ke Indonesia, dengan laluan tanpa henti antara Kuala Lumpur dan Pekanbaru (kedua selepas Melaka - Pekanbaru), dan Kuala Lumpur - Padang, yang masing-masing akan dimulakan pada 1 Ogos 2024 [86].
dan syarikat penerbangan Batik Air Malaysia juga merancang untuk memulakan laluan baharu antarabangsa ke Indonesia, dengan memulakan destinasi tanpa henti antara George Town (Pulau Pinang) dan Jakarta, yang akan dimulakan pada 1 Oktober 2024, dengan kekerapan penerbangan 1 kali sehari [87].
Selain Indonesia, Batik Air Malaysia juga telahpun merancang untuk menambahkan destinasi antarabangsa baharu ke Negara Thai, dengan memulakan 2 laluan tanpa henti antara Kuala Lumpur dan Hat Yai dan Krabi, yang masing-masing akan dimulakan pada 13 September 2024, dengan kekerapan penerbangan 1 kali sehari [88].
selain antarabangsa, Batik Air Malaysia telahpun merancang untuk memulakan semula destinasi domestik dalam Malaysia, antara Pulau Pinang (George Town) dan Kuala Lumpur/Subang, yang akan dimulakan semula pada 1 Ogos 2024 [89].
Pada perkembangan destinasi antarabangsa, Batik Air Malaysia juga telah merancang untuk menambah 1 laluan antarabangsa baharu ke Indonesia, iaitu Pulau Pinang - Jakarta Soekarno-Hatta, yang akan dimulakan pada 1 Oktober 2024 [90], dengan kekerapan penerbangan 1 kali sehari.
Pada perkembangan destinasi domestik, Batik Air Malaysia telahpun merancang untuk menambah 1 laluan baharu tanpa henti antara Kuala Lumpur/KLIA dan Alor Setar, yang akan dimulakan pada 5 Disember 2024 [91], dengan kekerapan penerbangan 1 kali sehari.
Pada perkembangan destinasi antarabangsa, Batik Air Malaysia telahpun merancang untuk menambah destinasi antarabangsa ke Negara Thai, dengan melancarkan laluan tanpa henti antara Johor Bahru dan Bangkok-Don Mueang, yang akan dimulakan pada 1 Disember 2024 [92].
Pada perkembangan destinasi domestik dalam Malaysia, syarikat penerbangan Batik Air Malaysia telahpun mengoperasikan laluan tanpa henti baharu antara Kuala Lumpur/KLIA dengan Alor Setar, Bintulu, Miri dan Sandakan [93] yang dimana masing-masing destinasi tersebut akan dimulakan pada 7 Disember 2024, 1 November 2024, 14 Januari 2025 & 1 Disember 2024 [94][95][96][97].
Serta destinasi domestik lainnya iaitu antara Kuala Lumpur/Subang dan Kota Bharu [98], yang sudahpun dimulakan pada 21 Oktober 2024 [99].
Pada perkembangan destinasi antarabangsa lainnya, Batik Air Malaysia juga telahpun merancang untuk menambah laluan tanpa henti ke Republik Rakyat China, iaitu antara Pulau Pinang (George Town) dan Kunming yang sudahpun dimulakan sejak penghujung September 2024 sebagai destinasi musiman [100][101].
selain Pulau Pinang, Batik Air Malaysia juga menambah laluan antarabangsa ke Kunming, Republik Rakyat China, dari Johor Bahru yang akan dimulakan semula pada 31 Oktober 2024 [102].
Pada perubahan laluan antarabangsa, syarikat penerbangan itu telahpun memutuskan untuk menamatkan laluan Kuala Lumpur - Osaka/Kansai (Melalui Taipei), dengan maksud hanya bahagian Taipei/Taoyuan-Osaka/Kansai sahaja yang akan dihentikan, bermula 8 Disember 2024, sementara itu laluan Kuala Lumpur-Taipei/Taoyuan kekal beroperasi seperti biasa [103], juga mengkekalkan laluan Kuala Lumpur-Taipei/Taoyuan-Nagoya/Chubu, Kuala Lumpur-Kaohsiung-Nagoya/Chubu, Kuala Lumpur-Taipei/Taoyuan-Okinawa dan Kuala Lumpur-Tokyo/Narita.
Pada 1 November 2024, Laluan domestik Kuala Lumpur - Bintulu sudahpun dimulakan [104].
Pada penerbangan perdana di laluan tersebut, ia memiliki sebanyak 110 penumpang, lalu dari pihak Kementerian Pengangkutan Wilayah Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, juga ada memberi pernyataan dengan sebagai berikut:
Laluan baharu ini akan mengukuhkan hubungan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak, menjadikannya lebih mudah bagi pengembara untuk menerokai tarikan unik di rantau ini. [105]
Lalu juga dari pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing menekankan bahawa laluan tanpa henti tersebut akan memberi manfaat kepada sektor perniagaan dan pelancongan serta meningkatkan hubungan antara kedua-dua destinasi [106].
Batik Air Malaysia (dahulu sebagai Malindo Air) mengendalikan lebih dari 800 penerbangan setiap minggu di 57 laluan di Malaysia dan di seluruh benua Asia dan Australia. Map Diarkibkan 2020-08-05 di Wayback Machine
Batik Air Malaysia, terbang ke beberapa destinasi, dari Hab utama Kuala Lumpur (KUL), ke Singapura, Indonesia, Australia, China, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, India, Nepal, Bangladesh, Negara Thai, Vietnam, Sri Lanka, Maldives, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Uzbekistan dan Pakistan.
Batik Air Malaysia (dahulu sebagai Malindo Air) Berkongsi Kod dengan syarikat penerbangan berikut:
Batik Air Malaysia (dahulu sebagai Malindo Air) mempunyai Perjanjian Talian Antara dengan syarikat penerbangan berikut:
Malindo Miles
Malindo Miles, program penerbangan kerap kepada Syarikat Penerbangan Malindo Air (kini sebagai Batik Air Malaysia),
memperkenalkan facelift dengan ciri baharu yang menanti penumpang. Terdapat beberapa peningkatan fungsi yang diperkenalkan secara progresif dalam beberapa bulan terakhir.
Pada masa ini, kami sedang dalam proses membina program eksklusif dengan elemen gaya hidup yang dipenuhi dengan keistimewaan yang akan menjadikan perjalanan anda lebih bermanfaat. Sebagai ahli, anda akan memperoleh batu (miles) sepanjang terbang dengan Syarikat Penerbangan Malindo Air dan menikmati faedah tambahan bergantung pada tahap yang anda gunakan - Perak, Emas atau Platinum.
Ada banyak lagi! Dengan program yang dirombak baru, anda kini mempunyai kemampuan untuk menukar mata (point) menjadi batu (miles) dengan rakan kongsi kami, bayangkan anda akan mendapat penerbangan percuma dengan setiap perbelanjaan yang anda jalani. Apakah bahagian yang terbaik? Kami masih berkembang dan berkembang, jadi nantikan kami akan melancarkan rangkaian ciri tambahan untuk program kami. Di samping itu, anda juga akan terus menikmati persembahan oleh rakan kongsi kami. Keahlian ialah percuma. Cukup log masuk ke Malindo Miles dan daftar pintu masuk anda untuk menebus penerbangan percuma.
Syarikat induk Malindo Air, Lion Air bercadang untuk memulakan operasi dengan 12 pesawat Boeing 737-900ER.[116] Syarikat merancang untuk meningkatkan jumlah pesawat kepada 100 dalam masa sepuluh tahun. Seperti pada Disember 2014, pesawat Malindo Air terdiri daripada pesawat berikut dengan purata umur 5 bulan:[117]
Pesawat | Jumlah | Tempahan | Penumpang | Nota | ||
---|---|---|---|---|---|---|
J | Y | Jumlah | ||||
ATR 72-600 | 3 | 3 | - | 72 | 72 | Penghantaran bermula Mei 2013 |
Boeing 737-900ER | 6 | 18 | 12 | 168 | 180 | |
Boeing 737-800 | 2 | - | 12 | 148 | 160 | Penghantaran bermula Oktober 2014 |
Jumlah | 11 | 21 |
Setakat April 2020[kemas kini], armada Malindo Air (kini sebagai Batik Air Malaysia) terdiri daripada pesawat berikut:[118]
Pesawat | Dalam Perkhidmatan | Tempahan | Penumpang | Nota | ||
---|---|---|---|---|---|---|
C | Y | Total | ||||
ATR 72-600 | 13 | — | — | 72 | 72 | |
2 | disewa ke Royal Brunei Airlines dan dikendalikan sebagai RB Link. | |||||
Boeing 737-800 | 17 | — | 12 | 150 | 162 | |
Boeing 737-900ER | 6 | — | 12 | 168 | 180 | |
Total | 38 | — |
Setakat Mei 2021[kemas kini], Armada Malindo Air (kini sebagai Batik Air Malaysia) terdiri beberapa pesawat sebagai berikut:[119]
Pesawat | Dalam perkhidmatan | Tempahan | Penumpang | Nota | ||
---|---|---|---|---|---|---|
C | Y | Total | ||||
ATR 72-600 | 12 | — | — | 72 | 72 | semua dipindahkan ke Batik Air Malaysia |
Boeing 737-800 | 2 | 8 | 12 | 150 | 162 | semua dipindahkan ke Batik Air Malaysia |
Boeing 737 MAX 8 | — | 10 | 12 | 150 | 162 | Dirancang untuk penghantaran dari Q2 2022.[120] |
Total | 14 | 18 |
Setakat April 2023[kemas kini], armada Batik Air Malaysia terdiri daripada pesawat berikut [121]:
Pesawat | Dalam Perkhidmatan | Tempahan | Penumpang | Nota | ||
---|---|---|---|---|---|---|
C | Y | Total | ||||
Airbus A330-300 | 1 | — | 12 | 365 | 377 | Dipindahkan dari Lion Air. |
ATR 72-600 [121] | 9 | — | — | 72 | 72 | |
Boeing 737-800 [121] | 6 | 1 | 12 | 150 | 162 | Akan Dipindahkan dari Lion Air. |
Boeing 737 MAX 8 [121] | 3 | — | 12 | 150 | 162 | |
13 | — | 180 | 180 | Dipindahkan dari Lion Air. | ||
Total | 32 | 1 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.