From Wikipedia, the free encyclopedia
Makaroni atau laksa geronggang[2] ialah sejenis pasta kering dalam bentuk tiub sempit,[3] berasal dari Itali,[1] dibuat daripada gandum durum, biasanya tidak ditambah telur dalam adunannya. Adunan ia biasanya dipotong pendek; jika dipotong panjang dengan lengkung ia biasanya dipanggil makaroni siku.
Makaroni | |
---|---|
Jenis | Pasta |
Tempat asal | Itali (makaroni moden)[1] |
Bahan utama | Gandum durum |
Bahan yang biasa digunakan | Tepung gandum |
sunting · sunting di Wikidata |
Makaroni biasanya dibuat secara komersil dengan penyemperitan skala besar, sepertimana banyak jenis pasta lain; namun ada juga kelengkapan yang memudahkan pasta jenis ini boleh dibuat di rumah. Bentuk melengkung yang kelihatan pada pasta ini disebabkan kelajuan yang berbeza pada bahagian berlawanan tiub pasta apabila ia keluar daripada mesin.
Istilah bahasa Itali maccheroni ([makkeˈroːni]), bentuk jamak bagi maccherone.[3][4] Para cendekiawan sepakat bahawa perkataan itu dari asal Yunani μακαρία (makaria),[5] sejenis sup barli yang disaji dalam majlis perkabungan memperingati si mati,[6][7][8][9][10][11][12][13][14] terbitan μάκαρες (makares), "roh mati direstu" lanjutan μάκαρ (makar) "direstu, gembira".[15] Ahli bahasa Itali G. Alessio berhujah bahawa perkataan itu boleh mempunyai dua asal: yang pertama dari bahasa Yunani Zaman Pertengahan μακαρώνεια (makarōneia) "lagu ratap" (dinyatakan dalam Bahagian XIII oleh Yakov dari Bulgaria), yang akan diserahkan kepada maksudkan "makanan pengebumian" dan "makanan disaji" semasa upacara itu (lihat μαχαρωνιά hari ini - macharōnia di Thrake Timur, dalam erti kata "sajian nasi ketika pengebumian"), di mana istilah itu terdiri daripada kata akar berganda μακάριος "diberkati" dan αἰωνίος (aiōnios), "selama-lamanya",[16] dan yang kedua daripada perkataan Yunani μακαρία "sup barli", yang menambah akhiran -one.[17] John Dickie dalam bukunya 'Delizia! The Epic History of Italians and their Food (2007) mengatakan bahawa perkataan macaroni, dan variannya awal seperti maccheroni, "berasal dari maccare, bermakna tumbuk atau hentak."
Istilah maccherone di seberapa kawasan Itali merujuk kepada berbagai jenis pasta yang berhujung bulat dan beronggang dan cukup besar.[4] Pasta bentuk siku bersaiz yang lebih besar adakala diberi nama yang sendiri seperti chifferi atau lumaconi.
"Laksa geronggang" didapati tercatat seawal tahun 1916 dalam kamus An English-Malay dictionary karangan William Shellabear.[18]
Selain hidangan sama seperti yang dibuat dengan lain-lain jenis pasta, makaroni keju ialah hidangan popular di negara-negara berbahasa Inggeris, sering dibuat dengan makaroni siku. Puding makaroni manis, serupa dengan puding beras, juga sering dibuat.[19]
Di kawasan yang ramai orang Cina yang terdedah kepada pengaruh budaya Barat, seperti Hong Kong, Macao, Malaysia dan Singapura, masyarakat Cina tempatan menggunakan makaroni sebagai bahan untuk masakan Barat gaya-Cina. Di cha chaan teng Hong Kong dan kopitiam Asia Tenggara, makaroni direbus tos dan dimasak dalam sup jernih dengan ham atau sosej frankfurter, kacang, cendawan hitam, dan telur seakan mi sup yang sering dihidang pada waktu sarapan pagi atau makan tengah hari ringan.[20]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.