From Wikipedia, the free encyclopedia
Al-Hasan ibn Muhammad al-Wazzan al-Fasi (حسن ابن محمد الوزان الفاسي ) atau juga dikenali dengan nama Joannes Leo Africanus (Arab: يوحنا الاسد الغرناطي, rumi: Yuhanna al-Asad al-Gharnati , s. 1494 – s. 1554/1555[2][3]) adalah seorang penjelajah dan penulis Berber[4] Andalusi.
Beliau pernah menjelajah serata kawasan Maghreb dan Lembah Nil, butiran jelajah beliau diceritakan dengan penolongan Giovanni Battista Ramusio dalam buku Descrittione dell'Africa ("Penerangan Afrika") yang banyak menerangkan mengenai benua Afrika pada zamannya sehingga zaman kuasa-kuasa Eropah menjajah sana.[5]
Menurut catatan autobiografi al-Hasansendiri yang disertakan dalam karyanya, beliau lahir kepada seorang bernama Muhammad di Granada sekitar tahun 1494[5] diperkirakan dari umur dinyatakannya sendiri semasa berlakunya pelbagai peristiwa bersejarah.[6] Keluarganya berpindah ke Fes sejurus selepas kelahirannya;[5] nama tempat itu jugalah yang menjadi nisbatnya iaitu al-Fasi (daripada Fās atau فاس).[5]
Di Fes, beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Qarawiyyin. Beliau pernah menemani seorang bapa saudara bersama dalam misi diplomatik bagi pihak Sultan Muhammad al-Burtuqali kerajaan Wattasiyah ke kota Timbuktu (sekitar 1510), yang kemudiannya menjadi sebahagian dari Kerajaan Songhai.
Dalam perjalanan kembali ke Tunis pada tahun 1518, Hasan ditangkap oleh lanun Sepanyol sama ada berhampiran pulau Djerba atau lebih mungkin dekat Kriti, dan dipenjarakan di pulau Rodos, markas Kesteria Hospital. Para penculiknya mendapati pengetahuan Hasan sangat berguna lalu melepaskan beliau daripada diperhambakan dan dibawa ke Roma bertemu Paus Leo X. Hasan segera dibebaskan dan diberi pencen oleh Paus agar memujuknya untuk tinggal kerana dilihat mampu memberikan maklumat berguna mengenai Afrika Utara memandangkan kerajaan Paus Leo diancam pasukan Turki Uthmaniyah mungkin menyerang Sicilia dan selatan Itali.[5]
Beliau memeluk agama Kristian dan dibaptis di Basilika Saint Peter pada tahun 1520 di mana beliau mengambil nama Johannes Leo de Medicis (Giovanni Leone dalam bahasa Itali) sempena Paus yang membebaskannya.
Beliau meninggalkan Roma untuk merantau serata tanah Itali selama empat tahun, barangkali juga didorong kesangsian Paus Hadrianus VI yang mengambil alih takhta selepas kematian Leo X tahun 1521. Semasa waktu inilah beliau menulis suatu kitab istilah perubatan bahasa Arab-Ibrani-Latin dan sebuah kitab nahu bahasa Arab semasa duduk seketika di Bologna; kedua-dua naskhah ini tidak dapat diselamatkan dengan sempurnanya. Beliau kembali ke Roma atas undangan Paus Clemens VII, iaitu sepupu Leo X sendiri tahun 1526.
Pada tahun sama juga, suatu naskhah mengenai geografi benua Afrika disiapkan beliau dengan judul Leo Della descrittione dell’Africa et delle cose notabili che iui sono, per Giovan Lioni Africano, ia dicetak di Venezia tahun 1550 oleh Giovanni Battista Ramusio. Buku menjadi sangat laris sehingga diulang cetak sebanyak lima kali malah ada diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain seperti bahasa Latin dan bahasa Perancis.[7]
Beliau menghabiskan sisa umurnya di Tunis, pada masa ini juga beliau kembali memeluk agama Islam tahun 1530.
Hasan meninggal dunia di Fes tahun 1537.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.