Lebuhraya Kuala Lumpur-Rawang

From Wikipedia, the free encyclopedia

Lebuhraya Kuala Lumpur-Rawang
Remove ads

Lebuhraya Kuala Lumpur-Rawang, Laluan persekutuan LP 1 juga dikenali sebagai Jalan Kuching dan Jalan Ipoh ialah sebuah lebuh raya utam di Kuala Lumpur, Malaysia.

Fakta Segera Maklumat laluan, Wujud ...
Remove ads
Remove ads

Sejarah

Lebuhraya ini dinaiktarad pada 1985 oleh Kamunting Corporation Berhad. Dato' Lim Thian Kiat, Dato' Lim Ah Tam dan Tuan Haji Anuar Hamdan merupakan pengarah Kamunting Corporation Berhad. Plaza tol Jalan Kuching telah beroperasi dari Mac 1987 hingga Januari 2003. Kini, lebuh raya ini diselenggara oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pembangunan kini

Bulatan Segambut telah dinaiktaraf kepada persimpangan empat tingkat. Pembinaan bermula pada 2004 dan telah disiapkan pada hujung 2006. Projek ini diketuai oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kontraktor utama merupakan Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB). Persimpangan empat tingkat ini telah dibuka kepada lalu lintas pada 26 Februari 2007.

Sementara, bahagian jalan tunggal 2 lorong antara Bandar Baru Selayang dan Taman Rimba dinaiktaraf kepada jalan kembar 4 lorong termaduk lorong kecemasan dan beberapa pusingan-U. Pembinaan bermula pada 2006 dan disiapkan pada 2009.

Remove ads

Peristiwa ketara

Tanah runtuh Lebuhraya Kuala Lumpur-Rawang

Pada 4 November 2009, Lebuhraya Kuala Lumpur-Rawang Highway telah ditutup selepas suatu tanah runtuh awal pagi, menjejaskan lebih daripada 80,000 pemandu yang dalam perjalanan ke kerja di ibu negara persekutuan. Tanah runtuh tersebut berlaku di Km 12 lebuh raya tersbut berdekatan Selayang, Selangor selepas hujan lebat di bukit berhutan yang menyebabkan bertan tanah menggelongsor ke bawah cerun menyelimuti du lorong menghadap Rawang.

(Source: New Straits Times, 4 November 2009)

Senarai persimpangan

Maklumat lanjut km, Susur Keluar ...
Remove ads

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads