Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
La Dolce Amira (Melayu: Si Manis Amira ) ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2009 dibintangi oleh Faezah Elai sebagai watak tajuk bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel. Drama ini memulakan tayangan perdana di slot Lestary TV3 dari 19 Mei hingga 18 Ogos 2009 menggantikan Cinta Untuk Ain.
La Dolce Amira | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Pengarah kreatif | Kamarul Nizam Abd Rahman |
Dibintangi oleh | Faezah Elai |
Lagu pembukaan | "Dan Sebenarnya" oleh Yuna |
Lagu penutup | "Dan Sebenarnya" oleh Yuna |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Aida Fitri Buyong |
Penerbit | Shuhaimi Baba |
Lokasi | |
Sinematografi |
|
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 41–42 minit |
Syarikat penerbitan | Pesona Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 19 Mei 2009 – 18 Ogos 2009 |
Kronologi | |
Mengikuti | Cinta Untuk Ain |
Diikuti oleh | Tari Tirana |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi Pesona Pictures.[1]
La Dolce Amira menceritakan tentang sekumpulan remaja yang masing-masing mempunyai masalah keluarga lantas mencipta dunia mereka sendiri dengan mengharungi kehidupan yang materialistik dan sentiasa mengejar kemewahan.
Amira merupakan seorang yang berjiwa muda dan mempunyai ramai kawan, serta bercita-cita untuk menjadi penulis. Hidupnya dipenuhi dengan gelak tawa dan usik-mengusik walaupun kadangkala asyik bergaduh. Tetapi di sebalik keceriaan itu, Amira berdepan dengan masalah rumahtangga ibu bapanya, Puan Yasmin dan Encik Azhan.
Pelbagai cubaan sudah dilakukan oleh Amira tetapi sering tidak menjadi. Amira tiada tempat untuk mengadu. Abangnya, Ariff, bersikap endah tak endah dengan masalah ibu bapa mereka manakala adiknya, Arissa, masih mentah untuk memahami situasi sebenar.
Tajuk drama ini asalnya berbunyi Si Lenggang Amira, tetapi pihak TV3 meminta agar tajuknya ditukar gara-gara tidak menarik. Akhirnya, nama La Dolce Amira diketengahkan lalu diterima, kerana, menurut pengarahnya Aida Fitri Buyong: "Tajuk drama yang mengetengahkan budaya luar dan budaya remaja masa kini itu dikatakan lebih menarik daripada Si Lenggang Amira. Lagipun, tajuk itu dipilih mengikut tajuk buku yang ditulis Amira iaitu seorang yang bercita-cita hendak menjadi penulis."[2] Nama "La Dolce" berasal dari bahasa Itali, iaitu bererti "si manis".
Difahamkan juga bahawa pada awal proses penerbitan, Faezah, Fouziah Gous dan Scha pernah dipanggil sekali untuk menguji bakat untuk watak Amira, dan akhirnya Faezah dipilih kerana 'lebih versatil dan mempunyai potensi untuk melakonkan watak ini' berbanding mereka berdua yang lain, ujar Aida.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.