From Wikipedia, the free encyclopedia
Ku Milikmu ialah sebuah siri drama televisyen terbitan Rosyam Nor untuk slot Lestary (Selasa, 9 malam) di TV3, dengan sebanyak 26 episod yang disiarkan dari 5 Ogos 2008 hingga 17 Februari 2009. Siri TV yang bertemakan cinta melalui rangkaian sosial Internet ini dibintangi oleh Zizan Nin, Eira Syazira dan Farahdhiya.
Ku Milikmu | |
---|---|
Genre | Drama, asmara |
Ditulis oleh | Sharifah Abu Salem |
Pengarah | Along Kamaludin |
Dibintangi oleh | Zizan Nin Eira Syazira Farahdhiya |
Lagu pembukaan | "Rasa Cinta" oleh Farahdhiya |
Negara asal | Malaysia |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
Penerbit | Rosyam Nor Shamsudin Runika Mohd Yusof |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 5 Ogos 2008 – 17 Februari 2009 |
Mengisahkan Iqbal dan Soraya yang kedua-duanya mempunyai latar belakang dari keluarga yang berada. Mereka mula mengenali di antara satu sama lain melalui internet di mana Soraya yang menjadi anak Malaysia bermastautin di Amerika Syarikat menakala Iqbal pula berada di Malaysia.
Iqbal mengenali Soraya dengan nama Kirana kerana Soraya menggunakan nama samaran tersebut di dalam internet. Perhubungan jarak jauh mereka ini telah berlarutan selama dua tahun sehinggalah satu hari Soraya mahu pulang ke Malaysia untuk menguruskan cawangan syarikat milik keluarganya di samping ingin bertemu dengan Iqbal.
Iqbal terkenal dengan sikapnya yang sering berfoya-foya rasa teruja untuk bertemu Kirana buat pertama kalinya. Ketika berada di dalam kapal terbang dalam perjalanannya, Soraya terfikir untuk menguji sejauh manakah kejujuran Iqbal untuk mendampinginya bukan semata-mata kerana harta. Soraya menyuruh pembantu peribadinya yang bernama Anissa untuk menyamar sebagai dirinya untuk tempoh tiga bulan agar dirinya boleh melihat sendiri keikhlasan Iqbal. Anissa yang pada mulanya keberatan terpaksa akur dengan kehendak majikannya itu.
Setelah mengenali Kirana, ternyata Iqbal tidak menyukai sikap Kirana yang dianggapnya kasar dan tidak menepati ciri-ciri wanita pilihannya. Iqbal dapat merasakan pembantu Kirana iaitu Soraya lebih menarik dan bergaya. Setelah Iqbal mempertemukan Kirana dengan keluarganya, mereka mula berkenan dengan Kirana dan ingin mengambilnya sebagai menantu. Sebenarnya, bapa Iqbal iaitu Datuk Hussien mempunyai agenda tersembunyi untuk menjodohkan Kirana dengan Iqbal untuk kepentingan perniagaannya memandangkan bapa Kirana, Syed Muzaffar merupakan jutawan di Amerika Syarikat.
Iqbal mula berasa tersepit untuk meneruskan hubungan bersama Kirana memandangkan hatinya menafikan kewujudan Kirana namun desakan keluarganya membuatkannya dalam keliru. Manakala Soraya pula sudah mula memendam perasaan terhadap Iqbal dan dalam pada masa yang sama Anissa juga sudah mula menyukai keperibadian Iqbal.
Drama Ku Milikmu diperkenalkan kepada umum dalam sebuah sidang media di Hotel May Tower, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur pada 29 Julai 2008, setelah menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam.[1] Menurut pengurus besar kumpulan pengurusan jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar yang hadir di situ, "Melihatkan olahan skrip dan jalan ceritanya, pihak TV3 percaya ‘Ku Milikmu’ merupakan sebuah lagi drama terbaik yang dinanti-nantikan oleh penonton setia slot Lestary. Sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini, ‘Ku Milikmu’ mengetengahkan cerita di zaman globalisasi dan penggunaan internet yang berleluasa pada masa kini. Malah tidak kurang ada pasangan bertemu jodoh melalui perkenalan di alam siber. Cerita ini juga memaparkan unsur-unsur positif yang boleh diteladani seperti persahabatan, kejujuran, erti kemanusian dan nilai moral sesama insan."[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.