Mak Jah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Maimunah Ahmad (lahir 22 April 1948) atau lebih dikenali sebagai Mak Jah ialah seorang pelakon wanita Malaysia yang bergiat aktif dalam televisyen dan filem.[1][2]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...

Kerjaya lakonan

Mak Jah mula aktif berlakon pada 1987 menerusi drama Sri Panggung terbitan Serangkai Filem. Sejak itu, beliau telah membintangi lebih daripada 100 drama dan menjayakan berpuluh filem antaranya Mami Jarum, Lady Boss, Hingga Hujung Nyawa, Volkswagen Kuning, Jutawan Fakir, Sara, Bujang Senang dan Cinta Fotokopi. Beliau turut terkenal dengan membintangi beberapa drama televisyen seperti Fatimah Juling, Halimah Jongang dan Awan Dania.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Mak Jah ialah ibu kepada tiga anak dan mempunyai 11 cucu serta tiga cicit. Kediaman beliau terletak di PPR Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur.[3]

Selain itu, beliau turut bergiat aktif mencuci telekung wakaf di surau yang terletak di pusat beli-belah dan kawasan rehat dan rawat (R&R), berdekatan kediamannya.[4][5]

Kesihatan

Pada Februari 2019, beliau dimasukkan ke Hospital Ampang kerana menghidap jangkitan kuman pada paru-paru dan darah. Beliau turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Sebelum ini pada 2014, beliau pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur setelah disahkan menghidap kanser rahim tahap satu.[6]

Beliau dilaporkan terpaksa menggadai barang kemas untuk membiayai rawatan apabila disahkan menghidap kanser rahim tahap satu. Mak Jah tidak mempunyai pilihan lain kerana memerlukan wang untuk menampung kos rawatan yang menelan puluhan ribu ringgit. Penyakitnya pulih berkat doanya ketika menunaikan umrah di Makkah pada 2017.[7][8]

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads