Remove ads
Ibu Negara Palestin From Wikipedia, the free encyclopedia
Kota Lama Baitulmaqdis (Arab: البلدة القديمة, rumi: al-Baldatul-Qadimah ; Ibrani: העיר העתיקה , atau Kota Lama Jerusalem, HaIr HaAtika; Inggeris: The Old City of Jerusalem; Bahasa Armenia: Հին Քաղաք , Hin K'aghak) ialah kota tua seluas 0.9 kilometer persegi yang dikelilingi oleh tembok yang berada dalam kawasan Baitulmaqdis Timur, di kota Baitulmaqdis. Daerah kota lama Baitulmaqdis terbahagi dalam empat wilayah iaitu Perkampungan Muslim, Perkampungan Yahudi, Perkampungan Kristian dan Perkampungan Armenia (kebanyakannya beragama Kristian).
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Sebahagian dari | Old City of Jerusalem and its Walls |
Termasuklah | Armenian Quarter Christian Quarter Damascus Gate Dung Gate Golden Gate Herod's Gate Huldah Gates Jaffa Gate Jewish Quarter Lions' Gate Muslim Quarter New Gate Tanners' Gate Zion Gate Bukit Baitulmaqdis |
Inskripsi | 1981 (sesi ke-5) |
Dalam bahaya | 1982- |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Baitulmaqdis Timur, Baitulmaqdis, Israel, Jordan, Empayar Uthmaniah, Kerajaan Jerusalem, Dinasti Ayubiyyah, Kerajaan Jerusalem, Negara Palestin |
Koordinat | 31°46′36″N 35°14′03″E |
sunting · sunting di Wikidata |
Di dalam Kota Lama ini terdapat banyak tapak-tapak suci peninggalan sejarah umat Islam, Kristian (Nasrani) dan Yahudi. Di sudut tenggara Baitulmaqdis Lama ini terdapat pula Kompleks Masjid al-Aqsa yang di dalamnya terdapat Kubah Al-Sakhrah dan Musala al-Qibli dan pada satu sudut masjid tersebut terdapat Tembok Meratap. Di sebelah barat pula terdapat Gereja Makam Suci.
Abdullah ibn Umar, seorang sahabat Nabi Muhammad SAW, ahli hadis dan hukum fiqh mengatakan:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.