Dinasti Al-Muwahhidun, (bahasa Berber: Imweḥḥden, daripada perkataan bahasa Arab الموحدون Al-Muwaḥḥidun, "pentauhid/monoteis" atau "gerakan Penyatuan") ialah dinasti Islam Berber Maghribi.[3][4] Dinasti ini diasaskan pada abad ke-12 dan menubuhkan negara Berber di Tinmel di Pergunungan Atlas dalam tahun 1120 CE.[5]

Fakta Segera Empayar Al-Muwahhidunالموَحدونcode: ar is deprecated Al-Muwaḥḥidūn (Arab), Ibu negara ...
Empayar Al-Muwahhidun
الموَحدون
Al-Muwaḥḥidūn (Arab)
1121–1269
Thumb
Bendera
Thumb
Empayar Al-Muwahhidun di puncak kekuatan, c. 1200 CE.
Ibu negaraTinmel (1121–1147)
Marrakesh (1147–1269)[1]
Agama
Islam Al-Sunnah wal Jama'ah
KerajaanPemerintahan beraja
Khalifah 
 1121–1130
Abd al-Mu'min
 1266–1269
Abu al-Ula al-Wathiq Idris
Sejarah 
 Didirikan
1121
 Dibubarkan
1269
Keluasan
1,621,393.5 km2 (626,023.5 bt2)
Mata wangDinar[2]
Didahului oleh
Diganti oleh
Al-Murabitun
Dinasti Marinid
Amiriah Granada
Abdalwadid
Dinasti Hafsid
Taifa Orihuela
Taifa Niebla
Taifa Arjona
Kerajaan Castile
Kerajaan Aragon
Kerajaan Portugal
Kerajaan Leon
Sekarang sebahagian dari Algeria
 Gibraltar
 Libya
 Maghribi
 Portugal
 Sepanyol
 Tunisia
 Western Sahara
Tutup

Pergerakan "Penyatuan" dimulakan oleh Ibnu Tumart dalm kalangan bani Masmuda, dan diikuti oleh Abd Al-Mu'min Al-Gumi di antara tahun 1130 dan kematiannya pada tahun 1163. Pihak Al-Muwahhidun menewaskan Al-Murabitun, dan memanjangkan kuasa mereka di seluruh Maghreb dan Al-Andalus (selatan Portugal dan Sepanyol) yang pada masa itu di bawah penguasaan Al-Murabitun.

Ketuanan Al-Muwahhidun kekal sehingga tahun 1212, apabila Muhammad III, "al-Nasir" (1199–1214) tertewas kepada angkatan bersekutu Kristian dari Castile, Aragon, Navarre dan Portugal dalam Pertempuran Las Navas de Tolosa di Sierra Morena. Hampir kesemua tanah jajahan Islam (Moor) di Iberia jatuh ke tangan Kristian selepas peristiwa itu, kecuali bandar-bandar agung Moor Cordoba dan Seville.

Pihak Al-Muwahhidun memerintah di Afrika sehinggalah kemunculan puak Marinid dalam tahun 1215. Sebelum itu, kekhalifahan Al-Muwahhidun kehilangan wilayah dan jajahan melalui pemberontakan puak-puak dan daerah-daerah di wilayah jajahan mereka. Wakil terakhir Al-Muwahhidun, Idris II, "Al Wathiq" hanya memiliki Marrakesh, di mana beliau dibunuh oleh seorang hamba abdi pada tahun 1269. Pihak Banu Marin(Marinid)merampas Marrakesh dan menamatkan permerintahan Al-Muwahhidun di Maghreb Barat.

Lihat juga

  • Reformasi Al-Muwahhidun
  • Tarikan agama Al-Muwahhidun

Rujukan

Sumber

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.