Al-Muwahhidun

From Wikipedia, the free encyclopedia

Al-Muwahhidun
Remove ads

Dinasti Al-Muwahhidun, (bahasa Berber: Imweḥḥdenbahasa-bahasa Barbar Kategori:Rencana dengan, daripada perkataan bahasa Arab الموحدون Al-Muwaḥḥidun, "pentauhid/monoteis" atau "gerakan Penyatuan") ialah dinasti Islam Berber Maghribi.[3][4] Dinasti ini diasaskan pada abad ke-12 dan menubuhkan negara Berber di Tinmel di Pergunungan Atlas dalam tahun 1120 CE.[5]

Fakta Segera Empayar Al-Muwahhidun, Ibu negara ...

Pergerakan "Penyatuan" dimulakan oleh Ibnu Tumart dalm kalangan bani Masmuda, dan diikuti oleh Abd Al-Mu'min Al-Gumi di antara tahun 1130 dan kematiannya pada tahun 1163. Pihak Al-Muwahhidun menewaskan Al-Murabitun, dan memanjangkan kuasa mereka di seluruh Maghreb dan Al-Andalus (selatan Portugal dan Sepanyol) yang pada masa itu di bawah penguasaan Al-Murabitun.

Ketuanan Al-Muwahhidun kekal sehingga tahun 1212, apabila Muhammad III, "al-Nasir" (1199–1214) tertewas kepada angkatan bersekutu Kristian dari Castile, Aragon, Navarre dan Portugal dalam Pertempuran Las Navas de Tolosa di Sierra Morena. Hampir kesemua tanah jajahan Islam (Moor) di Iberia jatuh ke tangan Kristian selepas peristiwa itu, kecuali bandar-bandar agung Moor Cordoba dan Seville.

Pihak Al-Muwahhidun memerintah di Afrika sehinggalah kemunculan puak Marinid dalam tahun 1215. Sebelum itu, kekhalifahan Al-Muwahhidun kehilangan wilayah dan jajahan melalui pemberontakan puak-puak dan daerah-daerah di wilayah jajahan mereka. Wakil terakhir Al-Muwahhidun, Idris II, "Al Wathiq" hanya memiliki Marrakesh, di mana beliau dibunuh oleh seorang hamba abdi pada tahun 1269. Pihak Banu Marin(Marinid)merampas Marrakesh dan menamatkan permerintahan Al-Muwahhidun di Maghreb Barat.

Remove ads

Lihat juga

  • Reformasi Al-Muwahhidun
  • Tarikan agama Al-Muwahhidun

Rujukan

Sumber

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads