Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan
Remove ads

Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan (bahasa Inggeris: Union of South American Nations, Belanda: Unie van Zuid-Amerikaanse Naties, Portugis: União de Nações Sul-Americanas, Sepanyol: Unión de Naciones Suramericanas, singkatan: UNASUR dan UNASUL) ialah sebuah kesatuan supranasional dan antara kerajaan yang bakal menggabungkan dua kesatuan perdagangan serantau Amerika sedia ada, iaitu Mercosur dan Komuniti Andes, sebagai sebahagian proses integrasi Amerika Selatan yang berterusan berteraskan Kesatuan Eropah.

Fakta Segera Kerangka, Kependekan ...
Remove ads

Perjanjian Konstitutif UNASUR ditandatangani pada 23 Mei 2008 pada Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara Ketiga di Brasília, Brazil. [1] Menurut perjanjian berkenaan, ibu pejabat Kesatuan terletak di Quito, Ecuador. Parlimen Amerika Selatan pula terletak di Cochabamba, Bolivia, sementara banknya, iaitu Bank Selatan (bahasa Inggeris: Bank of the South, Belanda: Bank van het Zuiden, Portugis: Banco do Sul, Sepanyol: Banco del Sur), terletak di Bogota, Colombia.[2] Nama asal Kesatuan ini, iaitu Komuniti Negara-negara Amerika Selatan (bahasa Inggeris: South American Community of Nations, Belanda: Zuid-Amerikaanse Statengemeenschap, Portugis: Comunidade Sul-Americana de Nações, Sepanyol: Comunidad de Naciones Sudamericanas), atau singkatannya CSN, digugurkan pada Sidang Kemuncak Tenaga Amerika Selatan Pertama pada 16 April 2007.[3]

Remove ads

Negara-negara yang mangambil bahagian

Anggota penuh

Thumb
Negara anggota SACN

¹ Negara-negara ini juga dianggap sebagai anggota sekutu Mercosur
² Negara-negara ini juga dianggap sebagai anggota sekutu Komuniti Andes.
³ Guyana dan Suriname kini merupakan anggota CARICOM dan menyertai pasaran tunggalnya pada tahun 2006. Tidak diketahui sama ada keahlian UNASUR dan CARICOM sekaligus boleh dikekalkan untuk mencapai dan mungkin sekali negara-negara ini kekal sebagai anggota sekutu UNASUR sahaja.

Negara-negara pemerhati

Wilayah yang tidak mengambil bahagian

Kawasan-kawasan Amerika Selatan berikut merupakan kebergantungan jajahan dan oleh itu tidak turut serta:

Remove ads

Rujukan

Loading content...

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads