kerajaan sesebuah negeri di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Kerajaan Negeri Sembilan merujuk kepada pihak berkuasa kerajaan Negeri Negeri Sembilan. Kerajaan negeri mematuhi dan diwujudkan oleh kedua-dua Perlembagaan Persekutuan Malaysia, undang-undang tertinggi Malaysia, dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, undang-undang tertinggi di Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri Sembilan berpusat di pusat pentadbiran negeri, Seremban.
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1 Februari 1948 |
Bidang kuasa | Negeri Sembilan |
Ibu pejabat | Wisma Negeri 70503 Seremban |
Belanjawan tahunan | RM 457 juta (2020)[1] |
Menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kerajaan Malaysia |
Laman sesawang | Kerajaan Negeri Sembilan |
Kerajaan negeri terdiri daripada hanya dua cawangan - eksekutif dan perundangan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan membentuk cawangan eksekutif, manakala Dewan Undangan Negeri Sembilan adalah badan perundangan kerajaan negeri. Ketua kerajaan Negeri Sembilan ialah Menteri Besar. Kerajaan negeri tidak mempunyai cawangan kehakiman, memandangkan sistem kehakiman Malaysia ialah sistem persekutuan yang beroperasi seragam di seluruh negara.
Menteri Besar ialah ketua kerajaan di Negeri Sembilan. Beliau secara rasminya dilantik oleh Yang di-Pertuan Besar, ketua negeri Negeri Sembilan, selepas mendapat kepercayaan daripada majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan. Menteri Besar dan Majlis Eksekutifnya akan bertanggungjawab secara kolektif kepada Dewan Undangan Negeri. Pejabat Menteri Besar terletak di dalam Wisma Negeri di Seremban.
Nama | Parti | Mula khidmat | Tamat khidmat |
---|---|---|---|
Tun Abdul Malek bin Yusof | - | 1948 | 1953 |
Mohamad Salleh bin Sulaiman | - | 1950 | 1951 |
Tun (Dr) Haji Aziz Majid | - | April 1952 | 1952 |
Dato' Shamsuddin bin Naim | - | 1953 | 1959 |
Mohamad Shariff bin Abdul Samad | - | April 1959 | Jun 1959 |
Dato' Dr. Mohamed Said bin Mohamed | Perikatan | 1959 | 1969 |
Dato' Mansor bin Othman | BN | 1969 | 1978 |
Dato' Seri Utama Rais Yatim | BN | 1978 | 1982 |
Tan Sri Isa Abdul Samad | BN | 1982 | 2004 |
Dato' Seri Utama Mohamad bin Haji Hassan | BN | 2004 | 2018 |
Dato' Seri Aminuddin Harun | PH | 12 Mei 2018[2] | kini |
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan membentuk cawangan eksekutif kerajaan negeri Negeri Sembilan dan berfungsi sama dengan Kabinet Persekutuan Malaysia. Majlis Eksekutif terdiri daripada Menteri Besar, dan antara empat dan 10 ADUN dari Dewan Undangan Negeri Sembilan. Selain itu, tiga orang ex officio anggota Majlis Eksekutif adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.
Nama | Perwakilan | Parti | Portfolio |
---|---|---|---|
Dato' Seri Aminuddin Harun | Sikamat | PKR | Menteri Besar |
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kewangan, Tanah dan Sumber Alam | |||
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam; | |||
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan | |||
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keselamatan; | |||
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur dan Kemudahan Awam | |||
Teo Kok Seong | Bahau | DAP | Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Kampung Baru |
Dato' Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek | Ampangan | PKR | Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindutrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan |
Dato' Mohamad Taufek Abd. Ghani | Paroi | Amanah | Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan |
Ismail Ahmad | Labu | PKR | Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar |
Arul Kumar Jambunathan | Nilai | DAP | Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam |
Bakri Sawir | Klawang | Amanah | Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani |
Veerapan Superamaniam | Repah | DAP | Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan |
Mohamad Nazaruddin Sabtu | Pilah | PKR | Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu |
Nicole Tan Lee Koon | Bukit Kepayang | DAP | Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan |
Choo Ken Hwa | Lukut | PKR | Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional |
Dewan Negeri Undangan Sembilan ialah cawangan perundangan kerajaan negeri Negeri Sembilan. Badan perundangan unikameral terdiri daripada 36 kerusi yang mewakili 36 kawasan Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan, dengan setiap kawasan yang diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri yang dipilih. Dewan Undangan Negeri mengadakan sidang di Wisma Negeri, Seremban
Badan perundangan mempunyai mandat maksimum lima tahun[3] oleh undang-undang dan mengikuti sistem pelbagai parti; parti pemerintah (atau gabungan) dipilih melalui sistem pemenang undi terbanyak. Yang di-Pertuan Besar boleh membubarkan badan perundangan pada bila-bila masa dan biasanya berbuat demikian atas nasihat Menteri Besar.
Seorang Yang di-Pertua dipilih oleh Dewan Undangan Negeri untuk mempengerusikan proses dan perdebatan legislatif. Yang di-Pertua boleh atau tidak boleh menjadi Ahli Dewan Negeri yang dipilih.
Pentadbiran kerajaan negeri Negeri Sembilan dibantu oleh pelbagai agensi kerajaan negeri yang diketuai oleh para Pegawai Tadbir Kerajaan Negeri Sembilan yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan terletak di Wisma Negeri, Seremban. Atas sistem Federalisme, pentadbiran kerajaan negeri turut dilengkapi agensi kerajaan persekutuan yang beroperasi kebanyakannya di Wisma Persekutuan, Seremban.
Negeri Sembilan mempunyai 7 buah daerah. Setiap daerah ditadbir oleh Pejabat Daerah dan Tanah yang diketuai oleh seorang Pegawai Daerah, iaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Rembau, Seremban dan Tampin. Terdapat juga sebuah daerah kecil yang ditadbir oleh Pejabat Daerah Kecil dan Tanah dalam daerah Tampin, iaitu Gemas. Daerah kecil ini diketuai oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah.
Pentadbiran adat di Negeri Sembilan mepunyai 4 lapisan dan berkonsepkan demokrasi. Lapisan paling bawah ialah Perut yang diketuai oleh Buapak. Buapak menjadi tempat rujukan soal yang berkaitan dengan adat dan hukum. Selain Buapak, Ibu Soko juga berperanan menjadi rujukan berkaitan peradaban dan kehidupan adat peringkat bawah. Lapisan kedua pula ialah Suku yang mengumpulkan beberapa Perut. Suku diketuai oleh Dato' Lembaga. Lapisan ketiga ialah Luak. Terdapat 4 buah Luak utama di Negeri Sembilan iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Luak utama diketuai oleh seorang Dato' Undang. Selain itu, terdapat satu lagi luak yang kelima dipanggil Luak Tanah Mengandung. Luak Tanah Mengandung terdiri daripada lima luak kecil iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh seorang ketua yang bergelar Penghulu Luak. Lapisan keempat ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sendiri yang dibantu oleh Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan.
Bagi pentadbiran kerajaan tempatan, negeri ini dibahagikan kepada tujuh buah pihak berkuasa tempatan yang terdiri daripada sebuah Majlis Bandaraya, 2 Majlis Perbandaran dan 4 Majlis Daerah. Majlis Bandaraya diketuai oleh Datuk Bandar, manakala Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah diketuai oleh Yang di-Pertua Majlis.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.