From Wikipedia, the free encyclopedia
Kerajaan Tlemcen atau Kerajaan Zayyaniyah Tlemcen (Arab: الزيانيون ) adalah kerajaan didirikan Dinasti Zayyaniyah yang berbangsa Amazigh.[3][4] Kerajaan ini berpusat di bahagian barat laut Algeria moden membentang dari bandar Tlemcen sampai Chelif bend dan bandar Algiers, pada masa keemasan kerajaan ini luas wilayahnya memanjang dari Sijilmasa sampai ke Sungai Moulouya di bahagian barat, Tuat di selatannya dan Soummam ke timur.[5][6][7]
Kerajaan Zayyaniyah Tlemcen | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1235–1556 | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Ibu negara | Tlemcen | ||||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Arab, Bahasa Berber | ||||||||||||||
Agama | Sunni Islam | ||||||||||||||
Kerajaan | Monarchy | ||||||||||||||
Sultan | |||||||||||||||
• 1236–1283 | Abu Yahya I bin Zayyan | ||||||||||||||
• 1318-1337 | Abu Tashufin I | ||||||||||||||
• 1359-1389 | Abu Hammu II | ||||||||||||||
• 1468–1504 | Abu Abdallah IV | ||||||||||||||
• 1550–1556 | Al Hassan ben Abu Muh | ||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||
• Establishment | 1235 | ||||||||||||||
• Kemenangan melawan Kerajaan Almohad | 1248 | ||||||||||||||
• Pengepungan Tlemcen | 1299-1307 | ||||||||||||||
• Penaklukan Tunis | 1329 | ||||||||||||||
• Daulah Mariniyah Pertama | 1337-1348 | ||||||||||||||
• Daulah Mariniyah Kedua | 1352-1359 | ||||||||||||||
• Zayyaniyah menaklukan Fez | 1411 | ||||||||||||||
• Perang melawan kafir sepanyol | 1504–1512 | ||||||||||||||
1556 | |||||||||||||||
Mata wang | Dinar | ||||||||||||||
|
Kerajaan Tlemcen diasaskan selepas melemahnya Kerajaan Beraja Almohad pada tahun 1236, dan selanjutnya menjadi bahagian kekhalifahan Uthmaniyah 1554. Ibunegara kerajaan ini berada di bandar Tlemcen yang merupakan tumpuan perniagaan sekaligus penghubung antara Maghribi di baat dan daerah Ifriqiyah di timurnya. Kerajaan ini bersempadan dengan Daulah Mariniyah di barat yang beribunegarakan di Fas, serta Hafsiyah yang memiliki pusat kerajaan di Tunis.
Tlemcen adalah penghubung jalur niaga utara–selatandari Oran sampai ke pesisir Mediterranean sampai ke bahagian barat Sudan. Sebagai pusat bandar dagang yang makmur, jiran kerajaan ini menjadi tertarik bagi menguasai ke tangan mereka sendiri, di masa yang berbeza kerajaan diserang dari Barat oleh Mariniyah,[8] dan Hafsiyah dari timur, dan oleh Kerajaan kafir Aragon dari utara. Di lain masa, mereka dapat memanfaatkan kelemahan jiran-jiramnya: pada masa pemerintahan Abu Tashfin I (r. 1318–1337) Dinasti Zayyaniyah menakluki Tunis dan tahun 1423, dibawah kepemimpinan Abu Malek, mereka mampu menakluki Fez.[9][10](p287) Di bahagian selatan wilayah Zayyaniyah (termasuk Tuat, Tamentit and the Draa), kawasan itu diperintah oleh Abdallah Ibn Moslem ez Zerdali, seorang sheikh bagi Dinadti Zayyaniyah.[11][12][5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.