Kapibara
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kapibara ialah haiwan jenis rodensia semiakuatik[2] bertaburan di benua Amerika Selatan; ia merupakan spesies terbesar mamalia sebegini.[3] Ia adakala dipanggil babi air dalam bahasa basahan meskipun tidak sekeluarga babi, sebaliknya dari genus Hydrochoerus serumpun dengan tikus belanda.[4]
Remove ads
Etimologi
Haiwan ini dinamakan menyerap dari bahasa Portugis Brazil kata capivara[5] yang meminjam kata bahasa Tupi ka'apiûara menggabungkan kaá "daun" + píi "tirus" (maka caá pi'i "rumput"[6]) + ú "makan" + ara (imbuhan pelaku) lalu memberi maksud "pemakan rumput".[7] Nama genus Hydrochoerus berasal daripada perkataan Yunani ὕδωρ (hýdor) yang bermaksud “air” dan χοῖρος (choíros) yang bermaksud “babi”. Manakala nama spesies hydrochaeris berasal daripada perkataan Yunani ὕδωρ (hýdor) yang bermaksud “air” dan χαίρω (chairo) yang bermaksud “gembira” atau “menikmati”.
Remove ads
Gambaran fizikal
Kapibara dewasa mampu membesar mencapai antara 106 hingga 134 sentimeter panjang dan antara 50 hingga 62 sm tinggi dari paras kelasa; berat ditimbang sekitar 35 hingga 66 kg.[8][9][2] Kapibara betina lebih berat dari yang jantan.
Taburan
Kapibara hidup di belantara berdekatan jasad-jasad air seperti tasik danau, paya rawa dan sungai.[9] Ia menjadi tarikan banyak pemangsa setempat seperti jaguar, puma, helang, kaiman[10] dan anakonda.[11]
Tabiat

Kapibara hidup secara berkawanan mencapai jumlah 10-20 ekor terdiri dari 2-4 ekor jantan dewasa, 4-7 ekor betina dewasa manakala selebihnya anak-anak.[12]
Pergerakan
Haiwan ini berenang dengan baik. Ia berkebolehan menahan nafas selama lima minit.[9][13]
Pemakanan
Kapibara adalah herbivor peragut rumput dan tumbuhan akuatik[9][14] serta juga buah dan kulit kayu.[2] Haiwan ini boleh cerewet memilih makan[15] dedaun sesejenis pokok sahaja; kecenderungan memakan pelbagai jenis tumbuhan lain meningkat seiring musim kemarau.[16]
Pembiakan
Kapibara membunting selama tempoh antara 130–150 hari, ia boleh beranak paling puratanya 4 ekor hingga sebanyak 8 ekor.[17]
Remove ads
Hubungan dengan manusia

Kapibara sering diburu mendapatkan sumber daging dan bulu[18] sehinggakan ada diternak di ladang-ladang.[19] Haiwan ini juga sering ditemukan di zoo dan taman haiwan jinak memanjangkan hayat lebih 12 tahun jauh dari keadaan di alam liar mudah diancam pemangsa disebutkan dengan hayat selama hingga kira-kira 4 tahun sahaja.
Haiwan ini dibenarkan peliharaannya di beberapa negeri di Amerika Syarikat.[20][21]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
