From Wikipedia, the free encyclopedia
Kad penalti digunakan dalam banyak jenis sukan sebagai suatu cara memberi amaran, menegur atau menghukum pemain, pelatih atau pasukan rasmi. Kad-kad ini - seringkalinya warna merah ("kad merah") dan kuning ("kad kuning"), namun warna lain juga dipakai - sering digunakan oleh pengadil yang memegang ke arah pemain untuk menunjukkan bahawa seorang pemain telah melakukan kesalahan dalam permainan. Warna dan/atau bentuk kad yang digunakan pengadil menunjukkan jenis atau tahap seriusnya kesalahan serta hukuman yang akan digunakan.
Pengunaan kad sebegini dimulakan dalam sukan bola sepak apabila seorang pengadil FIFA bernama Ken Aston[1] cuba memikirkan cara menyiarkan keputusan pengadil tanpa sebarang kekeliruan mahupun halangan bahasa sepertimana yang dihadapi rakan sekerjanya dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 1966 antara pasukan Argentina dan England. Beliau akhirnya mendapat ilham daripada warna-warna lampu isyarat yang memberikan tujuan yang sama, maka kad-kad berwarna ini mula digunakan sewaktu Piala Dunia empat tahun berikutnya.[1]
Contoh yang terpilih termasuk:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.