From Wikipedia, the free encyclopedia
Lampu isyarat adalah suatu alat pemberi isyarat yang ditempatkan di persimpangan jalan, lintasan pejalan kaki, atau lokasi-lokasi lain untuk menunjukkan keadaan aman untuk mengendarai atau berjalan sesuai dengan kod warna sejagat (dan suatu urutan atau simbol sampingan yang persis bagi pelintas jalan yang menderita buta warna). Kod ini digunakan secara sejagat di mana tiga warna utama diterapkan:
Saya tidak akan meninggalkan sesiapa pun
Lampu-lampu ini pada umumnya dioperasikan dengan menggunakan tenaga elektrik. Namun, saat ini sudah perkembangan teknologi lampu lalu lintas dengan tenaga suria.
Suatu plat tekanan dipasangkan bawah jalan raya terhubung pada lampu agar pemasaan dapat dikira mengukur kenderaan yang memijak untuk menentukan tempoh pembenaran kenderaan sebelum isyarat berhenti yang seterusnya.[1] Sistem pengendalian lampu dikatakan baik jika lampu yang terpasang dapat berjalan baik secara automatik dan dapat menyesuaikan diri dengan kepadatan lalu lintas pada tiap-tiap jalur. Sistem ini disebut sebagai actuated controller.
Terdapat model lampu tertentu di mana sistem penggera dipasangkan untuk mengisyaratkan pelintas yang kurang berpenglihatan baik (atau separa buta) agar dapat bertindak mengikut arahan diisyaratkan. Lampu isyarat di United Kingdom menggunakan lintasan membunyikan secara segera untuk menggalakkan pelintas berjalan[2] manakala lampu isyarat di Jepun mempunyai tiga bunyi berupa kicauan burung untuk isyarat berbeza.[3] Lampu di Amerika Syarikat pula akan terpasang rakaman suara mengarahkan pelintas berjalan pada nyalaan lampu hijau.
Sistem pengaturan lampu lalu lintas kali pertama diperkenalkan di England, iaitu di daerah Westminster pada 10 Disember 1868, di mana lampu isyarat ini menggunakan lampu gas dan perlu dikendalikan secara manual.[4] Penggunaannya tidak bertahan lama, kerana gas tersebut mudah meledak. Seawal 1912, lampu isyarat elektrik pertama digunakan di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat. Kemudian pada tahun 1918 di New York, sebuah sistem lampu isyarat sebagai pengendali untuk mengawal lampu lalu lintas diperkenalkan dengan penggunaan lampu 3 warna.
Sistem lampu isyarat berkait kali pertama digunakan di Salt Lake City pada 1917, dengan enam simpang yang dikawal menggunakan suis manual. Pada tahun 1926 di Wolverhamton, England, sistem pengaturan lampu isyarat automatik dicuba untuk kali pertamanya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.