Polo air
From Wikipedia, the free encyclopedia
Polo air merupakan sebuah sukan kompetitif yang dimainkan secara berkumpulan di dalam air oleh dua pasukan. Permainan ini terdiri daripada empat pusingan, kebiasaanya lapan minit, di mana kedua-dua pasukan cuba menjaringkan jaringan (atau gol) dan membaling bola ke gol pasukan lawan. Pasukan dengan jaringan terbanyak di akhir perlawanan dikira sebagai pemenang. Setiap pasukan terdiri daripada enam orang pemain dan seorang penjaga gol.Kecuali penjaga gol, kesemua pemain akan bermain di bahagian pertahanan dan serangan. Polo air kebiasaannya di main dalam kolam yang mempunyai kedalaman tujuh kaki (atau dua meter).
Pemain dari Greece (putih) dan Hungary (biru) sewaktu Kejuaraan Junior Dunia 2004 di Naples, Itali. | |
Badan induk tertinggi | FINA |
---|---|
Nama samaran | Polo, Wopo, bola sepak air, bola kolam |
Created | Penghujung abad ke-19 |
Ciri-ciri | |
Sentuhan | Yes |
Ahli pasukan | 7 (6 orang pemain dan seorang penjaga gol) |
Jenis | Dalam atau luar, akuatik |
Peralatan | Bola polo air, gol polo air, topi polo air |
Tempat | Kolam polo air |
Kemunculan | |
Negara atau wilayah | Seluruh dunia |
Sukan Olimpik | Sebahagian daripada program Olimpik Musim Panas sejak 1900 |
Perlatan khas untuk polo air termasuklah bola polo air, yang terapung di atas air; topi yang mempunyai nombor dan berwarna; serta dua buah gol, samaada terapung di dalam air atau terikat di kedua-dua bahagian kolam.
Polo air dipercayai bermula di Scotlan pada penghujung abad ke-19 dan dikenali sebagai "ragbi air". William Wilson dianggap telah membangunkan permainan ini dalam tempoh yang sama. Ia telah dibangunkan dengan pembentukan Liga Polo Air London dan sejak itu ia manjadi popular di beberapa negara termasuklah di Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, China, Kanada dan Australia.
Rujukan
Sumber
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.