From Wikipedia, the free encyclopedia
Justice League ialah filem adiwira Amerika Syarikat pada tahun 2017 berdasarkan kumpulan pasukan adiwira DC Comics iaitu Justice League, yang diedarkan oleh Warner Bros. Pictures. Ia adalah sekuel pada tahun 2016 melalui filem Batman v Superman: Dawn of Justice dan filem kelima dalam DC Extended Universe (DCEU).[4][5][6] Filem ini diarahkan oleh Zack Snyder, ditulis oleh Chris Terrio dan Joss Whedon, dan menampilkan Ben Affleck, Gal Gadot, Ezra Miller, Jason Momoa, dan Ray Fisher sebagai pasukan adiwira dan Amy Adams, Jeremy Irons, Diane Lane, Connie Nielsen, dan J. K. Simmons sebagai pelakon pembantu. Dalam filem itu, Batman dan Wonder Woman, The Flash, Aquaman, dan Cyborg untuk berusaha menyelamatkan dunia daripada serangan Steppenwolf dan bala tenteranya Parademon.
Justice League | |
---|---|
Lakon layar |
|
Cerita oleh |
|
Berdasarkan | Characters from DC |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Fabian Wagner |
Disunting oleh | |
Muzik oleh | Danny Elfman |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Warner Bros. Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 120 minit[1] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Bajet | $300 juta[2] |
Pecah panggung | $657.9 juta[3] |
Filem ini diumumkan pada bulan Oktober 2014, dengan Snyder di pertanggungjawabkan untuk mengarah dan Terrio ditugaskan sebagai penulis skrip. Pada awalnya ia bertajuk Justice League Part One, dan sekuelnya bahagian kedua untuk dijadual untuk keluaran pada tahun 2019, filem kedua masih dalam proses penangguhan bagi menampung kos penghasilan filem Batman yang berdiri dengan sendirinya melalui pelakon utamanya, Ben Affleck. Pengambaran bermula pada April 2016 dan berakhir pada Oktober 2016. Selepas Snyder meletak jawatan untuk menghadapi kematian anak perempuannya, Joss Whedon telah dilantik untuk meneruskan produksi filem tersebut, termasuk mengarahkan adegan tambahan yang ditulisnya sendiri. Snyder dikekalkan di dalam kredit sebagai pengarah utama. Filem ini mula ditayangkan di Beijing pada 26 Oktober 2017, dan kemudian ditayangkan di Amerika Syarikat melalui 2D, Real D 3D, dan IMAX pada 17 November 2017.
Dengan anggaran kos pengeluaran $300 juta, Justice League adalah salah satu filem paling mahal yang pernah dibuat. Filem ini menyumbang lebih dari $657 juta di seluruh dunia, menjadikannya keseluruhan kasar terendah DCEU. Filem ini mendapat ulasan bercampur-campur dari pengkritik; urutan tindakan dan tindakan (terutamanya yang Gadot dan Miller) dipuji, sedangkan plot, skrip, penjahat, dan penggunaan CGI yang terlalu banyak dikritik. Nada filem itu dipenuhi dengan penerimaan yang terhad dengan penghargaan dengan nada yang lebih rendah berbanding dengan filem-filem DCEU sebelumnya, ia juga dilihat sebagai filem yang tidak berapa konsisten.[7][8]
Beribu tahun yang lalu, Steppenwolf dan bala tenteranya iaitu Parademons cuba mengambil alih Bumi dengan tenaga dari gabungan tiga Ibu Kotak. Mereka telah digagalkan oleh Dewa Themyscira, Amazons, Atlantis, manusia dibumi pimpinan Green Lantern. Selepas menangkis tentera Steppenwolf, Ibu Kotak dipisahkan dan 2 buah kotak disembunyikan di beberapa lokasi di bumi. Pada masa ini, manusia sedang berkabung di atas kematian Superman dua tahun yang lalu. Kematiannya telah menyeru Steppenwolf untuk mendapatkan semula Ibu Kotak. Steppenwolf ingin mendapatkan Ibu Kotak atas tujuan untuk membentuk The Unity, yang akan menghancurkan ekologi bumi dan menukarnya ke dalam dunia Darkseid.
Steppenwolf berjaya memperoleh ibu kotak pertama dari dunia Themyscira, melalui Ratu Hippolyta. Ratu memberi amaran kepada Puteri Diana / Wonder Woman bahawa Steppenwolf dalam perjalanan ke bumi bagi mendapatkan 2 buah ibu kotak yang lain. Steppenwolf terus mencari Arthur Curry / Aquaman dari dunia Atlantis untuk mengambil sebuah lagi kotak di situ. Kini, hanya tinggal sebuah kotak sahaja yang masih belum diperolehi oleh Steppenwolf. Dalam masa yang sama, Komisioner James Bordon telah memberitahu kepada Bruce Wayne / Batman bahawa terdapat entiti asing yang dalam perjalanan ke bumi.
Wonder Woman dan Bruce Wayne mula merekrut Aquaman, Victor Stone / Cyborg dan Barry Allen / The Flash bagi membendung kemaaraan Steppenwolf ke bumi. Batman menyatakan hanya Clark Kent / Superman sahaja yang dapat menewaskan Steppenwolf kelak. Superman hanya dapat dihidupkan melalui pengaktifan Ibu Kotak. Ibu Kotak yang terakhir kini di dalam simpanan Cyborg, selepas ia digunakan beberapa tahun lalu. Cyborg menyatakan dia pernah ditimpa kemalangan semasa ayahnya membuat eksperimen ke atasnya, namun eksperimen tersebut menemui kegagalan dan membuatkan dirinya cacat buat selama-lamanya. Tenaga dari Ibu Kotak berjaya memulihkan dia, tetapi dia kini menjadi Cyborg bukanlah Victor Stone yang lama.
Jasad Superman digali semula dan direndam di dalam cecair amniotik genetik khas dari sumber Kryptonian yang diperoleh di dalam Ibu Kotak. Ibu Kotak dijatuhkan dari atas oleh Cyborg dan dijana tenaga elektrik dari The Flash untuk memicu Ibu Kotak sebelum ia tenggelam ke dalam cecair amniotik bagi menghidupkan semula Superman. Akhirnya Superman berjaya dihidupkan semula tetapi ingatannya masih tidak stabil terhadap kawan-kawannya. Superman mula mengamuk selepas Cyborg secara tidak sengaja mengaktifkan deria ancaman kepada Superman. Tiada seorang pun yang dapat mententeramkannya. Dengan bantuan Lois Lane, kekasihnya baharulah ingatan Superman pulih beransur-ansur dan sudi membantu pasukan Justice League.
Pasukan telah pergi bertarung dengan bala tentera Steppenwolf / Parademons di Russia. Sebelum mereka bertempur dengan Steppenwolf. Sementara mereka berempat bertarung, Cyborg berusaha untuk memisahkan 2 buah Ibu Kotak yang telah dikunci oleh Steppenwolf beberapa hari yang lalu. Mereka bekerjasama dan akhirnya berjaya menewaskannya. Akibat kapaknya telah patah, kuasa Steppenwolf hilang dan ini menyebabkan bala tenteranya telah membelot dan terus membunuh tuannya, Stepenwolf. Steppenwolf dan bala tentera dihapuskan melalui portal terus ke angkasa raya. Manakala pasukan Justice League kembali semula ke alam yang asal.
Selepas pertempuran, Bruce dan Diana bersetuju untuk menubuhkan pangkalan operasi untuk pasukannya, dengan ruang untuk lebih ramai para adiwira yang lain berkhidmat. Diana lebih terkenal sebagai adiwirati di bumi, Barry memperoleh pekerjaan sebagai pegawai polis khas di Central City selain dia terus meneroka dan meningkatkan kebolehannya dengan bapanya di dalam Makmal S.T.A.R. Arthur Curry kembali semula ke dunia Atlantis dan terus melindungi orang di lautan. Superman pula meneruskan hidupnya sebagai wartawan menggunakan nama manusianya, Clark Kent dan bertindak juga sebagai pelindung / adiwira di Bumi. Dalam adegan kredit pertengahan, Superman dan Barry mempunyai perlumbaan yang mesra untuk melihat siapa yang lebih pantas berlari hingga ke garisan penamat. Manakala dalam adegan pasca kredit, Lex Luthor telah melarikan diri dari Arkham Asylum dan kemudian merekrut Slade Wilson untuk membentuk liga mereka sendiri.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.