spesies tumbuhan From Wikipedia, the free encyclopedia
Jarum tujuh bilah, jarum tujuh, duri tujuh, jarum bintang tujuh dan pokok kanser (Leuenbergeria bleo sin. Pereskia bleo)[3][4][5] ialah spesies kaktus berdaun yang tempatan dari hutan lembap teduh di Amerika Tengah, yang tumbuh menjadi kayu renek berduri sekitar 2 m tinggi dengan bunga besar jingga, menyamai mawar.
Jarum tujuh bilah جاروم توجوه بيله | |
---|---|
Jarum tujuh bilah, Pereskia bleo. | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Order: | Caryophyllales |
Keluarga: | Cactaceae |
Genus: | Leuenbergeria |
Spesies: | L. bleo |
Nama binomial | |
Leuenbergeria bleo (Kunth) Lodé[2] | |
Sinonim[2] | |
|
Ia merupakan tumbuhan lasak yang mudah membiak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adalah sinar matahari yang terang dan iklim tropika. Pokok ini juga mudah dibiakkan melalui keratan batang dan biji benih. Daunnya akan gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh apabila air mencukupi. Di sepanjang batangnya terdapat tompokan duri yang meruncing tajam, membuatkan ia dipanggil 'jarum tujuh bilah'. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.[6]
Jarum tujuh bilah ialah renek separa berkayu, berukuran besar dan boleh tumbuh sehingga 2-8 m tinggi sekiranya tidak dicantas. Batangnya lembut berwarna hijau ketika muda, bertukar perang setelah tua dan mempunyai tompokan duri panjang yang halus bak jarum berhampiran tangkai daun. Daunnya tunggal, tersusun berpilin, berbentuk bujur dengan hujung serta pangkalnya tirus; pucuk berwarna kemerahan dan bertukar warna menjadi hijau, dengan permukaan berkilat dan mudah bertunas.[3]
Bunganya pula tunggal, berukuran sederhana besar, keluar di hujung dahan, mempunyai ranggi yang berlapis-lapis, dan berwarna jingga, merah tua atau ungu. Buahnya sederhana besar, berbentuk bulat dan leper di atasnya seakan buah teratai, hijau ketika muda, kuning setelah tua, dan mengandungi beberapa benih hitam berukuran sederhana besar.[3]
Leuenbergeria bleo ditemukan di sepanjang sungai dan aliran di Panama dan Colombia seperti di hutan kedua dari aras laut ke ketinggian 1300 meter.
Senarai Merah Spesies Terancam IUCN menyenaraikan spesies ini selaku 'kurang membimbangkan' (LC).[1]
Daunnya mengandungi kandungan air, serat, karbohidrat, gula, alkaloid, protein, kalsium, kalium, musilaj dan vitamin.[perlu rujukan]
Tumbuhan ini dipercayai dapat mengubati penyakit barah semacam barah usus besar dan hidung. Ia turut dipakai untuk merawat tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit buah pinggang, sakit kepala dan lenguh badan. Kajian mendapati yang ekstrak daun tumbuhan ini dapat merencatkan pertumbuhan dan membunuh sel barah.[3][7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.